Ada orang kata, ikan apa pun sedap kalau dibuat masak kari. Memang betul ada betul pendapat tersebut. Tapi kalau ikan yang sedap isinya agak dirugi dibuat kari kerana kari tersebut boleh membunuh rasa asal ikan itu. Jadi, kalau ada ikan yang kurang sedap rasanya seperti ikan alu-alu maka memang sesuai sangat dibuat kari.
Bahan-Bahan: (Bergantung kepada saiz ikan alu-alu)
1 ekor ikan saiz kecil dipotong
2 biji bawang besar (dikisar)
1 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
1/2 sudu biji sawi
1/2 sudu halba
2 sudu besar kari ikan (digaulkan dengan sedikit air dijadikan pes)
1 mangkuk air asam jawa
1 mangkuk santan
Sedikit air
Sedikit garam
2 tangkai daun kari
Ads
Cara-Cara Penyediaan:
Ads
1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan bahan kisar,biji sawi,halba dan daun kari sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air. Masak hingga betul-betul garing atau pecah minyak.
Ads
3. Masukkan air asam jawa dan ikan.Bila dah menggelegak masukkan santan dan garam.
4. Masak sehingga menggelegak beberapa minit dan bolehlah diangkat.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Admin tak pernah kena lagi sengat ikan ni… Korang yang pernah kena tu pasti tau bagaimana rasanya kan? Jadi, kalau ada petua ke nak kurangkan rasa sakit bila kena sengat boleh share untuk kebaikan bersama.
“Bji asam jawa pun boleh guna… tu petua orang dulu-dulu. Asid bateri lama ni bagus kita standby je kat dalam tool box. Kot pape yang jadi bole guna… titiskan je kat tempat kena sengat. Kawan belum try tapi standby je kat tool box. Nak buat experimen tu memang tak la… sape yang sangup kena sengat dengan sengaja…kikikikkki.”
“Saya kena terus sedut bisa bagi kuar pastu terus balik rumah… makan panadol 2 biji, rendam tempat kena sengat dalam air suam letak garam. Insyaallah lega.”
“Ada dengar petua orang tua-tua kalau disengat oleh ikan smilang karang ni… cuba belah kepala ikan tu dan ambil otaknya dan sapu di tempat yang terkena senggatan itu. Saya Alhamdulillah… belum pernah terkena sengat ikan ini….”
“Pernah kena dah Ikan ni… sakit dia sampai tak reti nak cerita. Cuma lepas tu baru ada orang cerita petua dia… makan hempedu Ikan tu tapi hati-hati jangan sampai pecah hempedu tu… sebab pahit kot.”
“Pernah kena… g iklinik cucuk ubat sekejap je hilang sakitnya lepastu bisa balik. Ada sorang pakcik bagi petua. Sabun serbuk basuh baju bancuh dengan air suam. Rendam tempat kena sengat… sepuluh minit lepas tu lega… tq pada pakcik tu. Mujarab!”
“Pernah terpijak durinya… panjang jari kelengkeng jugak la. Terus lemah badan macam nak pitam. Pedih jugak la menahan member cabut pakai playar. Peringatan kaki mancing yang lain, tolong jangan buang duri sengat merata… buanglah di dalam air.
“Aku tanya otai2 yang kaki mancing semilang petua dia. Kalau kena sengat semilang selawat nabi 3x lepas tu gigit dekat ekor dia sikit kunyah sampai betul2 rasa pahit lepas tu telan Insyallah hilang sakit tu.”
“Pernah terkena dan sangat sakit. Cara mengurangkan sakit adalah dengan menggigit ekornya tapi pastikan ketuk dulu kepala ikan tu untuk pengsankan dia. Lepas tu gigit ekor ikan terebut sampai rasa sakit tu reda. Ada kajian menyatakan lendir dan darah ikan ini adalah penawarny!”
“Tangan jadi besar sebelah angkara bisa ikan ni. Sesiapa yang rasa nak tegangkan kulit muka ke boleh la cuba cucuk sengat ikan ni… ehehe.”
“Teman pernah kena tapi sembilang betul punya. Bacakan Fatihah 3x dan selawat nabi pada air liur sapukan di tempat kena Insyaallah dengan izinNya kurang sakit.
“Cari batang keladi lepas tu picit sampai keluar cairan tadi sapukan pada tempat yang kena sengat. Lepas tu balut jari yang kena sengat tadi dengan kulit batang keladi yang disiat. Seelok-eloknya keladi yang tumbuh liar.”
“Bawak atau sediakan siput babi yang hidup pun boleh. Bawaklah sebanyak mana yang nak bawak. Lepas kena sengat ikan, ketuk siput tu untuk asingkan kulit. Ambil semua isi, perut tempelkan kat tempat kena sengat.”
Ikan lain ialah layaran, yang selalu dilihat melompat berulang-ulang kali. Namun layaran dikatakan melakukan sedemikian untuk tujuan menakutkan dan mengepung mangsanya.
Bagaimana pun keterangan ini tidak boleh diterima pakai untuk belanak, kerana dietnya terdiri dari bahan organik reput dari dasar muara.
Dari pemerhatian yang lebih terperinci, lompatan belanak didapati cukup tersendiri. Lazimnya ia bukanlah satu gesaan untuk terbang keluar, sebaliknya satu perbuatan
bermalas-malasan dan perlahan. Kadangkala ikan ini sekadar menujah kepalanya ke permukaan air.
Jadi apakah alasan yang munasabah tentang sifatnya itu? Mungkin bertempiaran lari dari pemangsa seperti siakap, senangin, siakap merah atau sebagainya.
Tetapi andainya angkara pemangsa, pasti keseluruhan kumpulan akan melompat bersama-sama dalam keadaan panik yang ketara.
Bahkan jika lari dari pemangsa sekali pun, tentu ia akan melompat berulang kali bukannya sekejap-sekejap.
Ada beberapa teori dari pemancing yang agak melucukan. Misalnya, oleh kerana belanak sering berenang dalam air berkeladak, maka mereka kerap melompat untuk mendapatkan
bearing dan melihat ke mana mereka pergi! Ada juga yang menyifatkan sang belanak itu ingin bersuka ria.
H.D. Hoese, seorang ahli biologi yang berjaya mencari jawapan mengapa belanak suka melompat dalam subtajuk. ‘The Diving Bell Hyphothesis.’
Dalam kajiannya itu, beliau mendedahkan bahawa belanak jenis Mugil cephalus ini mempunyai ciri fizikal yang agak unik.
Di belakang tekaknya terdapat satu ruang menganjur yang dibekalkan dengan banyak saluran darah. Selalunya bila banyak saluran darah, bermakna banyaklah pengangkutan gas.
Jadi dalam kes ini, ianya diteorikan (tetapi tidak dibuktikan) bahawa ruang yang sungguh bervaskular itu bertindak sebagai tambahan kepada respirasi insang, yang membekalkan
oksigen kepada rangkaian sistem darah. Ianya dipanggil organ ‘pharyngobranchial’ (secara ringkasnya, ‘insang tekak’). Maka dijangka bahawa lompatan atau tujahan belanak itu
sebenarnya untuk `meneguk’ udara, dan oksigen diekstrak oleh organ respirasi tambahan tersebut.
Teori ini lebih logik, kerana belanak meluangkan banyak masanya menapis makanan melalui kelodak dan lumpur organik di dasar muara, di mana tahap oksigen selalunya sangat rendah.
Oleh itu, apabila ada gesaan untuk ia memerlukan lebih banyak rangsangan oksigen. Belanak naik ke permukaan untuk menghirup udara dan turun semula seperti loceng yang timbul dan tenggelam.
Pernah disengat lipan? Sengat lipan memang berbisa, tetapi tidaklah sampai membunuh. Dikatakan, anda perlu disengat sekurangnya lebih seribu kali sebelum boleh mati disebabkan sengatan tersebut. Namun ada beberapa keadaan di mana anda perlu mengambil serius dan berjumpa doktor juga.
Lipan ini ada beberapa jenis, tapi yang paling berbahaya kalau di Malaysia adalah lipan bara (Scolopendridae). Ia berwarna merah dan saiznya besar serta boleh mencecah 30cm. Walaupun begitu, lipan ini sangat jarang dijumpai di kawasan yang didiami manusia, dan selalunya membesar di hutan serta kawasan bawah tanah hutan hujan tropika.
Oleh yang demikian, hanya pemancing yang memancing di hutan sungai pegunungan yang lebih terdedah terkena sengat lipan ini.
Kesan sengat lipan mirip seperti gigitan ular, kerana terdapat dua bintik halus dan kemerahan . Jangan pula anda terkeliru dan pastikan anda betul-betul melihat jenis lipan tersebut, seperti saiz dan warna. Kalau berani, tangkap dan simpan lipan tersebut serta tunjukkan kepada doktor yang merawat.
Apa Patut Buat Kalau Kena Sengat Lipan Masa Tidur
Dengan tenang, cuba `kepung’ lipan tersebut. Cari objek tumpul dan ketuk kepalanya beberapa kali sehingga mati. Kemudian segeralah basuh kawasan disengat lipan dengan sabun antibacterial beberapa kali dan bilas dengan air yang banyak.
Tak perlu dipicit kawasan sengat kerana bisa lipan kebiasaannya tidak merebak. Tindakan memicit kawasan sengat akan menyebabkan ia mudah dijangkiti kuman dan menyebabkan bisa masuk lebih dalam menyebabkan sakit anda lebih lambat pulih.
Sengatan lipan terdiri daripada protein yang boleh terurai oleh suhu panas. Sekiranya tempat sengatan anda menjadi bengkak, rendamkan kawasan tersebut dalam air panas(35-45’C) selama 30 minit.
Sesetengah lipan menyebabkan kawasan sengat menjadi gatal. Oleh itu, anda boleh dapatkan krim steroid seperti Hydrocortisone untuk mengurangkan gatal dan kesan kemerahan pada kulit.
Sengat lipan ni amat sakit dan terasa sehingga 48jam lamanya. Dapatkan ubat penahan sakit jenis NSAIDs seperti tablet Diclofenac atau Ibuprofen. Pastikan anda mendapat nasihat doktor terlebih dahulu sekiranya anda baru pertama kali ingin mengambil ubat ini.
Bila anda perlu berjumpa doktor?
Jika kesan sengat lipan tidak baik selepas beberapa hari dan semakin bengkak.
Sejurus selepas disengat, anda dinasihatkan mengambil suntikan anti-tetanus (kancing gigi)
Beberapa kes sengatan lipan boleh menyebabkan alahan yang teruk (anaphylaxis reaction). Oleh itu berjumpalah doktor segera untuk penilaian lanjut sekiranya anda mengalami sesak nafas, pening kepala, sakit dada, merah seluruh badan dan sakit yang melampau.
Anak kecil yang berusia 5 tahun ke bawah serta warga emas yang digigit lipan hendaklah dibawa berjumpa doktor dengan segera.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...