Ads

Resepi Pemancing : Ikan Cermin Masak Kicap!!

 

Antara lain keseronokan memancing laut dalam, khususnya menggunakan bot nelayan ialah boleh memasak ikan segar terus dari lain.

Dengan menggunakan bahan-bahan asas saja pun dah sedap yang amat. Contohnya macam ikan cermin masak kicap ni. Perghhh… terliur beb!

 

Bahan-Bahan Keperluan:

Ads

1 ekor ikan saiz sederhana – lumur garam kunyit dan digoreng seketika
1 sudu besar cili giling
4 ulas bawang merah (dikisar / ditumbuk halus)
3 ulas bawang putih (dikisar / ditumbuk halus)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 inci halia
1 batang kulit kayu manis
Kicap
Cuka
Gula
Serbuk perasa secukup rasa

 

Cara-Cara Penyediaan:

Ads

 

Potong ikan kepada dua tiga bahagian. Lumurkan garam kunyit dan digoreng seketika.

Ads

Tumis bahan kisar, bawang besar dan cili serta kulit kayu manis sehingga garing dan masak cilinya.

Masukkan kicap, cuka dan air (sukatannya terpulang kepada anda). Masak lagi hingga mendidih.

Masukkan gula dan serbuk perasa kemudian masukkan ikan.

Masak sehingga mendidih, kemudian bolehlah diangkat dan dijamu beramai-ramai.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan tip memancing, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Tak Kumpau Punya!

Buat Perkara Ini Jika Hujan Ketika Mancing

 Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...