Resepi Pemancing : Terbol masak lemak Belimbing Buluh

Share

 

Walaupun ia bukan ikan dambaan utama seperti tengas atau sebarau, ikan terbol antara merupakan spesies sungai yang sedap digoreng garing ataupun dibuat masak lemak cili api. Lebih-lebih lagi yang bersaiz tapak tangan.

Manakala yang bersaiz kecil, ia lebih sesuai dilepaskan kembali atau sesuai untuk dijadikan umpan hidup pancingan dasar untuk mencari ikan belida, toman ataupun sang badong.

Berikut resipi yang telah dicadangkan untuk ikan ini, iaitu masak lemak cili api belimbing buluh.

 

BAHAN-BAHAN:

 

  • 4-5 ekor ikan terbul
  • Belimbing buluh
  • Cili padi
  • Serai
  • Bawang merah & putih
  • Kunyit hidup (ditumbuk atau boleh guna serbuk kunyit)
  • Santan
  • Garam
  • Serbuk perisa

 

CARA MEMASAK:

 

  • Bersihkan ikan, kelar rapat sisi badan ikan.
  • Tumis bawang merah dan putih.
  • Masukkan santan, kunyit hidup, belimbing buluh, garam, serbuk perisa
  • Masukkan sedikit air, serai dan ikan.
  • Biarkan mendidih dengan api perlahan dan hidangkan.

 

IKLAN