IKLAN

 

SOALAN:

 

Sejak berjinak-jinak dengan teknik jigging sejak sekian lama saya masih lagi keliru untuk memilih warna jig yang betul-betul killer. Jadi boleh tak admin jelaskan sedikit pasal warna jig dalam teknik memancing jigging?

 

JAWAPAN:

 

Jigging merupakan salah satu teknik yang cukup digemari oleh kaki pancing. Antara sebabnya ialah besi jig mudah untuk dibawa dan mempunyai tarikan warna yang memukau selain cukup efektif apabila digunakan.

 

Soal Jawab Mancing – Pening Nak Pilih Warna Jig Paling Padu

 

IKLAN

Dewasa ini, pemancing gemar menggunakan teknik jigging kerana besi jig mempunyai daya ketahanan yang unggul selagi tidak lebur disebabkan perambut dipotong atau tersangkut. Tetapi, jika anda menggunakan besi jig, salah satu faktor kejayaan anda mungkin terletak pada pemilihan warna.

 

Perlu diingat warna pada badan jig berbeza di dalam air berdasarkan bagaimana penetrasi cahaya ke dalam air pada masa itu. Faktor warna jig memainkan peranan penting ketika unjunan untuk menarik perhatian ikan.

 

Soal Jawab Mancing – Pening Nak Pilih Warna Jig Paling Padu

 

IKLAN

Pemilihan warna jig sangat kritikal bergantung kepada kedalaman air. Jadual ini mungkin membantu anda dan memberikan alternatif pilihan untuk memilih warna jig yang sesuai mengikut kedalaman kawasan pancingan anda.

 

Warna jig di atas berdasarkan penetrasi cahaya pada kedalaman tertentu. Namun tidak salah untuk kaki pancing memilih warna-warna berbeza dari warna berkenaan. Selalulah bertanyakan kepada yang arif dan juga tekong sebelum anda turun jigging.

 

Soal Jawab Mancing – Pening Nak Pilih Warna Jig Paling Padu

 

Warna Kesan Optimum Untuk Kedalaman

 

Merah (Red) 0 – 30’

Oren (Orange) 0 – 45’

Kuning (Yellow) 0 – 60’

Hijau (Green) 0 – 80’

Biru (Blue) 0 – 100’

Ungu (Purple) 0 – 120’

Perak (Silver) 0 – 120’ ke atas

Bercahaya (Luminous) – Waktu malam atau lebih 120’