SOALAN:

 

Saya nak try jigging di laut menggunakan metal jig 60g-120g, soalan saya ialah teknik apa yang boleh saya mainkan dan tali berapa pound yang diperlukan? Saya difahamkan lain orang lain cara, dan saya nak mendengar pada pihak tuan. Dan yang saya faham jenis size pound itu untuk jenis ikan yang berlainan.

 

Satu lagi, jika saya masukkan tali 25lb, reel saya (Gtech SW5000HG) dapat masuk sampai 200 meter saja. Cukup ke untuk jigging di Selat Melaka dan Laut China Selatan.

 

Soal Jawab Mancing – Setup Untuk Teknik Jigging Di Laut?

 

JAWAPAN:

IKLAN

 

Jika merujuk kepada berat jig (60g-120g) yang anda ingin gunakan untuk jigging, ia bolehlah dikategorikan dalam teknik light jigging.

 

Bagi teknik light jigging ini saya lebih gemar menggunakan kekili bersaiz siri 2000 hingga 4000, joran PE 0.5-1.0, 0.8-1.5 atau 1.0 – 2.0 dan tali 15lb hingga 30lb.

 

Sementara leader pula bergantung kepada lb tali utama. Jika tali utama 15lb-20lb, leader pula 20lb-25lb. Jika tali utama 25lb-30lb, leader pula 30lb.

IKLAN

 

Soal Jawab Mancing – Setup Untuk Teknik Jigging Di Laut?

 

Dari segi penggayaan jig pula, anda bolehlah mainkannya mengikut spesies sasaran. Sekiranya ingin menjerat spesies demersal atau ikan dasar, jig perlulah digayakan dengan perlahan di kawasan lantai laut.

 

IKLAN

Sekiranya ingin menyasarkan ikan pelagik yang berada di pertengahan air hingga sub permukaan, jig perlulah digayakan dengan lebih pantas meniru renangan ikan-ikan pelagik (mangsa) di kawasan tersebut.

 

Kefahaman anda tentang saiz lb tali ditentukan oleh jenis ikan yang berlainan itu adalah tidak tepat.

 

Soal Jawab Mancing – Setup Untuk Teknik Jigging Di Laut?

 

Pemilihan pound (lb) tali haruslah dipadankan dengan joran dan kekili yang digunakan. Dan merujuk ke kapasiti tali yang diperlukan untuk jigging di Selat Melaka dan Laut China Selatan, tali sepanjang 200 meter itu sudah lebih dari cukup.

 

Purata kedalaman bagi light jigging sekitar 50 meter sahaja. Dan kekili yang anda gunakan itu boleh memuatkan tali sehingga 400 meter jika menggunakan tali berdiameter lebih kecil.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI