Kari ikan toman? Haaa… jangan tak percaya bahawa ikan toman sungguh mencakop (sedap) jika dibuat kari. Kalau pandai buat boleh kalahkan kari jenahak. Kalau dapat toman lain kali korang boleh try buat kari dengan resepi yang diberikan ini.
Bahan-Bahan
1 ekor ikan toman (anggaran 2-3 kilogram)
Bahan Untuk Rempah Ikan:
2 biji bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1/2 inci halia
3 sudu besar rempah kari ikan
Ads
Bahan Untuk Ditumis:
2 ulas bawang putih (dihiris halus)
5 biji bawang merah kecil (dihiris halus)
1 sudu teh halba campur (halba, jintan putih/kasar dan biji sawi)
2 tangkai daun kari
Ads
Bahan-bahan Lain:
Air asam jawa (700 ml, atau ikut suka)
3 biji tomato, dibelah dua
Bendi/ terung (jika suka)
Garam, gula & serbuk perasa
Cara Penyediaan:
Ads
Bersihkan ikan, perap dengan asam limau dan garam. Kemudian cuci bersih ikan tersebut dan toskan. Satukan rempah kari ikan dan juga bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Gaul rata.
Panaskan 1/2 cawan minyak dalam periuk, tumis bahan-bahan yang perlu ditumis sehingga wangi. Masukkan rempah yang telah dibancuh tadi dan masak hingga terbit minyak.
Masukkan air asam jawa dan diikuti dengan bendi dan terung. Kacau lalu biarkan ia hingga mendidih. Apabila sudah mendidih, masukkan ikan. Untuk tambah perisa, boleh letak garam, gula dan serbuk perasa jika berminat.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Bukan senang untuk menjayakan sesuatu trip memancing hari ini. Lebih-lebih lagi trip memancing yang memakan masa panjang dan kedudukan padang pancing pula beratus batu jauhnya.
Untuk melangsungkan trip seorang diri, sudah tentulah tidak semua pemancing yang mampu. Jadi, untuk menampungkan kos trip, ia perlulah dilangsungkan secara beramai-ramai.
Apabila hari kejadian, tahu-tahu ada ada rakan (ahli trip) yang menarik diri. Tidak kiralah sama ada beritahu lebih awal atau lebih parah lagi tidak beritahu langsung. Dan pemancing yang bersikap sebegini sebenarnya bukan sedikit.
Di sini, kami kumpulkan jawapan dan penyelesaian para netizen bagi berhadapan dengan manusia-manusia yang suka kansel trip suka-suka hati mereka saja.
“Kalau aku senang je. Dia buat banyak kali pun tak apa. Kemudian minta dia arrange satu trip. Tak perlu trip ribu riban harga dia, cukup cecah seribu sudahlah. Kemudian pada hari kejadian, pakat semua tarik diri. Baru dia ada akal!”
– Mie Nandrek
“Masuk aje nama terus kena bayar full. Tak ada booking nama pakai air liur je… no money no talk! Banyak lagi kaki pancing nak join.”
– Saipul Bahari
“Sekali buat perangai macam tu, tanpa alasan munasabah (contoh alasan, anak sakit masuk hospital) terus dibuang dari geng. Tidak akan diajak lagi sampai bila-bila. Sila pergi cari komplot lain.”
– Mohd Faizal Moin
“Team kami amal macam ni.. kalau last minute cancel, kena bayar tambang full jugak. Alhamdulillah team bagi kerjasama. Saya sendiri dah dua kali last minute kansel. Hasil pancing tetap dapat walaupun tak turun.”
– Jaih Zaraki
“Disarankan penganjur minta deposit sekurang-kurangnya 50% dan deposit hangus jika tarik diri saat akhir tanpa pengganti. Dalam soal ni penganjur kena tegas. Kalau penganjur sanggup payung takpe la.”
– Weslley Melina
“Senang saja. Tengok alasan dia dulu. Kalau munasabah okey, boleh terima. Kalau tak munasabah, jawabnya lain kali minta terus bayaran penuh dari dia, baru isi nama. Kalau dia nak tarik diri jugak, Alhamdulillah….”
– Nazri Rahim
“Ya… memang ada orang macam ni. Cara mendidik, kita atur satu trip lepas tu kita kansel last minit pulak. Tu je ubat dia, bagi ada akal sikit.”
– Mohd Afiz Mustapa
“Tengok dulu apa sebabnya dia kancel. Kalau takde sebab, next trip semua hasil tangkapan kita bahagi sama-sama kecuali bahagian dia je jangan kasi… hehe.”
– Wi Zu Rai
“Sabar je la. Kadang-kadang ada hal yang tidak dapat dielakkan. Jadi teruskan aktiviti. Tapi kalau kerana dia semua trip kansel… sebat pakai joran, sorang sepuluh kali.”
– Azman Apot
“Tengok dulu alasan dia… logik ke tak logik. Kalau alasan dia bini tak bagi, suruh dia mintak cerai…! memang ramai yang kansel sebab takut bini. Puikkk!”
– Pak Tam
“Kali pertama kansel kita terima. kali kedua kansel terima lagi. kali ketiga kalau dia ikut… tolak dia kat tengah laut. Settle satu masalah kawan yang tak guna! Tak jadi kawan pun takpe la kalau ada orang camni.”
– Danish Bangkok
“Aku salah seorang daripada yang kansel last minute. Bapak masuk hospital dan anak lelaki patah kaki. Cukup tak alasan ni? Hehe… sori la kawan-kawan. Bukan disengajakan tu.”
– Jas Kiddin
“Paling haprak dah la tak join trip… lepas tu minta refund pulak. Memang dajei betul! Ishhh… geram pulok rasanya eh.”
– Fauzan Yaacob
“Memang pernah kena dan kami ada cara tersendiri untuk mendidiknya. Caranya kita orang asyik bercerita dalam grup pasal trip memancing yang dia tak pergi tu. Lama-lama dia malu sendiri dan keluar grup… hahaha. Korang boleh try guna kaedah ni.”
Korang lahir bulan apa? Kalau bukan Julai harap sabar dulu sebab admin nak hurai dulu karakter atau perangai pemancing yang lahir dalam bulan Julai.
Seorang Yang Tegas
Pemancing kelahiran bulan ini adalah seorang pemancing yang tegas pada pendirian dan tindakan. Dalam erti kata lain, kalau dia dah minat jigging, takde gunanya korang racun atau bakar untuk main bottom.
Pegangan Konservatif
Pemancing kelahiran bulan ini adalah seorang konservatif. Iaitu seseorang yang berpegang pada ideologi lama. Senang cakap, kalau dah dia percaya ikan tenggiri hanya boleh dipancing dengan teknik menggunakan umpan ikan hidup, dia takkan memancing tenggiri dengan kaedah lain seperti casting atau jigging menggunakan umpan tiruan.
Sangat Bertanggungjawab
Mereka juga adalah seorang yang bertanggungjawab. Satu sifat yang baik bagi seorang pemancing. Senang cakap, pemancing dari jenis darah ini memang sesuai untuk dilantik sebagai ketua atau organizer.
Sangat Menepati Masa
Pemancing ini juga seorang yang menepati masa. Satu lagi sifat yang wajib ada sebenarnya pada seorang pemancing. Tapi perlu diingat juga bahawa mereka ini seorang yang tegas. Jadi, kalau korang dah berjanji nak sampai ke lubuk jam 7.00 pagi, maka korang kenalah tepati masa.
Sering Menjadi Idola
Mereka adalah seorang yang memiliki karakter idola. Senang cakap, mereka ini mudah menonjol di kalangan komuniti pemancing. Walaupun seorang idola, tak bermakna mereka ini takkan kumpau kerana kumpau tetap tidak memilih bulan kelahiran korang.
Siap pada waktu
Sebagaimana seorang yang menepati masa, pemancing kelahiran bulan ini juga adalah seorang yang siap pada waktu. Kalau mereka ini menyediakan apa-apa servis, jarang sangat mereka melanggar deadline yang ditetapkan. Senang cakap, mereka kuat berpegang pada janji.
Suka bergaul
Salah satu sifat aneh pemancing dari bulan kelahiran Julai ini mereka lebih senang bergaul dengan pemancing kelahiran bulan Januari dan November. Jadi, korang jangan ingat mereka kalau tak berkawan dengan pemancing lain bukanlah sebab berlainan konsep memancing, tetapi pengaruh dari bulan kelahiran.
Hargai kepimpinan
Mereka juga adalah seorang yang sangat menghargai kepimpinan. Kalau korang seorang ketua kelab pemancing atau sebagainya, mereka ini tidak akan cuba menjatuhkan korang. Malah mereka tetap menghormati korang walaupun sudah tidak lagi bergelar seorang ketua.
Ikan merah, jenahak dan siakap merah memiliki satu persamaan iaitu sangat lazat jika dijadikan kari! Jika dibandingkan, paling sedap ialah siakap merah. Nak-nak lagi bahagian kepalanya dijadikan kari dimasak terus ketika di atas bot memancing.
Bahan-Bahan:
800 gram kepala ikan siakap merah (lagi besar kepala lagi sedap)
Bahan untuk ditumbuk:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawan putih
1 inci halia
1/4 biji bawang besar
Bahan untuk menumis:
3 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil halba campur
1 batang kecil kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Sedikit daun kari
Bahan-bahan lain:
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1 paket rempah gulai ikan
1 sudu besar serbuk cili
1 biji tomato di potong 4
5 batang bendi
garam dan gula secukup rasa
Cara Penyediaan:
Bancuhkan serbuk kari dan serbuk cili menjadi pes yang pekat.
Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan yang ditumbuk kasar bersama bunga lawang, kayu manis, daun kari dan halba campur hingga naik bau.
Masukkan pes serbuk kari dan cili, tumis sehingga pecah minyak, kemudian masukkan ikan, tutup selama 3 minit di atas api sederhana.
Masukkan 2 cawan santan cair, biarkan sehingga mendidih, kemudian masukkan satu cawan santan pekat, garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masukkan tomato dan bendi selama 2-3 minit atau hingga sedikit layu (kalau tak suka sayur tak perlu masukkan).
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...