Ikan merah lembut isi ini amat popular di kalangan penggemar makanan laut di Hong Kong. Banyak ikan ternakan sangkar di eksport ke mari. Tiada yang mustahil bagi teknologi akuakultur jika ada kemajuan dan permintaan terhadap hasil yang diternak.
Sama ada ia terlepas atau di lepaskan dari sangkar ternakan bukan perkara pokok. Yang penting ikan merah sepang ini boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru dan asing baginya. Satu lagi spesies ikan bermutu yang kini mendiami kawasan sekitar Pulau Ketam untuk kaki pancing dan nelayan persisir pantai mengerjakannya.
Ads
Biografi Ringkas
Nama Saintifik: Lutjanus guilcheri
Keluarga: Lutjanidae (snappers)
Nama Lain: Merah, merah pucat
Ads
Nama Inggeris: Yellowfin red snapper
Ciri Fizikal: Sirip asas berwarna kuning, merah cerah serata badan dan tompok hitam pada bahagian atas pangkal ekor.
Diet: Anak ikan, udang, sotong (cumit & kurita),ketam dan pelagik (alga & plakton)
Ads
Habitat: Kawasan muara dan pantai berkarang sesuai dengan sifat ikan marin
Taburan: Indo Pasifik, Laut China Selatan, Taiwan, Hong Kong dan Kepulauan Sulawesi Indonesia.
Tempatan: Pelabuhan Kelang, Selat Melaka (Dipelihara sebagai ikan ternakan sangkar sebelumnya dan kini sudah merebak di kawasan umum).
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Kebanyakan kekili low profile atau baitcasting reel (BC) mempunyai komponen yang hampir sama. Oleh yang demikian korang boleh servis sendiri jika mengetahui cara-cara asasnya.
Kekili Daiwa Pixy Type-R yang kami gunakan ini hanya sebagai contoh sahaja. Servis yang dilakukan ini sekadar untuk proses servis minor untuk pembersihan dan peminyakan komponen.
Barang keperluan:
Cara-Cara Servis:
Langkah 1
Buka kesemua skru dengan cermat.
Langkah 2
Gunakan rachet spanar untuk membuka nut. Penggunaan alat ini, lebih baik dari menggunakan spanar biasa.
Langkah 3
Buka star drag dengan cermat.
Langkah 4
Ruang penutup yang telah dibuka. Perhatikan keadaan gris pada kekili sama ada perlu dibersihkan keseluruhan, perlu di cuci atau ditambah gris baru.
Langkah 5
Tanggalkan kepingan washer pada pinion gear.
Langkah 6
Tanggalkan bearing dari semua tempat.
Langkah 7
Asingkan part penting mengikut bekas berbeza. Asingkan bearing dalam satu bekas khas untuk tujuan dicuci.
Langkah 8
Susun kesemua part yang telah dibuka mengikut kedudukan ia dibuka. Ini bagi mengelakkan anda terlupa dan memudahkan pemasangan semula.
Langkah 9
Kekili Daiwa Pixy Type-R memiliki 1 bearing pada bahagian spool. Gunakan spool pin removal untuk membukanya.
Langkah 10
Gunakan minyak Zippo untuk mencuci kesemua bearing. Sebaiknya biarkan ia direndam dalam tempoh 3-5 minit terlebih dahulu.
Langkah 11
Gunakan air blow untuk lebih cepat mengeringkan bahagian dalam (ball bearing).
Langkah 12
Gunakan oil bearing mengikut kesukaan anda dan apakah penggunaan gewang anda anda mahukan, sama ada mikro atau gewang berat.
Langkah 13
Sapu gease oil menggunakan berus lukisan (tidak terlalu tebal @ nipis) pada semua part, termasuklah di pinion dan main gear.
Langkah 14
Sapu gease oil menggunakan berus lukisan (tidak terlalu tebal @ nipis) pada semua part, termasuklah di pinion dan main gear.
Langkah 15
Sapu dengan sekata dan pasang semula kesemua bahagian yang telah dibuka.
Untuk berjaya memperoleh hasil terutamanya ikan sasaran utama seperti tenggiri, dengan mempraktikkan teknik speed jigging, beberapa perkara harus dipertimbang dan dikaji.
Pertama sekali, kita harus memahami serba sedikit info berkenaan spesies sasaran. Ikan tenggiri adalah jenis ikan berenang laju (purata kelajuan 70 km/j) dan tabiat makan secara menyambar.
Oleh yang demikian umpan (jig) yang digunakan haruslah digayakan dengan kelajuan yang sesuai untuk menarik perhatian tenggiri serta mahu menyambarnya. Begitu juga jenis mata kail yang sepadan untuk tabiat ikan yang makan secara menyambar.
Setup Peralatan
Reel
Bagi saya untuk mencari tenggiri dengan lebih efektif ialah pastikan peralatan memancing itu tepat. Penggunaan kekili berkelajuan tinggi adalah satu kemestian. Pilih kekili saiz sederhana (3000-6000) yang mampu mengisi tali sehingga 200 meter.
Rod
Pilih joran yang ringan tetapi berupaya menggayakan jig sehingga berat 100 gm dengan sempurna. Joran yang berat atau aksi perlahan hanya menyebabkan anda keletihan sebelum sempat merasa tarikan tenggiri yang diburu. Ini penting bagi mengelakkan penggunaan tenaga yang berlebihan sepanjang berjigging.
Jig
Manakala jig yang mempunyai warna asas perak berkilau, berat 40-80 gm menjadi pilihan kebanyakan pemancing memburu tenggiri.
Tali utama
Sementara tali utama memadai tali sulam berkekuatan 15-40 lb dengan leader 20-40 lb. Assist hook pula WAJIB daripada dari dawai atau kevlar steel. Untuk insuran tambahan bolehlah menggunakan perambut dawai sepanjang 2-3 inci. Walau bagaimana perambut dawai ini hanya sesuai tatkala ikan frenzy membaham jig, air sedikit keruh dan waktu malam.
Gaya persembahan umpan
Boleh dikatakan hampir kesemua pemancing bersetuju bahawa jig perlu dikarau dengan selaju yang mampu untuk menerima sambaran. Saya bersetuju untuk tidak bersetuju.
Pada saya, tahap kelajuan mengarau jig bergantung pada jenis kekili yang digunakan. Sekiranya menggunakan kekili ratio sederhana, sememangnya perlu dikarau selaju mungkin.
Namun, jika menggunakan kekili ratio tinggi (melebihi 7:1) maka tidaklah perlu mengarau seperti orang kena rasuk.
Jika terlalu laju sehingga mengatasi kelajuan tenggiri itu sendiri sebenarnya tidak membantu juga. Banyak keputusan berakhir dengan perambut putus gara-gara tenggiri gagal menyambar tepat pada jig. Gaya terbaik adalah dengan cara karau stop and go.
Karau dengan kelajuan sepadan dan berhenti untuk beberapa saat sebelum meneruskan kayuhan. Ketika stop and go ini sebenarnya peratusan strike adalah lebih tinggi.
Selain itu faktor stamina juga sangat perlu dititikberatkan bagi semua pemancing. Alangkah ruginya ketika berehat panjang akibat kepenatan, tatkala itulah tenggiri baru aktif membaham jig.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...