Kalau sebut ikan gelama ni jarang kita dengar masakan popularnya selain dijadikan ikan masin atau pekasam. Mungkin sebab isinya yang kurang enak dan agak hanyir juga.
Namun ia masih boleh dijadikan menu yang membangkitkan selera juga kita pandai mengolahnya. Contohnya macam masak tumis cili ini.
Bahan-Bahan:
Beberapa ekor gelama
2 biji bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih (dihiris)
Ads
1 inci halia (dihiris)
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
1 biji cili merah (dihiris serong)
1 biji cili padi (dibelah dua)
3 sudu cili giling
1 sudu teh asam jawa
Ads
1 sudu teh gula
Garam dan minyak
Cara-cara penyediaan:
Bersihkan ikan gelama dan cuci dengan asam limau jika tidak suka bau hanyir. Digaul dengan garam kunyit dan digoreng. Asingkan.
Ads
Tumis bahan yang dihiris. Apabila bawang sudah layu masukkan pula cili giling dan masak seketika.
Masukkan air jawa. Kacau dan masukkan pula gula dan garam ikut sesedap rasa korang.
Bila sudah menggelegak kecil, masukkan bawang besar, cili merah dan cili padi. Kacau sehingga sebati dan bila bawang besar sudah layu bolehlah diangkat dan curahkan ke atas ikan gelama yang digoreng tadi.
Siap untuk dihidangkan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Apabila memancing di hutan, kurangkan bercakap kerana takut kita berkata atau melakukan sesuatu yang tidak betul tanpa kita sedar. Kita harus sedar setiap langkah gerak geri kita diperhatikan, cuma kita tidak nampak.
Tapak Kaki Binatang
Harus diingat, pemangsa utama rusa adalah harimau. Selalunya apabila ada rusa, dibelakangnya harimau mengikut. Apabila ternampak kaki rusa atau kelibatnya, jangan berasa seronok dapat melihat rusa sebesar kereta kancil. Kemungkinan besar sang belang menanti di belakang. Silap-silap rusa ditinggalkan, anda yang dia tunggu.
Bau-Bauan Semerbak
Hutan bukanlah tempat untuk kita membeli belah atau bergaya. Hutan adalah tempat di mana penghuninya mempunyai seribu ragam. Ada haiwan yang alah pada wangian, ada juga yang tertarik pada wangian. Deria bau yang ada pada haiwan sangatlah hebat.
Bukan seperti manusia, hanya mampu mengesan bau beberapa meter sahaja. Kebanyakan haiwan mampu mengesan bau berkilometer jauhnya. Andai wangian tersebut menarik haiwan yang tidak berbahaya, anda bernasib baik.
Elak bawa telur atau daging
Selalunya apabila berkhemah di dalam hutan, dua benda ini jarang dibawa kerana pada dasarnya ia adalah makanan jin. Pernah terjadi sekumpulan pendaki yang mendaki membawa sepapan telur untuk digoreng apabila tiba di puncak. Apabila malam untuk sesi makan malam, mereka terkejut kerana semua telur yang masih elok, apabila dipecahkan didapati isinya kosong. Daging pula merupakan penarik untuk haiwan-haiwan datang kerana baunya yang kuat, lagi-lagi apabila dipanggang.
Taman Permainan Bunian
Orang tua selalu berpesan, “Jangan digayut akar berjuntai, nanti ada teman mengintai”. Nampak menarik bila kita ternampak akar pokok yang berjuntai seperti dalam filem Tarzan tu.
Tetapi harus diingat, kebiasaannya ia adalah tempat jin bermain. Salah satu tempat bermain dan bergayut bagi makhluk jin adalah akar yang berjuntai. Apa jadi apabila tempat permainan kita diganggu orang luar? Pasti akan timbul rasa tidak puas hati.
Nama Panggilan
Sepanjang berada di dalam hutan, kurangkan menyebut nama haiwan secara terus. Contohnya gajah, boleh dipanggil Paklong. Seperti ketika zaman sekolah, ada panggilan tertentu kepada rakan-rakan yang hendak dikutuk tanpa dia tahu. Sama juga apabila berada di dalam hutan.
Jika berjalan secara berkumpulan, jangan suka menjerit ataupun memanggil nama kawan.Takut-takut ada benda lain yang menyahut. Benda ini banyak kali terjadi pada pendaki ataupun kaki pancing.
Lebihan Makanan
Apabila memasak, pastikan kuantitinya sesuai dengan kehendak perut anda. Jangan ada sisa makanan yang ditinggalkan ataupun lebihan makanan yang tidak dimakan. Kebanyakan haiwan amat peka pada bau makanan. Sama juga bagi haiwan seperti beruang, harimau dan lain-lain. Jangan terkejut ketika tidur, khemah anda diselongkar beruang ataupun gajah.
Buat Unggun Api
Kebanyakan orang melihat unggun api digunakan untuk memasak, memanaskan air dan sebagai pencahayaan. Seeloknya, sediakan kayu api yang mencukupi untuk sepanjang malam dan jangan biarkan unggun api terpadam sehingga terbitnya fajar. Andai terdapat ahli kumpulan seramai 4 orang, pastikan terdapat 4 batang kayu yang berbara. Ia boleh dijadikan sebagai senjata andai harimau, beruang atau gajah datang melawat.
Korang pernah tak terfikir kenapa korang selalu keluar memancing? Dan kalau yang belum tahu kenapa pemancing ni suka memancing, berikut disenaraikan 10 sebab kenapa pemancing suka sangat dengan hobi mahal ni.
#1 – MENGURANGKAN STRESS / TEKANAN KERJA
Iyelah… hanya dengan memancing sahaja kita dapat menikmati keindahan alam semula jadi. Dapat tengok air pun hati dah sejuk, belum lagi cerita bila dapat tarik ikan. Perghh, indahnya dunia.
#2 – TAMBAH KAWAN
Ya, memancing juga menjadi satu sumber untuk menambah kenalan selain melayari laman sosial di Internet. Dengan memancing la kita bole bertukar-tukar teknik memancing dan sewaktu dengannya.
#3 – CARI LAUK
Selain menghilangkan tekanan dan cari kawan, pada masa yang sama gak kita boleh tambah stok lauk kat rumah. Sekurang-kurangnya jimat sikit duit belanja isi rumah.
#4 – REKREASI
Memancing juga boleh menjadi antara rekreasi yang baik buat diri anda dan keluarga. Selain bawa anak-anak pergi bercuti kat taman tema, apa salahnya bawa pulak diorang pergi memancing. Mesti teruja dibuatnya.
#5 – FAEDAH KESIHATAN
Haa, ramai yang tak tahu aktiviti memancing ni pun baik untuk kesihatan. Dengan keluar memancing dan melakukan perkara aktif di luar boleh menggalakkan gaya hidup yang sihat sebenarnya. Jadi, rajin-rajin la keluar memancing.
#6 – KEPUASAN DIRI
Memancing sebagai satu kepuasan diri. Itu memang tak boleh dinafikan lagi. Hanya mereka yang betul-betul menghayati hobi ini saja dapat mengetahui kepuasan apa yang dimaksudkan itu.
#7 – SUMBER PENDAPATAN / PENDAPATAN SAMPINGAN
Dengan memancing juga boleh menambah sumber pendapatan. Iyelah, bila dah dapat ikan banyak-banyak tu boleh la jual kat peraih. Tak pun masuk je pertandingan memancing. Untung-untung boleh jadi juara. Tu pun kalau untunglah.
#8 – ASAH TEKNIK
Untuk mengasah teknik memancing, kita haruslah selalu keluar memancing. Jadi ini juga boleh dijadikan alasan jika ada yang mempersoalkan kenapa anda kerap keluar memancing.
#9 – TERMAKAN PUJUKAN ORANG LAIN
Anda mungkin tidak minat, tetapi selepas dipujuk oleh kawan, abang, ayah dan sebagainya, akhirnya anda jatuh cinta dengan hobi ini.
#10 – GERAM TENGOK IKAN
Selama ini, anda mungkin beli sahaja ikan di pasar untuk dijadikan lauk. Tiba-tiba terdetik dihati anda untuk memancing sendiri, bawa pulang dan dijadikan hidangan. Atau sebenarnya anda geram melihat ikan di pasar yang besar-besar, lantas anda membulatkan tekad untuk cuba memancing
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...