Tak kisah apa brand pun semua boleh digunakan. Murah ke mahal sama saja. Malah salah seorang rakan kami menggunakan set casting untuk pancing jenggo. Elok saja dapat bawa naik jenggo walaupun saiz kecil tapi dapat rasa tarikannya. Rod yang kami gunakan sepanjang 6 kaki dan 5 kaki kebanyakannya jenis rod pancing jenggo.
Saiz mata udang juga penting sebab jika saiz terlalu halus maka mudahlah terlepas dan patah. Kami biasa guna mata kail brand Exori saiz 3 dan 5. Setakat ini saiz dan jenis mata kail ini tidak mengecewakan. Jarang-jarang udang terlepas dan tidak pernah patah. Perambut pun tidak kisah. Jangan terlalu besar dan terlalu halus. Kami biasa guna perambut 1 mata kail.
Ads
Kami biasa guna batu ladung hidup saiz no 4 saja. Arus sungai Kanowit tidaklah terlalu kuat kecuali selepas hujan lebat mungkin perlu pakai saiz no 6.
Ads
Umpon-umpon (perumpun) dan cacing tanah adalah umpan wajib yang perlu ada. Lebih baik bawa kedua-dua umpan ini tak perlu umpan lain lagi. Mungkin jenggo di sini sudah biasa memakan dua jenis umpan ini.
Ads
Jangan lupa bawa sauh! Ini sangat penting kerana lubuk banyak di tengah sungai. Antara sauh yang kami guna agar tidak hanyut dan tidak sangkut kayu ialah besi seberat 4kg ini sesuai untuk dijadikan sauh. Ia tidak terlalu berat untuk ditarik naik apabila perlu tukar spot.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Sungai Keniam terletak di dalam kawasan Taman Negara Pahang. Sebagai sungai yang terletak di dalam Taman Negara, ia tertakluk kepada akta larangan seperti larangan menebang pokok sesuka hati, membuang sampah.
Panduan 2
Perlu mengambil permit memasuki Taman Negara, Lesen Memancing dan Permit Foto serta mengistihar segala peralatan dan kelengkapan di Pos Renjer Perhililitan di Sungai Tahan sebelum masuk dan selepas keluar.
Panduan 3
Sentiasa berhati-hati dengan kehadiran binatang liar yang terdapat di sini. Gajah antara haiwan yang banyak berada di persekitaran Sungai Keniam.
Terkini, terdapat renjer yang ditempatkan di Lata Said, bertujuan mengawasi kehadiran pemburu haram dan pencari kayu gaharu oleh pendatang asing, terutama dari Thailand.
Panduan 4
Masyarakat Asli yang terdapat di sini, adalah dari suku Batek. Antara lubuk popular adalah Perkai, Rincing, Cangkung, Petai, Rawa, Panjang, Batu Terubung dan puluhan lagi lubuk kecil yang lain.
Panduan 5
Kasut getah adalah kasut yang sesuai untuk trekking, memijak batuan dan meredah sungai. Pastikan anda memakai saiz yang tepat. Tidak terlalu longgar atau ketat.
Panduan 6
Pakai stoking panjang untuk mengelakkan gigitan pacat dan pakai pakaian yang ringan dan bawa pakaian yang mudah kering.
Panduan 7
Sentiasa berhubung dengan tekong sebelum bertolak terutama teknik pancingan dan apa yang perlu dibawa.
Untuk pancingan dasar ikan kelah, gunakan tali tangsi 15lb ke atas dan tidak melebihi 35lb. Gunakan mata kail saiz sederhana sahaja saiz 12-14.
Kekili spinning yang disyorkan bersaiz 3000 ke atas dan rod medium action.
Panduan 8
Kepada kaki casting, sentiasa cari lubuk berpotensi. Lontaran gewang atau sesudu perlulah mengikut arus atau sisi arus.
Celah batu besar, reba kayu, celahan pokok tumbang ke dalam air, kawasan lata, cegar dan pertemuan cabang sungai antara spot terbaik mendapatkan hasil.
Kami juga membawa ais kering (dry ice) dimuatkan ke dalam tong Coleman dan bukannya ais biasa untuk tahan lebih lama.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Boleh dikatakan pancingan air masin yang membabitkan pancingan di muara, pesisir pantai, kelong atau rumah rakit dan di laut lepas, lebih mudah dari segi penyediaan umpan. Kebanyakan umpan yang berbentuk umpan alami itu sendiri boleh diperolehi dari laut atau muara.
Udang Putih
Lazimnya udang hidup lebih banyak digunakan di perairan cetek kurang dari 10meter dan kawasan ekstuari. Namun kini penggunaannya semakin meluas hingga ke laut lepas sebagai umpan tambahan. Udang hidup merupakan umpan yang sangat berkesan untuk semua jenis ikan pemangsa seperti siakap, siakap merah, kerapu, tebal pipi, jenahak, ebek dan lain-lain lagi.
Sotong Cumit
Jika di tengah laut, tiada umpan lain yang mampu menandingi cumit atau sotong jarum hidup bagi menjerat ikan-ikan gred A seperti ikan merah, jenahak, kerapu serta tenggiri. Dalam trip bottom, cumit menjadi penanda kejayaan trip tersebut. Sekiranya berjaya memperoleh cumit dalam kuantiti yang mencukupi maka berpeluanglah untuk hasil pecah tong.
Umpun-Umpun
Umpan yang cukup sininom bagi pancingan pesisir pantai. Walaupun ia cukup popular bagi memancing gelama namun ikan daun baru, tebal pipi, tetanda dan jenahak turut sama boleh dipancing. Dalam pancingan kelong atau rumah rakit, umpun-umpun merupakan umpan nombor satu yang wajib dibawa.
Sotong kurita
Boleh dikatakan umpan yang wajib ada bagi pancingan bottom di perairan Pelabuhan Klang. Namun di beberapa padang pancing yang berkongsi air yang sama (Selat Melaka), ia kurang digunakan kerana jarang mendapat sambutan dari pemangsa.
Sasaran tentu saja ikan jenahak, merah, kaci, kerapu, mahupun pari. Selain digunakan hidup-hidup, janggut atau jemarinya turut berkesan digunakan dalam keadaan segar.
Udang Lipan
Hanya pemancing dasar laut dalam saja yang biasa menggunakan umpan ini. Maka tidak hairan ramai juga pemancing tidak tahu udang jenis ini yang kurang isi boleh dijadikan umpan. Ia sangat berkesan ketika ia masih hidup untuk menjerat kerapu, jenahak, merah, gerut-gerut serta pari terutamanya di perairan Selat Melaka.
Ketam
Bila sebut saja umpan ketam atau ketam nipah pasti nama ikan ketarap atau bayan akan terkait dengan sendirinya. Namun ikan lain seperti kuku dan kerapu turut membaham umpan ini. Namun saiz ketam yang digunakan perlulah bersaiz kecil. Jadi, tidaklah hairan sekiranya masih ramai pemancing yang belum pernah menggunakan ketam nipah sebagai umpan.
Umang-Umang
Dari dulu sehingga kini umang-umang merupakan umpan pilihan untuk memancing sembilang atau gemang. Namun ikan lain seperti gelama, gerut-gerut dan kitang turut berminat kepadanya. Malah ikan pari puluhan kilo turut pernah didaratkan hasil penggunaan umang-umang ini. Umang-umang juga tidak sukar untuk dicari dan hanya perlu memecah `rumahnya’ untuk mengeluarkannya.
Sesirat
Biasanya orang guna umpan ni biar sesirat kering dulu baru cangkuk pada mata kail. Tapi kalau guna terus pun tak jadi masalah. Sesirat ni kalau kecil pakai sekor-sekor cangkuk kat mata. Kalau besar korang potonglah kasi cun-cun kat mata kail. Umpan ni memang lambat sikit nak dapat strike, tapi kalau dapat strike biasanya saiz mega. Ikan yang kerap makan umpan sesirat ni ialah belukang, pari dan juga jenahak.
Telur Belangkas
Belangkas atau isinya tidak dijadikan sesuai dijadikan umpan. Tetapi telurnya sangat berkesan untuk dijadikan umpan. Ia merupakan umpan yang cukup sinonim untuk memburu keluarga pak misai seperti sembilang, duri dan juga belukang. Sekiranya anda terpancing belangkas, periksa badannya dan lihat kalau-kalau ia mempunyai telur.
Siput & Kekerang
Antara umpan yang popular bagi pancingan di kelong. Ikan sasaran pula merupakan ikan yang sering berlegar di kawasan kelong seperti gerut-gerut, sembilang, duri dan lain-lain lagi. Seperti mana telur belangkas juga, kerang merupakan umpan alternatif untuk memancing spesies pak misai.
Udang galah aktif apabila air sungai bersuhu suam dan akan kurang makan apabila air sungai sejuk atau terlampau tawar. Musim yang paling baik untuk memancing udang adalah pada musim panas atau kemarau.
Udang galah adalah haiwan jenis omnivor iaitu spesies yang makan serba-serbi yang dijumpainya. Bagi saya, umpan yang saya selalu gunakan adalah perumpun, cacing, isi ikan, jantung ayam yang dibakar sedikit dan dihiris.
isi ikan kembung, kulit ayam dan ikan longkang atau gapi yang ditangkap dan disimpan dalam bekas plastik selepas direnjis dengan sedikit belacan dan dibekukan selama sehari dua. Boleh dikatakan udang galah akan makan serba jenis benda yang berdaging yang berbau.
Untuk mata kail pula saya selalu menggunakan mata kail no 1 hingga 5 kerana saiz ini paling sesuai di mana adakala saya pakai jenis berduri (barb) dan ada masa jenis tidak berduri (barbless). Apa yang penting mata kail itu mestilah tajam.
Satu lagi tip yang saya hendak berikan adalah supaya menggunakan ‘burley’ atau rasuah untuk memikat udang datang. Caranya gunakan makanan kucing yang basah yang dijual di kedai di dalam tin ataupun paket. Saya akan membuatkan lubang pada tin atau paket dan meletaknya di bawah bot atau sampan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...