Paling mudah untuk mengetahui spesifikasi sesuatu jenis gewang adalah dengan cara melihat corak bip atau lidahnya. Tahap atau status selaman sesuatu gewang bergantung kepada reka bentuk lidah gewang.
Jika lidah gewang besar dan menirus 30 darjah ke bawah bermakna ia adalah selaman dalam. Semakin besar atau panjang lidah gewang bermakna semakin dalam renangannya.
Ads
Bagi selaman cetek, saiz lidah adalah kecil dan menegak ke bawah sehingga 80 darjah. Kadangkala ia berbentuk `L’ kecil. Lazimnya spesifikasi gewang ini tertera pada kotak pembungkus. Deep runner membawa maksud selaman dalam dan shallow runner pula membawa maksud selaman cetek.
Sementara bagi fungsi kegunaan ini pula merujuk kepada kedalaman air. Bagi gewang selaman cetek, ia boleh digunakan digunakan di kedua-dua paras kedalaman air. Ia berfungsi untuk memikat pemangsa yang mencari makan di pertengahan air atau di bawah permukaan air.
Ads
Manakala gewang selaman dalam hanya sesuai digunaikan di kawasan air yang dalam. Sekiranya ia digunakan di perairan yang cetek maka ia menyodok dasar atau tersekat. Jika menyasarkan pemangsa yang mencari makan di dasar air maka gewang selaman adalah pilihan yang tepat.
Ads
Namun, kebanyakan dasar perairan negara kita dipenuhi dengan struktur atau objek yang akan menjadi halangan kepada selaman gewang. Atau dalam erti kata lain gewang tersebut akan mudah tersangkut.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Ikan merah atau yang lebih dikenal juga dengan red snapper, merupakan salah satu jenis ikan laut yang yang diburu oleh para pemancing. Ini kerana ikan merah memiliki rasa yang sangat lazat. Malah saiznya juga kadangkala mencapai 10kg!
Jika anda berhajat untuk memancing dan mengetahui cara memancing ikan merah yang tepat, info-info berikut diharap dapat membantu.
Cara memancing ikan merah ini dilakukan dengan memilih umpan yang tepat. Umpan ikan merah ini sangat mudah didapatkan kerana ia bolehdipancing dengan menggunakan umpan yang sudah busuk sekalipun. Beberapa umpan yang menjadi kegemaran bagi ikan merah diantaranya seperti berikut.
Sotong
Tidak kira sotong hidup atau sotong mati pasti akan menjerat ikan merah. Umpan sotong boleh dicangkuk seekor ataupun secara hirisan pada mata kail. Walaupun sotong hidup adalah pilihan terbaik, adakalanya sotong yang sudah lama dan berbau turut dihentamnya.
Hirisan Isi Ikan
Isi ikan merupakan kegemaran ikan merah. Isi ikan yang sering digunakan ialah isi ikan kembung, selar, selayang dan tongkol. Sepanjang pengelaman saya memancing ikan merah, hirisan ikan tongkol paling cepat menjerat ikan merah. Mungkin kerana isi ikan tongkol berbau lebih kuat berbanding isi ikan lain. Seperkara lagi, isi ikan merah lebih tahan lama dan perlu dicangkuk dengan kulitnya sekali.
Udang
Udang juga merupakan pilihan umpan untuk memancing ikan merah. Ikan merah tidak memilih sama ada umpan udang ini hidup ataupun mati. Malah, udang hidup yang dibeli di kolam pancing juga sangat berkesan untuk dijadikan umpan.
Gewang Jig
Sudah ramai kaki jigging terutamanya teknik jigging perlahan berjaya mendaratkan ikan merah. Sikap ikan ini yang tidak memilih umpan menyebabkannya membaham apa sahaja yang berada di depan matanya.
Nota tambahan:
Selain umpan anda juga harus menentukan ikatan mata kali yang sesuai untuk memancing ikan merah ini. Ada beberapa ikatan yang efektif untuk memancing ikan merah ini di antaranya seperti paternoster rig atau ikatan perambut apollo.
Ikatan apollo ini sesuai digunakan untuk memancing ikan merah yang memiliki ukuran yang berkisar antara 2 hingga 6 kg. Selain itu ikatan appollo ini mampu menangkap ikan lebih dari seekor ikan merah.
Selain menentukan umpan dan jenis ikatan perambut yang tepat, cara memancing ikan merah yang jitu adalah menentukan lokasi yang tepat untuk memancing ikan merah ini.
Ikan merah ini biasanya tinggal di lokasi yang terdapat lubang atau juga terdapat karang-karangan.
Selain karang semulajadi, ikan merah ini juga biasa tinggal di karang yang dibuat oleh manusia seperti pada bangkai kapal atau benda lainnya yang sengaja dijadikan karang atau tukun tiruan.
Seperkara lain yang perlu diperhatikan juga adalah ikan ini hidup berkelompok dan ia sangat sensitif. Sekiranya anda gagal mendaratkan seekor ikan merah ketika memancingnya atau rabut, maka ikan lainnya juga akan langsung pergi dari tempat tersebut.
Boleh dikatakan semua pemancing akan bersetuju jika dikatakan, cabaran yang paling besar bagi pancingan laut dalam selain kelesuan akibat perjalanan yang jauh dan dilanda ribut ialah masalah mabuk laut. Inilah faktor utama yang banyak membelenggu pemancing.
Walaupun sudah mempraktikkan pelbagai petua dan menelan ubat mabuk laut, tetapi tetap juga mabuk laut. Tetap juga tumbang sehingga bersumpah dalam hati untuk tidak turun ke laut lagi.
Anehnya, belum pun reda sumpah dalam ingatan sudah pun meletak nama untuk trip laut dalam yang seterusnya.
Untuk mengelak mabuk laut sebenarnya bukanlah terletak pada ubatan atau petua, sebaliknya kita perlulah membunyai kekuatan mental dan fizikal yang baik. Oleh yang demikian, kami ingin sarankan beberapa perkara sebagai langkah persediaan untuk menghindari gejala mabuk laut.
Rehat Yang Cukup
Rehat secukupnya. Maksud rehat secukupnya di sini ialah rehat yang sempurna sebelum hari turun memancing. Dalam erti kata lain, sekurang-kurangnya sehari sebelum trip kita cukup tidur dan tidak melakukan sesuatu yang banyak memerah tenaga. Saranan ini mungkin kedengaran agak skema dan poyo tetapi sebenarnya ia sangat membantu.
Amalkan Senaman
Amalkan aktiviti senaman bagi menjaga kecergasan fizikal dan badan. Terutamanya work out yang boleh menguatkan otot-otot bahagian tangan, paha, kaki dan juga perut. Lebih-lebih lagi jika kita akan melangsungkan trip jigging yang sememangnya memerlukan kecergasan penuh.
Ambil Vitamin
Amalkan mengambil makanan yang berkhasiat dan vitamin dan mineral tambahan yang diperlukan untuk kecergasan badan. Menjaga kesihatan badan merupakan satu perkara yang wajar dititikberatkan.
Ubat Mabuk
Sebaik-baiknya cubalah elak dari mengambil ubat tahan mabuk. Sekiranya belum dapat keyakinan maka ambillah sekurang-kurangnya dua jam sebelum menaiki bot. Dan jangan ambil ubat mabuk tambahan sekiranya tiada sebarang petanda akan mabuk sepanjang tempoh memancing.
Amalkan Urutan
Jika perlu dapatkanlah khidmat urutan badan secara tradisional bagi melegakan anggota dan bahagian badan yang selalu sakit-sakit. Urutan bagi mengeluarkan angin dan melancarkan perjalanan darah juga penting agar badan berasa lebih ringan dan cergas.
Pilih Trip
Sebagai permulaan, pilihlah trip yang bersesuaian dengan kemampuan diri kita. Sebaiknya pilihlah trip singkat yang tidak perlu bermalam di laut. Setelah dapat biasakan diri barulah sertai trip bermalam di laut kerana bermalam di laut lebih mudah untuk mabuk laut berbanding waktu siang.
Bot Mancing
Begitu juga dengan pemilihan bot. Sebaiknya pilihlah bot yang besar, luas, bersih dan luas. Bot yang besar dan luas membolehkan anda berasa sedikit walaupun laut beralun. Manakala bot yang tidak bersih dengan pelbagai bau menjadi penyumbang mengundang mabuk laut.
Kawal Minda
Kawal fikiran dan sentiasa berada dalam keadaan tenang. Seboleh-bolehnya ceriakan diri dan fokus kepada memancing daripada memikirkan soal mabuk. Sentiasalah bergerak kerana apabila kurang aktif dan banyak duduk ia mendorong rasa mual menguasai diri.
Jangan Tahan Kencing
Jangan melengah-lengah atau menahan kencing. Perbuatan menahan kencing akan menyebabkan angin juga terkumpul dalam badan sekaligus mengundang sakit kepala dan semakin mudahlah untuk mabuk laut.
Apabila sudah bertemu dengan lubuk yang dipercayai adanya ikan kelah, perkara utama yang perlu dilakukan selain dari kelengkapan memancing adalah penyediaan umpan.
Penyediaan umpan yang tepat menjadi kunci kejayaan memancing kelah.
Gunakan plastic yang tahan lasak… sama ada guna plastik beras atau plastik pampers yang diakui tidak mudah koyak.
Masukan kelapa sawit kat dalam plastik kira-kira setengah sahaja.
Isikan air sampai penuh. Peringatan, jangan gunakan air paip rumah kerana air tu ada klorin. Sebaiknya guna air perigi, air hujan atau sumber air tawar yang lain.
Kemudian ikat plastik dengan kemas dan biarkan di tempat redup selama 2 hari.
Selepas 2 hari, buat lubang lebih kurang 4 inci dari bawah plastik supaya air kat dalam plastik tadi keluar dan yang tinggal hanya 4 inci dari bawah sahaja.
Seterusnya biarkan selama 4 hari. Dalam masa proses ini kena rajin tengok takut-takut terlebih lembik dan tak sesuai lagi untuk digunakan.
Cara guna di lokasi
Bila sampai kat lokasi memancing, gunakan kelapa sawit yang kat bahagian bawah yang terendam dalam air. Ambil dan tumbuk-tumbuk bagi lerai dan hancur sikit, kemudian tabur kat lubuk pancing. Biarkan selama 20-30 minit untuk tarik ikan datang. Selepas itu baru start memancing.
Semasa memancing kelah, sebaiknya gunakan tali tangsi 15lb ke bawah. Tangsi warna clear atau gelap seperti air dilubuk adalah disarankan.
Gunakan batu ladung saiz paling kecil. Biasanya batu hidup saiz 1 atau 2 saja sudah memadai walaupun memancing di jeram yang berarus.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...