Pada suatu ketika, atau lebih tepat lagi ketika teknik jigging ringan atau light jigging menjadi satu fenomena dalam industri memancing tanah air, boleh dikatakan hampir semua pemancing ingin menjadi seorang jigger.

 

Sehinggakan, pemancing yang seumur hiduo tidak pernah menjejakkan kaki ke atas sampan atau bot, dan sanggup pula berhadapan dengan mabuk laut semata-mata untuk

tidak ketinggalan merasai keseronokan dan menjadi salah seorang pemain dalam fenomena yang melanda industri memancing tanah air.

 

Buat seketika ikan sasaran light jigging terutamanya talang menjadi spesies ikan yang begitu popular.

Begitu popular sehingga menenggelamkan ikan-ikan gred A pancingan dasar jenahak atau kerapu.

Maka ramailah pemancing berlumba-lumba memuat turun hasil light jigging di laman sosial seperti Facebook.

 

 

Gambar-gambar pemancing bersama ikan talang yang ditumpaskan bertaburan laman sosial itu.

Sekaligus menenggelamkan populariti `artis-artis’ di dalam majalah memancing.

Fenomena tersebut turut mendorong pengusaha-pengusaha atau tekong-tekong menyediakan pakej memancing.

IKLAN

Dalam masa yang singkat, pertambahan tekong jigging umpama cendawan tumbuh selepas hujan.

Trip jigging talang umpama pisang goreng panas. Secara tidak langsung ia meningkat dan merancakkan lagi industri memancing yang agak sepi dan statik.

 

 

Apabila pancingan jigging perlahan atau slow jigging mula menjadi teknik memancing paling digemari, buat seketika populariti spesies talang ini berada di puncak.

Namun sedikit demi sedikit popularitinya merudum berikutan satu fenomena baru yang menggongcang industri memancing.

 

Kemunculan teknik jigging perlahan atau slow pitch begitu pantas menular. Konsep jigging yang mensasarkan spesies ikan demersel seperti jenahak, kerapu, merah dan ibu gelama

yang sebelum ini hanya berjaya dijinakkan melalui teknik pancingan konvensional iaitu pancingan dasar menggunakan umpan.

IKLAN

 

 

Dalam masa singkat, terutamanya apabila teknik pancingan jigging perlahan menjadi fenomena dalam sukan memancing tanah air.

Talang tidak lagi menjadi spesies sasaran utama. Khususnya dalam teknik pancingan jigging perlahan ini.

 

Sebaliknya spesies demersal seperti jenahak dan kerapu pula yang menjadi trofi bagi setiap trip memancing (jigging).

Dalam masa yang sama, trip pancingan light jigging turut berganti kepada trip slow jigging.

Atau dalam erti kata lainnya, hampir tiada lagi trip memancing talang melainkan nama jenahak dan kerapu sahaja yang menjadi judul sesuatu trip.

 

IKLAN

 

Kemuncaknya, status populariti talang jatuh ke tahap paling bawah. Malah ada kelompok pemancing yang tidak mengiktiraf talang sebagai hasil tangkapan dalam sesuatu trip jigging perlahan.

Untuk bergambar dengan talang sekalipun ada pemancing yang tidak sudi. Bahkan trip itu dianggap gagal sekiranya hanya talang yang berjaya dibawa pulang.

 

Namun, mutakhir ini tatkala spesies sasaran seperti jenahak, kerapu dan ibu gelama semakin menyepi dan culas untuk membaham jig-jig, dan bimbang trip berakhir dengan

kegagalan mutlak, jauh di sudut hati kembali berharap agar spesies talang yang dipinggirkan ini sudi memberikan sedikit hiburan. Talang pun talang la… janji tak kumpau!

 

baca juga Sentap: Pengalaman Umpanian Mancing Kitang

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan