Sekarang ni aktiviti memancing di sungai pergunungan dah semakin canggih. Kebanyakan pemancing dah tak bawa sardin atau megi tapi bahan-bahan untuk memasak macam menu ala-ala hotel. Menu masak lemak cili api tu macam dah biasa sangat dah. Berikut antara menu yang pernah dihasilkan oleh pemancing ketika memancing di hutan sungai pergunungan.
Bahan-Bahan:
1 ekor ikan tengas
2 batang serai (dititik atau diketuk)
2 helai daun kunyit (disiat dan disimpulkan)
5 biji limau kasturi (ambil jus)
600 ml santan cair
200 ml santan pekat
20 biji cili padi kampung
1 inci kunyit hidup
Secekak pucuk ubi (rebus dengan garam dan toskan)
Garam secukup rasa
Ads
Cara-Cara Penyediaan:
Ads
Ikan tengas disiang dan dibersihkan pastu perap dengan garam seketika dan bersihkan kembali.
Tumbuk cili padi bersama kunyit hidup dan garam, kemudian masukkan ke dalam periuk.
Ads
Masukkan pula serai yang telah dititik dan santan cair. Hidupkan api dan kacau hingga mendidih.
Masukkan ikan tengas dan tambah santan pekat. Bila dah mendidih masukkan pula daun kunyit, pucuk ubi yang telah direbus dan masukkan garam secukupnya.
Biar mendidih perlahan dalam 10 minit dan tuang jus limau kasturi dan biarkan mendidih lagi sambil dikacau perlahan.
Perisakan dan kalau rasa dah ngam baru padamkan api. Kemudian boleh dihidangkan dengan nasi panas-panas dan ikan pekasam. Perghhhhhh!
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Pengalaman ketika menjala udang di bawah jambatan sekitar Pulau Indah, Port Klang. Waktu tu tengah malam dah.. saya dan abang cuma berdua.
Pada awalnya kami menjala di kawasan tiang bawah jambatan yang ada banyak lampu dan ada restoran seafood, jadinya keadaan bercahaya la jugak tapi sebab takde udang kat kawasan tu kami beralih di tiang sebelah yang mana di situ agak gelap.
Masa tengah berjalan tu saya tukang pegang touch light abang yang tebar jala. Tiba-tiba masa tengah berjalan tu saya ternampak pasu tembikar tanah liat yang bentuknya macam tempat simpan abu mayat.
Mulut ni boleh pulak terlepas tegur benda tu kat abang saya tapi dia buat tak tau ajelah.
Selang beberapa minit saya saja suluh-suluh kawasan situ… tiba-tiba saya perasan ada sesuatu tengah perhati kami dari belakang. Masa tu tak terfikir apa pun.
Lampu pulak saya tak suluh kat benda tu sebab fokus kat abang yang tengah tebar jala. Lama-lama tenung baru la perasan benda yang saya nampak tu sedang berdiri, pakaian putih, sosoknya macam orang tua tengah pandang kami yang sedang menjala.
Jaraknya kira-kira 15 kaki dari kami tapi muka tak nampak sebab gelap. Masa tu jantung pun apa lagi macam nak gugur beb! Dan-dan lepas tu toleh depan abang saya dah gerak nak balik.
Menggelupur la aku berlari dalam lumpur tu. Abang saya tak nampak cuma dia pun ada cakap masa tu roma dia tiba-tiba naik. Tu dia ajak balik terus tu. Akibatnya tiga hari aku demam beb… haha.
(Catatan: Najib Mohd Said)
TEMAN MEMANCING
Pengalaman ini berlaku ketika saya memancing di tepi sebatang sungai. Agak pelik juga setelah berjam-jam lamanya memancing namun saya langsung tak dapat apa-apa hasil.
Padahal sebelum ini sungai tersebut tidak pernah menghampakan. Paling tidak dapatlah juga ikan kecil-kecil.
Bila dah rasa pelik tu saya perhatilah juga di sekeliling tapi tak nampak apa-apa yang pelik. Tapi saya dapat rasa macam ada sesuatu yang tak kena.
Jadi dengan tawakal dan tenang saya beralih dalam jarak 10 langkah dari tapak. Tak sampai lima minit memancing kat situ barulah saya dapat hasil.
Dalam pada masa yang sama saya baru ternampak kawan saya yang memancing di seberang sungai.
Rupanya kawan memancing di seberang sungai tu dah memberi isyarat. Dia dah nampak kelibat budak duduk sebelah saya dan memancing bersama dengan saya.
(Catatan: Hakunan Matata)
HILANG ATAS BOT
Peristiwa ni berlaku sekitar bulan May 2016. Aku bersama tujuh rakan lain memancing sekitar perairan Tioman.
Dipendekkan cerita, setiba kami di lubuk pertama masing-masing sibuk melabuhkan umpan tanpa peduli antara satu sama lain.
Lima jam berlalu setibanya kami di lubuk kedua aku dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena tapi bila ingatkan pesanan orang tua-tua aku pun tak jadi tegur.
12 Jam berlalu… rupanya apa yang aku rasakan itu turut disedari rakan pancing yang lain juga.
Masuk jam yang ke-18, seorang rakan memancing mula menegur. Tersentak semua orang atas bot.
Rupanya semua perasan ada salah seorang daripada rakan kami telah menghilang. Aku pun bertindak sebagai ketua yang tak dilantik mencari si polan yang hilang.
Dari belakang bot ke depan ke kiri ke kanan masih tak jumpa. Aku pun cuba cari di kabin bot. Terkejut aku melihat sekujur tubuh tak bergerak.
Aku kejutkan dia tapi dia tetap tak bergerak tetapi masih bernafas… ahhh lantak kau la.
Kami pun teruskan aktiviti memancing dan pada masa yang sama masing-masing cuba kejutkan dia namun tetap tak berjaya.
Setelah 23 jam tidur tanpa henti akhirnya si polan tu sedar juga dan terus memancing seperti tiada apa-apa berlaku. Bila ditanya dia diam saja.
Apabila trip selesai kami pun bawa dia jumpa seseorang. Setelah diselidik, dikaji, diserapah.. cisss! Rupanya si polan tu overdose ubat mabuk.
Cerita ni terjadi 15 tahun dulu. Aku and the geng ada dengar cerita banyak lombong tinggal kat puncak Polo Iskandar. Sebab apa kena tinggal aku tak tahu la pulak tapi yang pasti kebanyakan lombong tinggal tu bekas tapak kolam ikan yang Cina bela.
Dipendekkan cerita, petang tu aku and the geng berangkat naik ke tempat sasaran. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai ke destinasi. Kira penghujung jalan dan last punya lombong la kan. Sampai tempat tu lebih kurang jam 6.30, aku pun terus parking dan pusing siap-siap kereta pasal senang nak turun balik karang.
Sampai je terus semua ambil port memancing. Lebih kurang 15 minit menunggu, joran kawan aku kena sambar, naik seekor jelawat lebih kurang 3 kilo. Wow! Sangat lumayan, tunggu tak sampai 15 minit dah kena.
Hari beransur gelap… dua orang kawan aku tengah pasang unggun api. Nak bagi terang kawasan memancing situlah kan. Walaupun belum gelap lagi tapi takkan dah gelap baru nak pasang api kan… betul tak?
Aku pulak duduk kat pancing sambil bersembang dengan kawan aku yang duduk kat sebelah, aku terdengar satu bunyi yang mencurigakan. Kawan aku kat sebelah tak perasan bunyi tu kot, asyik membebel pasal ikan yang tak makan umpan. Huh! Hampeh betul.
Aku cuba mengamati bunyi tu betul-betul, dan bunyi tu masih lagi berlanjutan. Hati aku dah start rasa tak sedap dah nih, tapi cuba berlagak cool dan rilek dulu. Aku dah tak pandang pancing dah time tu, dalam dok dengar bunyi tu tetiba dah ada tambahan bunyi, aku dengar bunyi budak menangis.
Aduh… ini dah lebih… dalam hati dah start baca ayat Kursi dan 3 Qul. Bunyi tu masih lagi berlarutan. Tiba-tiba kawan aku yang lagi seorang datang ke tempat aku dan duduk sebelah aku. Dia kata dia terperasan ada orang lain memancing seberang kolam, tapi bila tengok balik dah takde.
Masa kawan aku cerita pasal apa yang dia nampak, bunyi uuuiii.. uuuiii… uuuiiiiiii berselang seli dengan tangis budak makin kuat… kompom Cik Ponti punya…!
Tak boleh jadi ni, aku terus bangun dan ajak kengkawan aku balik… 2 orang kawan aku yang tengah pasang unggun api tak nak balik pasal dorang kata baru sampai. Gila ke apa?! Hampeh betul… aku cakap kat dorang, jom la balik, nanti lagi susah. Barulah semua start packing barang nak balik.
Bila dah siap packing nak bergerak ke kereta, aduh… baru perasan bunyi tu datang dari pokok yang paling dekat dengan kereta aku. Kiranya, kalau nak pegi ke kereta, kena lalu bawah pokok tu dulu. Adeh… siot betul.
Tapi apa nak buat, kenalah lalu jugak kan. Takkan nak tunggu situ lagi. Kita orang pun berjalan pergi ke kereta berlampukan torchlight yang time tu jugak la nak meragam. Masa lalu bawah pokok tu, Tuhan je la yang tau..bulu roma ni dah meremang sakan dah oi!
Masa nak sampai ke kereta, tetiba dah dengar bunyi orang ketawa mengilai…. apa lagi? Kita orang semua lompat masuk dalam kereta la. Aku try start kereta, Alhamdulillah… boleh start. Terus masuk gear satu dan jalan… tak tengok belakang dah… takut siot!
Tapi…. ingatkan gangguan dah habis, masa turun dari puncak bukit tu ada dua kejadian aneh. Pertama, masa turun dari bukit tu mmg dah gelap. Semuanya hanya berpandukan lampu kereta. Tapi ada sebiji motor yang entah datang dari mana potong kereta aku. Yang paling best motor tu tak pasang pun lampu.
Kedua, masa turun kami bertembung dengan dengan teksi. Teksi tu menuju ke puncak bukit. Kawan aku terus tanya aku pasal teksi tu. Syyyyhhhh! Jangan tegur… biarkan je dia.
Adui… masa berselisih dengan teksi tu, aku menjeling tengok apa yang ada dalam teksi tu, HIJAU beb Hijau…!
Orang yang bawak teksi tu warna hijau… nasib baik aku yang jeling tengok dia. Bukan dia yang menjeling tengok aku… kalau tak kompom 180 kmj turun bukit tu… hahaha.
Alhamdulillah, akhirnya kami sampai jugak ke jalan besar, terus menuju ke rumah kawan aku di area Ampang. Kawan aku duduk berjiran dengan Cina. Rumah Cina ni ada anjing.. masa aku parking kereta, anjing tu tak duduk diam, asyik menyalak je. Menyalak ke arah kereta. Adoyai… mengikut balik la pulak. Kami semua masuk dalam rumah. Semua mandi dan sembahyang. Mengaji lebih kurang barulah anjing kat luar diam… Alhamdulillah.
Perkara pertama yang perlu diperiksa adalah palam pencucuhnya, sama ada masih dalam keadaan baik ataupun tidak. Perlu diingat fungsi palam pencucuh adalah menghasilkan tujahan api yang baik dan sekata.
Jadi, sebaiknya periksa ini terlebih dahulu. Sebaiknya palam pencucuh memang patut ditukar setiap kali membuat servis.
Jika percikan api tiada maka pemeriksaan terhadap cdi ignition perlu dilakukan. Jalan mudah sementara pinjam dari enjin lain yang sama model dan cuba buat pertukaran sementara untuk menentukan masalah tersebut.
Yang kedua, periksa sistem caburrator yang mencampurkan bahan api dan udara yang dihantar kepada piston untuk dijadikan bahan bakar. Ia perlu tepat dan mencukupi agar pembakaran sempurna.
Kemampatan silinder juga memainkan peranan dari segi ring piston hingga penolakan omboh mengikut kondisi enjin. Bagi enjin yang telah berusia mungkin impak hakisan masa telah menurunkan kemampatan enjin tersebut.
Sekiranya masalah telah dikenal pasti dan enjin dapat dihidupkan lihat pula sistem penyejuk enjin. Enjin mesti disangkut pada sampan atau tangki percubaan bagi melihat kitaran air agar blok enjin tidak panas dan boleh mengundang enjin menjadi jammed.
Semoga dapat membantu menangani permasalahan ini. Selamat memancing!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...