Secara asasnya tidak ada sebarang kesalahan menggunakan set spinning untuk teknik slow jigging. Atau dalam kata lain… boleh je guna. Malah bukan sedikit jigger menggunakan set spinning untuk teknik ini.
Ads
Yang membezakan set spinning dengan overhead adalah faktor keselesaan dan kesesuaian. Jika ingin dibuat perbandingan, set overhead memiliki sedikit kelebihan berbanding set spinning. Paling ketara ialah ketika hendak menaikkan jig yang berat (melebihi 200gm) di lapangan yang dalam sehingga 100 meter.
Ads
Di sinilah salah satu kelebihan set overhead kerana ia kuat menarik beban berbanding set spinning. Bayangkan anda perlu melakukan perkara ini seharian sepanjang trip memancing. Ia pasti memenatkan jika anda menggunakan set spinning.
Ads
Sebenarnya banyak lagi kelebihan set overhead berbanding spinning. Namun ia tidaklah menjadi masalah besar jika menggunakan set spinning di lapangan yang cetek dan jig yang lebih ringan. Saya sendiri pernah menggunakan set spinning di lapangan melebihi 100 meter dan berat jig melebihi 200 gm. Penat mendaratkan hasil hanya seberat sekilo pun umpama bertarung dengan ikan monster.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Setelah trekking berkilometer jauhnya, memikul beg berat muatan berjam-jam lamanya, panjat bukit redah denai randuk sungai sampai berjelir lidah dibuatnya, tetapi bila sampai di lubuk memancing, buat kerja yang boleh menyebabkan kumpau.
Jangan sia-siakan masa dan tenaga korang dengan melakukan perkara-perkara berikut…!
Macam berkelah!
Sesampai saja kat lubuk memancing korang terus celebrate kejayaan trekking dengan terjun, mandi-manda dan bergembira di kawasan lubuk.
Dah puas celebrate barulah bersedia untuk memancing. Memang cerahlah masa depan untuk kumpau sehingga balik.
Ikan-ikan liar ni kalau terkejut dan takut memang makan masa berhari-hari lamanya untuk kembali semula ke lubuk asal.
Berebut Spot!
Perkara yang tak sepatutnya berlaku ini akan berlaku kalau kaki casting dan kaki bottom join bersama dalam satu trip.
Kaki bottom biasanya akan menyamar dan menyorok sehabis mungkin untuk mengendap kelah. Tau-tau datang kaki casting dengan bersahaja baling gewang ke spot yang sama.
Silap-silap bukan saja akan kumpau bahkan akan berlaku insiden yang lebih buruk.
Kedekut umpan!
Biasanya bermula dari rumah lagi, malas nak pikul sawit banyak-banyak. Bawak sawit bajet ngam-ngam untuk kegunaan sendiri saja.
Kemudian bila nak trekking ke lubuk dari campsite pun bajet lagi. Sudahnya masa masa umpan habis dibuat rasuah dan umpan tapi ikan belum buka mulut.
Masalah peralatan!
Adakalanya kekili dan joran memang dah sempurna tetapi aksesori lain seperti mata kail, perambut dan batu ladung tertinggal, atau silap bawa yang tak bersesuaian.
Untung-untung nasib dapatlah pinjam daripada rakan-rakan yang lain. Tetapi kalau rakan-rakan lain pun bawa alatan yang cukup untuk kegunaan sendiri saja, maka sendiri mau ingatlah apa akan jadi.
Semangat down!
Biasanya dalam kepala pemancing dah terbayang suana lubuk, ikan-ikan dan kejayaan yang akan dicapai sebelum hari trip lagi.
Sebaliknya apabila tiba hari kejadian dan melihat lubuk tidak sebagaimana yang dibayangkan, semangat terus down.
Belum start pancing pun dah patah semangat memang berkemungkinan besarlah akan pulang dalam kekumpauan.
Tidur tak ingat dunia!
Dua lokasi yang cukup seronok untuk tidur ialah di laut dan hutan. Susah nak komen bab tidur ni sebab memang ada pemancing yang tak boleh nak ubat tabiat suka tidur bila dah tiba di lokasi memancing.
Kalau korang bersedia untuk kumpau atau langsung tak kisah kalau kumpau bolehlah membuta sepanjang waktu.
Memang wujud golongan pemancing yang berpuak-puak ni. Contohnya, walaupun geng dalam group fb, golongan ni ada group dia sendiri seperti group chat whatsapp dan lain-lain. Diorang akan turun memancing dengan geng dia jer. Mungkin tak nak berkongsi lubuk dan sebagainya. Bagi saya, memancing dengan siapa-siapa pun tak kisah. Janji enjoy dan make friends.
Mohd Afiz Mustapa
Yang berpuak-puak tu selalunya libatkan pertandingan atau peminat-peminat tegar sesuatu produk pancing. Masing-masing nak tunjuk merekalah hebat dengan produk mereka, tanpa produk itu maka tak akan menang kata mereka. Dari provok suka-suka terus melarat sehingga ke group-group di dalam FB. Ape pun tak boleh la berpuak-puak ni. Dunia pancing kita tak besar mana, esok lusa pusing-pusing jumpa balik dengan orang sama jugak. Akhir kata “mancing je pun, why so serious?” hehehe.
PakTam Jitra
Biasalah, arena pancing itu sendiri pon ada pelbagai kaedah dan teknik…. So, tak mustahil la kaki-kaki pancing pon berpuak2… Kaki rendam, kaki ngilat,kaki kolam, kaki Udang, saltwater, fresh water, laut dalam, pantai, kaki sungai pergunungan, dan lain-lain.. Belum masuk fly2 lagi… Huh banyakk lahh!!!! Apa pon janji layannnnn..
En Botuckx
Biasa la… Geng-geng OTAI mana nak bercampur dengan FRESHMEN… Geng-geng BRANDED mane ngam ngan geng-geng MAMPU MILIK.. Geng-geng FAMOUS segan nak bergaul dengan geng PICISAN… Even dalam group sendiri pun ade geng ORG LAMA dan BUDAK BARU NK UP.. Sekian..
Rahim WanGhazali
Kebiasannya isu berpuak-puak ni muncul di dalam satu group yang besar. Selaku ahli di dalam group-group mengilat, saya banyak dapati ianya lebih kepada faktor individu itu sendiri yang mana apabila berlaku perbalahan sesama ahli maka fenomena berpuak-puak makin menjadi. Perbezaan fahaman memancing juga menyubang kepada masalah ini sebagai contoh, caster yang mengamalkan CNR adakalanya bertegang dengan caster yang tapau hasil tangkapan.
Fendy Ja’apar
Dalam memancing ni biasanya berpecah daripada segi teknik sama ada bottom, casting, jig, pop dan sebagainya. Dan seterusnya berpecah mengikut platform media sosial mahupun forum. Tapi satu je yang pasti, takde lah sampai bermasam-masam muka, insyaallah. Bahan-membahan tu adat lah lelebih lagi kalo burung bangau tu asyik ngeko gi mancing. Janji mancing. Pedehal?
Yahiko Nagato
Jika di tengok dalam dunia bottom, caster, jigger, surfer, flyer ni memang ada unsur berpuak-puak.. Ini wujud sebab banyak benda, contohnya pendapat, port rahsia, barang-barang mahal,kelengkapan dan berbeza ideologi.. Yang pasti kita kena kikis dulu sifat dengki dan ego yg menebal dalam diri kita.. Semuanya berkaitan dengan MENTALITI kita.. Jika mentaliti kita sihat, maka sihatlah apa-apa jua yang kita usahakan.
Sekiranya anda kreatif dan perlu tetapi gian jugak nak memancing, anda boleh try buat sendiri gewang sesudu berikut. Ikan kalau nak makan tak tunggu gewang mahal-mahal der.
Bahan dan alatan diperlukan:
Tin aluminium
Gunting atau plier
Mata kail
Swivel
Split ring
Paku atau penebuk lubang
Marker pen
Cara menghasilkannya:
Tutorial 1
Guntingkan bahagian bawah tin aluminium. Pastikan gunting tajam dan kuat.
Tutorial 2
Gunting dan kemaskan bahagian tapak tin aluminium.
Tutorial 3
Lakarkan bentuk sesudu atau spoon anda.
Tutorial 4
Gunting tin aluminium mengikut lakaran yang dibuat.
Tutorial 5
Bentuk asas sesudu yang siap dipotong. Anda boleh membuat bentuk berbeza bergantung kepada kreativiti.
Tutorial 6
Tebuk lubang pada bahagian atas dan bawah. Untuk hasil lebih kemas, gunakan penebuk kertas.
Tutorial 7
Pasangkan mata kail dan swivel. Corakkan atau spray spoon anda mengikut kreativiti. Dan siap untuk digunakan!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...