Bila melihat aktiviti nelayan menangkap ketam nipah, tergerak juga hati untuk mencubanya. Lebih menyeronokkan apabila ketam yang diperoleh tersebut dijadikan juada sejurus kembali dari menangkapnya.

 

Ketam nipah sememangnya sudah terkenal sejak dulu lagi dijadikan juadah di meja makan. Namun disebalik keenakan rasanya, pernahkah anda terfikir untuk merasai sendiri pengalaman menangkap ketam nipah ini?

 

Sesi Mempelajari Teknik Bento Ketam

 

Jika anda ada menyimpan angan-angan tersebut, jangan bimbang! Anda boleh merasai sendiri pengalaman baru menangkap ketam nipah menggunakan bento atau bubu ketam di Kampung Sungai Melayu, Gelang Patah, Johor.

 

Sempena kunjungan trip media anjuran Tourism Malaysia Johor, ia memberi peluang kepada saya untuk mencuba sendiri satu tarikan eko-pelancongan negeri ini.

Kampung Sungai Melayu yang merupakan sebuah perkampungan nelayan terletak di Mukim Pulai, dengan jarak 10 km dari Gelang Patah.

Selangkah sahaja menjejakkan kaki di sini saya telah terpana dengan suasana nyaman dan damai kampung yang dihiasi pemandangan paya bakau ini.

 

Sesi Mempelajari Teknik Bento Ketam

 

IKLAN

Impian termakbul

 

Di sini, saya dapat merasai sendiri pengalaman pertama menangkap ketam menggunakan bento ini. Tidaklah sesukar mana rupanya untuk mengendalikan bento ini. Hanya menggunakan isi ikan atau ayam sebagai umpan dan meletakkan ke dalam bento tersebut. Kemudiannya, bento itu dilepaskan di dasar Sungai Gading selama kira-kira 30 minit sebelum kami kembali semula untuk memungut hasil.

 

Sesi Mempelajari Teknik Bento Ketam

 

Sementara menunggu waktu untuk memungut ketam, saya dibawa menyusuri sepanjang sungai untuk melihat sendiri suasana hutan paya bakau yang begitu menenangkan. Saya turut diperjelaskan, bahawa kawasan hutan bakau di sini merupakan habitat pelbagai burung migrasi.

 

Selain itu, kami turut bertembung dengan beberapa kumpulan pemancing yang sedang memancing di sini. Menurut mereka, sungai ini juga menjadi antara spot terbaik untuk memancing siakap putih, siakap merah, kerapu, sembilang dan pelbagai spesies lagi.

 

IKLAN

Sesi Mempelajari Teknik Bento Ketam

 

Setelah seketika menyusuri sungai yang dikelilingi pokok bakau ini, saya kembali semula ke tempat pelepasan bubu untuk melihat hasil tangkapan. Saya diberi peluang merasai sendiri pengalaman menaikkan bento ketam ke dalam bot.

 

Bagaikan membuka kotak hadiah misteri, tali ditarik perlahan-lahan untuk mendaratkan bento. Bubu yang pada mulanya kosong berjaya memerangkap seekor ketam nipah yang bersaiz besar dan sedikit agresif.

 

Sesi Mempelajari Teknik Bento Ketam

 

Pengalaman manis

 

IKLAN

Setibanya di jeti, saya diajar teknik mudah untuk mengikat ketam yang ditangkap menggunakan tali rafia bagi mengelakkan terkena penangan sepitan ketam ini.

 

Ketam yang ditangkap boleh hidup di darat dalam jangka masa yang lama kerana kerana mempunyai satu ruang yang mengandungi sedikit air pada insangnya yang boleh ditutup untuk membantu pernafasannya.

 

Sesi Mempelajari Teknik Bento Ketam

 

Seusai misi pencarian, saya dibawa untuk menjamu selera dengan masakan kampung yang amat menyelerakan. Asam pedas resepi asli, kangkung goreng belacan, sambal, ketam dan udang, apa lagi yang ditunggu, kami makan dengan berselera. Memang lazat!

 

Sememangnya, aktiviti sebegini memberi pengalaman baru terutamanya buat anak-anak muda untuk merasai suasana sebenar masyarakat nelayan serta menghargai ekosistem alam semula jadi.

Tambahan pula, sedikit ilmu dapat dibawa pulang dimana pengalaman menangkap ketam menggunakan bento merupakan suatu aktiviti yang amat menyeronokkan.

 

Sesi Mempelajari Teknik Bento Ketam

 

Selain crab netting, Kampung Sungai Melayu turut terkenal dengan aktiviti sungai seperti menangkap kupang, ikan dan udang. Kulit kupang turut dijadikan sebagai salah satu produk kraftangan oleh masyarakat tempatan. Selain itu, pelancong turut dapat melihat sendiri rutin kehidupan penduduk dan perusahaan kecil seperti pembuatan belacan.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI