Seludup ikan

Teknik ini cukup popular ketika era ikan keli merupakan spesies utama yang dipertandingkan. Malah ia masih berterusan sehingga hari ini berikutan keupayaan ikan keli untuk bertahan di luar air untuk tempoh yang agak panjang.

Teknik menyeludup ikan bukan terbatas di pertandingan memancing air tawar sahaja. Pertandingan air masin juga tidak berkecuali. Ia pernah berlaku dalam pertandingan memancing laut dalam di mana peserta menghantar ikan yang dibeli dari nelayan di tengah laut.

Malah dalam pertandingan mengilat yang tersohor di Tasik Kenyir suatu ketika dahulu, ada peserta yang menghantar ikan yang telah ditangkap beberapa hari sebelum pertandingan dan muncul sebagai pemenang.

 

Tambat ikan

IKLAN

Teknik menambat ikan cukup sinonim dengan pancingan pantai dan tasik. Ikan yang dicangkuk mata kail di dalam mulutnya akan ditambat dengan tali atau perambut yang panjang.

Tali yang menambat ikan itu kemudiannya akan disambung pada tali pancing utama tanpa pengetahuan peserta lain pada hari pertandingan.

 

Komplot Marshall

IKLAN

Istilah ikan boll di dalam mulut cukup sinonim dengan pertandingan memancing yang dianjurkan di kolam atau tasik air tawar.

Ia memberi makna, mata kail haruslah tercangkuk di dalam mulut ikan sebagai syarat pengesahan tangkapan. Sekiranya tidak boll maka tangkapan dibatalkan.

 

IKLAN

Namun ia peraturan yang mudah dijual beli. Dengan tawaran suapan beberapa peratus, banyak kejadian di mana peserta yang memenangi pertandingan memancing adalah hasil rasuah kepada marshall.

Malah ada yang peserta yang berpakat secara langsung dengan penganjur.

 

Khidmat Bomoh

Matlamat menghalalkan cara. Demi memenangi wang pertaruhan, ada pemancing yang sanggup menggunakan khidmat bomoh atau ilmu hitam.

Ia bukan perkara baru namun kekurangan bukti nyata untuk mengheret para penipu dalam pertandingan memancing ini ke muka pengadilan menyebabkan ia tidak dapat didedahkan.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI