Resepi Pemancing – Ikan Sungai Kukus Halia

Share

 

Camping sambil memancing di kawasan hulu sungai beberapa hari sambil ditemani unggas rimba rimba memang syok bersama rakan-rakan lain.

Lebih-lebih di sungai yang airnya bebas pencemaran. Hasil tangkapan dimakan bersama, sama ada bakar, stim, atau goreng je.

 

Terbaik… kalau ada rakan yang pandai masak atau trip tersebut ada chef yang handal memasak.

Mesti marbeles menu! Berikut menu yang sempat disediakan chef penulis semasa memancing sambil camping di sebuah sungai.

 

BAHAN-BAHAN:

 

  • Ikan sebarau, baung akar, udang galah
  • Halia (dicincang)
  • Bawang putih (dicincang)
  • Kicap cair
  • Garam dan gula secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

 

Bersihkan ikan.

Didihkan air seketika dan masukkan ikan di dalam bekas pengukus.

Tutup periuk dan biarkan ikan masak.

Perasakan dengan garam, gula dan kicap cair.

Akhir sekali, masukkan bawang putih dan halia. Biarkan seketika dan angkat.

 

IKLAN