Terdapat dua musim tengkujuh atau monsun utama di Malaysia iaitu Monsun Timur Laut dan Monsun Barat Daya selain dua inter-monsun yang berlaku di antara dua monsun utama tadi.
Monsun Timur Laut yang berlaku sekitar November–Januari merupakan monsun yang memberi kesan besar terutama industri nelayan dan memancing di Pantai Timur Semenanjung.
Ads
Monsun atau musim tengkujuh ini juga mempengaruhi spesies di perairan terbabit. Permulaan musim, spesies ikan daripada kumpulan mackerel (tenggiri, alu-alu), threadfin (senangin, kurau dan lain-lain) dan juga croaker (gelama) lebih banyak sementara gouper (kerapu) akan berkurang kerana akan bergerak lebih jauh ke tengah laut.
Waktu terbaik untuk memancing akan kembali sekitar April selepas inter-monsun. Waktu ini spesies grouper dan snapper akan kembali menghampiri ke kawasan pantai dan pemancing boleh menikmati aktiviti memancing sehingga Oktober.
Ads
Atau dalam erti kata lain, perubahan musim sedikit sebanyak turut merubah tabiat dan habitat ikan. Apabila habitat dan tabiat berubah, maka untuk memancingnya juga kita perlu berubah spot, taktik dan teknik pancingan.
Ads
Walaupun berubah habitat dan tabiat, ikan-ikan tersebut tidaklah bermigrasi atau berhijrah jauh dari habitat asal. Cuma, apabila ia berganjak lebih jauh ke tengah laut maka peluang untuk memancingnya tentulah sukar berikutan kesukaran untuk turun ke laut ekoran laut bergelora pada musim tengkujuh.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Fisheye: Tidak ada manfaat spesifik, kecuali memberikan efek mata ikan. Lensa fisheye (mata ikan) adalah lensa wide angle (sudut lebar) berbentuk cembung yang boleh menangkap gambar dengan sudut 180 darjah.
Ia tiada kaitan saudara mara atau adik beradik dengan mana-mana spesies ikan. Lensa fisheye memiliki titik fokus pendek dan kedalaman (depth of field) hampir tak terbatas.
Ultra-wide rectilinear, lebih lebar dari 19mm: Amat sesuai digunakan untuk mengambil gambar hiasan dalaman, dengan ruang terbatas tapi mampu merakan pandangan menyeluruh di dalam sebuah ruangan.
Ultra-wide-angle (19, 20, 21, atau 24mm): Satu dari empat atau lima lensa penting untuk profesional, sangat sesuai untuk semua ‘kaki foto’ & amatur. Digunakan untuk landskap, interior, street photography, dan sebagainya.
Wide angle: Sekarang lensa berukuran 24mm lebih sering digantikan oleh 20mm dan lensa 35mm telah menjadi focal length yang dianggap normal, sehingga di antara keduanya hadirlah focal length fixed iaitu 28mm. Boleh digunakan untuk semua perkara.
Shift: Untuk memotret bangunan. Memperbaiki lengkungan pada garis yang disebabkan oleh masalah perspektif.
Tilt shift: Sama dengan lensa shift, sekarang biasanya digunakan untuk memberi efek miniatur, juga untuk mengambil gambar normal dengan posisi foreground yang banyak.
Zoom 28-200mm untuk segala keperluan: Jarang dipakai kerana range focal-nya yang terlalu lebar sehingga tidak mampu menghasilkan foto yang berkualiti.
Lensa fixed normal (35mm): Ini adalah focal length yang paling mudah digunakan untuk memotret, tapi sering kali digantikan oleh lensa zoom. Sering digunakan untuk street photography.
Normal/standard (50mm): Berguna untuk memotret jarak dekat. Sesuai untuk semua perkara. Bagi yang profesional, lensa ini mampu menghasilkan foto serupa wide angle juga telephoto.
Macro/micro: Untuk memotret bunga, serangga, bola mata, bulu mata, barang-barang kecil, sarang labah-labah yang dihiasi embun, sisik ikan. Lensa ini sangat popular kerana ia mampu membuatkan juru foto menjadi lebih kreatif.
Normal super cepat (f/2, f/1.2): Digunakan oleh mereka yang suka depth of field yang sangat terbatas. Biasanya untuk membuat potret, juga untuk mereka yang suka bokeh.
Zoom standard (35-70mm, 28-105mm, 35- 135mm, dsb.): Digunakan untuk memotret di bawah cahaya terang – biasanya snapshot, pemandangan, kenderaan, foto perjalanan, foto-foto under exposed dan foto yang menggunakan flash dari kamera.
Lensa fixed 135mm: Jarang digunakan atau dimiliki. Umumnya hanya menjadi lensa standard 35mm jika digunakan pada kamera rangefinder.
Short tele (75, 77, 80, 85, 90, 100, atau 105mm): Untuk potret, landskap, foto wajah. Biasanya kit lens yang datang bersama body camera juga dalam zoom standard seperti ini.
Lensa fixed lambat 180mm atau 200mm: Ringan dan mudah dibawa.
Telephoto zoom standard (70 atau 80 atau 180, 200, atau 210): Baik cepat atau lambat, lensa ini bagus untuk kebanyakan juru foto, pro mahupun amatur. Digunakan untuk segala jenis semua aktiviti, fesyen, potret, wildlife, landskap dan alam.
300mm cepat: Untuk fesyen, katalog, pertunjukan fesyen, olahraga, alam, pertunjukan pesawat terbang. Lensa yang penting untuk profesional, juga untuk juru foto alam. Agak sulit digunakan oleh pemula kecuali untuk memotret serangga.
400mm: Serangga, olahraga, dan burung. Juga untuk memotret pertandingan sepak bola dengan fokus pada pemain secara individu.
Setelah trekking berkilometer jauhnya, memikul beg berat muatan berjam-jam lamanya, panjat bukit redah denai randuk sungai sampai berjelir lidah dibuatnya, tetapi bila sampai di lubuk memancing… jangan sia-siakan masa dan tenaga korang dengan melakukan perkara-perkara berikut…!
Celebrate Awal
Sesampai saja kat lubuk memancing korang terus celebrate kejayaan trekking dengan terjun, mandi-manda dan bergembira di kawasan lubuk. Dah puas celebrate barulah bersedia untuk memancing. Memang cerahlah masa depan untuk kumpau sehingga balik. Ikan-ikan liar ni kalau terkejut dan takut memang makan masa berhari-hari lamanya untuk kembali semula ke lubuk asal.
Berebut Spot
Perkara yang tak sepatutnya berlaku ini akan berlaku kalau kaki casting dan kaki bottom join bersama dalam satu trip. Kaki bottom biasanya akan menyamar dan menyorok sehabis mungkin untuk mengendap kelah. Tau-tau datang kaki casting dengan bersahaja baling gewang ke spot yang sama. Silap-silap bukan saja akan kumpau bahkan akan berlaku insiden yang lebih buruk.
Bajet Umpan
Biasanya bermula dari rumah lagi, malas nak pikul sawit banyak-banyak. Bawak sawit bajet ngam-ngam untuk kegunaan sendiri saja. Kemudian bila nak trekking ke lubuk dari campsite pun bajet lagi. Sudahnya masa masa umpan habis dibuat rasuah dan umpan tapi ikan belum buka mulut.
Tertinggal Alatan
Adakalanya kekili dan joran memang dah sempurna tetapi aksesori lain seperti mata kail, perambut dan batu ladung tertinggal, atau silap bawa yang tak bersesuaian. Untung-untung nasib dapatlah pinjam daripada rakan-rakan yang lain. Tetapi kalau rakan-rakan lain pun bawa alatan yang cukup untuk kegunaan sendiri saja, maka sendiri mau ingatlah apa akan jadi.
Patah Semangat
Biasanya dalam kepala pemancing dah terbayang suana lubuk, ikan-ikan dan kejayaan yang akan dicapai sebelum hari trip lagi. Sebaliknya apabila tiba hari kejadian dan melihat lubuk tidak sebagaimana yang dibayangkan, semangat terus down. Belum start pancing pun dah patah semangat memang berkemungkinan besarlah akan pulang dalam kekumpauan.
Tidur
Dua lokasi yang cukup seronok untuk tidur ialah di laut dan hutan. Susah nak komen bab tidur ni sebab memang ada pemancing yang tak boleh nak ubat tabiat suka tidur bila dah tiba di lokasi memancing. Kalau korang bersedia untuk kumpau atau langsung tak kisah kalau kumpau bolehlah membuta sepanjang waktu.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...