Ikan tebal pipi sebenarnya merupakan antara ikan bernilai tinggi sebaris dengan ikan jenahak atau merah.
Dalam erti kata lainnya, ia merupakan ikan yang lazat dimasak apa saja. Memandangkan ia semakin susah diperoleh, apa kata kita masak spesial sikit.
Bahan-bahan:
1 ekor ikan tebal pipi (lebih 500-800 gram)
1 pokok daun ketumbar
1 inci halia muda (dihiris nipis)
3 ulas bawang putih (dibelah dua diketuk sedikit)
Sedikit minyak
Garam
Ads
Bahan-Bahan sos 3 rasa
1 batang serai (ambil bahagian putih dan cincang halus)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
3 biji bawang merah (dihiris halus)
5 biji cili padi (cincang halus)
2 keping hirisan halia muda (cincang halus)
1 helai daun limau purut (disiat)
1 sudu besar sos plum
Ads
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
2 camca besar kordial minuman perisa oren
3 biji limau kasturi, perah jusnya
1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Cara Penyediaan:
Ads
1. Ikan disiang, cuci hingga bersih dan kelar sedikit badannya, lap kering dan gaul dengan sedikit garam, ketepikan.
2. Panaskan kukusan, tuang 1 sudu teh minyak masak pada bekas tahan panas, ratakan. Susun beberapa keping halia dan bawang putih, kemudian letak ikan atasnya.
Masukkan dan ketumbar dalam perut ikan, baki halia dan bawang putih diletak pada bahagian atas ikan.
3. Kukus ikan tadi semalam 10 – 12 minit dengan api sederhana.
(Sementara itu kita siapkan sosnya)
4. Panakan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali, tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai dan cili padi.
5. Tumis hingga harum, masukkan sos cili, sos tomato dan sos plum, kacau rata dan tuang air.
Tambah kordial minuman perisa oren. Kacau dan biar mendidih dengan api kecil. Tambah daun limau purut dan jus limau kasturi.
6. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masak hingga pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api.
7. Keluarkan ikan dari pengukus, buang air yang bertakung pada ikan tadi. Keluarkan juga hirisan halia, bawang putih dan daun ketumbar dari perut ikan tadi.
8. Tuang sos atasnya dan ratakan. Kemudian tabur bahan-bahan hiasan atas ikan hingga rata. Hidangkan panas bersama nasi putih dan lauk-lauk lain.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Sebagai pemancing terutamanya yang baru menjinakkan ke dalam dunia hanyir ini, takkan terlepas dari melakukan kesilapan. Kesalahan-kesalahan asas berikut bukanlah satu kesalahan besar tetapi ia sering berlaku dalam dunia memancing.
Tak Ketatkan Drag
Perbuatan tidak melaraskan daya seretan kekili (drag) dengan betul juga biasa berlaku kepada pemancing baru. Malah pemancing berpengalaman turut sama menghadapi perkara yang sama. Ekoran daripada itu maka kedengaranlah komen dari rakan pemancing, “Ketat la sikit drag tu!”
Cara Memegang Joran
Ia merupakan kesalahan paling banyak berlaku khususnya pemancing yang baru belajar memancing. Secara tidak langsung ia menjadi penanda aras status pemancing tersebut. Dalam erti kata lain, kalau pemancing lain melihat kita memegang cara demikian maka dia akan tahu kita masih nubis.
Cara Mengepam Ikan
Perbuatan mengayuh kekili serentak tatkala tali keluar dari spool ditarik ikan dan mengayuh kekili tanpa mengangkat joran juga merupakan kesalahan asas memancing yang masih banyak berlaku. Namun kesalahan ini mudah diperbaiki dengan perbanyakkan lagi masa memancing.
Set Pancing Tak Betul
Tentu korang pernah tengok seseorang yang menggunakan kekili mendatar (spinning) tetapi dipasangkan dengan joran mengilat (casting rod). Walaupun boleh je nak guna tapi dalam hukum memancing ia adalah kesalahan kerana boleh merosakkan tulang belakang joran tersebut.
Teknik Mengumpan Yang Salah
Pancing ikan lampam menggunakan umpan ikan keli hidup merupakan salah satu contoh kesalahan memancing kerana ternyata ia salah dari segi penggunaan umpan. Malah korang akan dijadikan bahan ketawa sekiranya mendakwa dapat ikan lampam tersebut menggunakan umpan ikan keli hidup.
Persembahan Gewang Yang Salah
Mungkin sekarang ini tidak berlaku lagi tetapi perbuatan mengilat atau casting gewang dengan menggunakan batu ladung bertujuan untuk senang baling, malah perbuatan menggunakan gewang sebagai umpan pancingan dasar pernah berlaku suatu ketika dahulu. Kalau dalam trip memancing bersama nubis mungkin perkara ini masih boleh dapat disaksikan.
Baitcasting Terbalik
Ia mungkin sesuatu yang melucukan tetapi fenomena menggunakan kekili menegak seperti kekili mendatar terus berlaku sehingga hari ini. Sebabnya sudah tentu kerana masih cetek ilmu memancing dan menganggap memancing hanya sekadar hobi.
Puasa merupakan suatu ibadah amaliah dan badaniah yang mempunyai banyak keistimewaan dan pengaruh yang sangat besar dalam kehidupan umat Islam sejagat.
Turunnya Al-Quran
Bulan Ramadan adalah bulan turunnya Al-Quran yang menjadi petunjuk dan pedoman hidup bagi umat manusia.
Malah Al-Quran juga adalah benteng antara perkara yang baik dan yang batil.
Firman Allah s.w.t. Ertinya: “Bulan Ramadan adalah bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan serta sebagai pembeza antara yang hak dan yang batil.” (Al-Baqarah:185)
Bulan Ramadan telah dipilih oleh Allah untuk berlakunya perang Badar. Dalam peperangan itu bermulanya keruntuhan jahiliah dan tertegaklah Islam melalui kalimah Allah dan pada
bulan ini juga umat Islam dapat menakluki Kota Makkah dari kaum Musyrikin sehingga dapat mengubah akidah Jahiliah kepada akidah Islam.
Inilah suatu keberkatan yang dikurniakan Allah dalam bulan Ramadan.
Menghapus dosa
Ibadah puasa dapat mendidik rohani dan jasmani sehingga dapat membersihkan hati dan jiwa daripada segala perkara yang tidak baik dan sia-sia.
Justeru disamping itu dapat membersihkan hati dan jiwa lantaran puasa yang dikerjakan kerana iman dan mengharapkan reda Allah, nescaya diampuni Allah segala dosa yang lalu.
Rasulullah s.a.w. bersabda: Ertinya: “Siapa yang puasa pada bulan Ramadan kerana keimanan dan mengharapkan keredaan Allah akan diampuni segala dosanya yang lalu.” (HR. Ahmad dan Ashabus Sunan)
Bulan Ramadan merupakan bulan latihan dan kesedaran manusia terhadap segala kesalahan dan dosa-dosa yang lalu agar diterima segala doa dan taubatnya oleh Allah SWT.
Jadi puasa dapat menjadi kaffarah bagi muslimin dan muslimat untuk menghapuskan segala kesalahan selagi tidak melakukan dosa besar.
Dibuka pintu syurga, ditutup pintu neraka
Sepanjang bulan Ramadan Allah SWT dengan PemurahNya memberi jaminan yang penuh keistimewaan kepada umat Islam iaitu dibukanya pintu-pintu syurga sebagai ganjaran dan balasan nikmat.
Dalam hadith lain Rasulullah s.a.w. bersabda: Ertinya: “Pada bulan itu ditutup pintu-pintu neraka, dibuka pintu-pintu syurga dan dibelenggu syaitan-syaitan.”
Sabdanya lagi, dan seorang malaikat berseru: “Hai pecinta kebaikan,bergembiralah. Hai pecinta kejahatan, nantilah sampai Ramadan berakhir.” (HR. Ahmad dan Nasa’i)
Pada bulan Ramadhan Allah SWT telah membuka semua pintu syurga sebagai rahmat dan ganjaran yang amat besar bagi umat Islam yang ikhlas berpuasa.
Allah SWT juga menutup segala pintu neraka sebagai jaminan dijauhkan atau tidak dikenakan azab neraka bagi orang puasa kerana mengharapkan keredhaan Allah.
Begitu juga dengan syaitan, Allah telah membelenggu mereka daripada menghasut dan menghalang umat Islam daripada mengerjakan puasa.
Perisai diri
Orang yang berpuasa kerana iman dan takwa sudah pasti dapat menjaga dan memelihara dirinya daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar.
Malah puasa juga dapat mengawal lisan manusia dari mengeluarkan kata-kata kesat, lucah dan sia-sia yang dibenci oleh syarak.
Rasulullah s.a.w. bersabda: Ertinya: “Allah SWT berfirman: ’Semua amalan manusia untuk dirinya, kecuali puasa, maka itu adalah untukKu dan Aku akan memberinya ganjaran.
Dan puasa itu merupakan banteng (perisai),maka ketika datang saat berpuasa, janganlah seseorang kamu berkata keji, berteriak-teriak, mencaci maki.
’Seandainya dicaci oleh seseorang atau diajak berkelahi hendaklah dijawabnya ‘Aku ini berpuasa dua kali. ’Demi Tuhan yang nyawa Muhammad di tanganNya, bau mulut orang
yang berpuasa itu lebih harum dari kasturi did sisi Allah di hari kiamat. Dan orang yang berpuasa itu akan mendapat dua kegembiraan yang menyenangkan hati. Di kala berbuka
ia akan gembira dengan berbuka itu dan di saat ia menemui Tuhannya, ia akan bergembira kerana puasanya itu.” (HR.Ahmad,Muslim dan Nasa’i)
Mengendali nafsu
Islam sentiasa mengajar umatnya berhati-hati dengan mengawal diri dari dipengaruhi dan dibelenggu oleh desakan hawa nafsu yang boleh merosakkan martabat dan maruah diri.
Dengan melaksanakan ibadah puasa selain dapat menguatkan iman,dapat pula sesesorang itu menjaga dan memelihara pujukan dan rungutan hawa nafsu. Rasulullah SAW bersabda:
Ertinya: “Hai pemuda barangsiapa yang mempunyai kesanggupan hendaklah ia berkahwin, kerana itu lebih dapat mengendalikan pandangan mata dan lebih dapat membentengi kehormatan.
Dan barangsiapa yang tidak mampu maka hendaklah ia berpuasa kerana puasa dapat mengendurkan syahwat.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Sesungguhnya puasa dapat membebaskan roh manusia dari cengkaman hawa nafsu yang menguasai jasmaninya menuju sasaran penyucian diri dan kebahagian abadi.
Bagi mereka yang tidak pernah cuba teknik pancing menggunakan set UL pastinya ada 1001 persoalan yang ingin diketahui teknik yang dipercayai sudah lebih 5 tahun diaplikasi secara meluas di negara kita. Kali ini kita ulas dulu metode ultralight fishing.
Secara teknikalnya, UL tackle merujuk kepada penggunaan set joran, kekili serta peralatan memancing yang terlampau ringan. Kebiasaannya UL tackle dipadankan dengan joran berukuran 4’0” hinggalah melebihi 10’0”, kekili siri 1000 ke bawah dan tali utama 2-6lb.
Bahkan ramai juga yang menggunakan tali utama 1lb sahaja. Melihat kepada set ini sahaja sudah boleh membuatkan kita membayangkan bagaimanakah debarannya untuk bertarung dengan ikan padu kekuatan dan lariannya.
Mengikut kepada pengalaman mereka yang menggemari pancingan menggunakan set UL ini pasti mereka mempunyai sebab tersendiri meminati pancingan jenis ini. Rata-riti peminat UL menyifatkan bahawa ia bukan sekadar pancingan biasa bahkan ia berada pada satu tahap yang lebih tinggi. Ini kerana pancingan UL memerlukan pengetahuan, kemahiran, ketelitian serta kesabaran yang amat tinggi.
Bahkan, ia melibatkan semua aspek termasuklah dari segi pemilihan joran, kekili, tali utama, teknik ikatan dan macam-macam lagi yang akan dititikberatkan oleh seseorang pemancing UL yang berjaya.
Ramai yang mempunyai anggapan bahawa penggunaan set UL ini hanya memancing ikan-ikan bersaiz kecil. Tetapi tanggapan itu sebenarnya silap. Saiz ikan bukanlah faktor utama penggunaan set UL ini. Tetapi ia lebih kepada kreativiti dan kemahiran seseorang pemancing itu untuk mendaratkan hasil tangkapan yang kadang-kadang boleh dikatakan mencapai saiz yang luar biasa dengan hanya menggunakan set yang terlampau ringan ini.
Memancing dengan menggunakan set ultralight atau ringkasnya UL. Apa tu? Seronok sangat ke? Kat mana seronoknya? Jika anda tergolong antara mereka yang mempersoalkan perkara-perkara ini, terbuktilah tahap versatiliti anda di dalam dunia pancingan ini masih belum di tahap maksimum lagi.
Ini hanyalah sebahagian keseronokan yang penulis dapat kongsikan. Selebihnya, apa kata kita pemancing lain.
“Sukar hendak diungkapkan dengan perkataan! Itulah antara perasaan yang sering dialami oleh pemancing menggunakan UL ini ketika berjaya mendaratkan hasil pancingannya. Selalunya hasil yang didaratkan itu bukanlah menjadi ukuran pemancing yang menggunakan UL tackle ini, tetapi apa yang lebih penting dari itu ialah tentang cabaran. Keberanian pemancing menerima cabaran semasa bertarung dengan adil untuk mendaratkan hasil pancingan itulah yang dianggap sebagai satu kepuasan sebenar.”
AHMAD ASWADI
“UL ni best untuk kaki pancing yang melayan tarikan ikan. Dia kalau lagi besar ikan tu lagi best nak layan dan itu yang akan memberi kita kepuasan. Macam sebelum ini saya menggunakan mainline 15lb bila tarik ikan takde kepuasan sangat. Bila tukar guna UL ni baru tahu perasaan bila strike dan dari situ kita kena banyak bermain dengan teknik dan strategi untuk menaikkan ikan dengan set UL ini.”
MUHAMMAD FAIZUL
“Bagi saya, UL adalah seni untuk mencabar diri bagi mendapatkan extreme experience for maximum satisfaction. UL adalah lebih kepada melayan ikan bukan menggunakan teknik force yang kebanyakan digunakan oleh klasifikasi pancingan lain. Kat sinilah seronoknya.”
KANICEN NIX
“Bagi saya yang paling best guna UL ni adalah adrenalin bila gewang atau umpan diragut ikan. Ketika itulah kita kena berjaga-jaga sebab UL ni guna tali yang poundagenya kecil seperti contoh 6lb ke bawah, rod UL 2-6lb ke bawah dan reel saiz 1000 ke bawah. UL ni jugak jadi antara pancingan yang terbaik sebab ia tak menyakitkan ikan kerana kita perlu melayan ikan sehinga penat. Tapi ia memerlukan skil-skil tertentu. Saya sendiri pun masih belum mahir dalam UL ini. Masih banyak yang perlu dipelajari.”
AMIRUL HAFIS
“Bagi saya, UL ni bagi kita lebih thrill. Walaupun yang sangkut kat mata kail tu tak la besar mana tapi dia punya kepuasan melayan tu memang ditahap maksimum dan sukar untuk digambarkan.”
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...