Kalau sebut ikan gelama ni jarang kita dengar masakan popularnya selain dijadikan ikan masin atau pekasam. Mungkin sebab isinya yang kurang enak dan agak hanyir juga.
Namun ia masih boleh dijadikan menu yang membangkitkan selera juga kita pandai mengolahnya. Contohnya macam masak tumis cili ini.
Bahan-Bahan:
Beberapa ekor gelama
2 biji bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih (dihiris)
Ads
1 inci halia (dihiris)
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
1 biji cili merah (dihiris serong)
1 biji cili padi (dibelah dua)
3 sudu cili giling
1 sudu teh asam jawa
Ads
1 sudu teh gula
Garam dan minyak
Cara-cara penyediaan:
Bersihkan ikan gelama dan cuci dengan asam limau jika tidak suka bau hanyir. Digaul dengan garam kunyit dan digoreng. Asingkan.
Ads
Tumis bahan yang dihiris. Apabila bawang sudah layu masukkan pula cili giling dan masak seketika.
Masukkan air jawa. Kacau dan masukkan pula gula dan garam ikut sesedap rasa korang.
Bila sudah menggelegak kecil, masukkan bawang besar, cili merah dan cili padi. Kacau sehingga sebati dan bila bawang besar sudah layu bolehlah diangkat dan curahkan ke atas ikan gelama yang digoreng tadi.
Siap untuk dihidangkan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Selain rasanya yang sangat sedap hingga menjilat jari, udang kara juga memiliki banyak khasiat yang sangat berguna bagi kesihatan. udang kara juga mengandungi banyak nutrisi yang diperlukan untuk tubuh, di antaranya vitamin B12, kalium, selenium, natrium, fosfor, asid lemak omega-3, protein dan lain-lain. Berikut ini adalah khasiat udang kara bagi kesihatan tubuh kita;
Protein
Udang kara adalah sumber protein yang sangat baik. Protein penting bagi tubuh kita untuk tenaga dan produksi gula dalam darah. Hal ini juga membantu menurunkan berat badan. Kandungan protein udang kara lebih tinggi dari ayam dan daging, sedangkan kalorinya lebih rendah daripada ayam dan daging.
Asid lemak Omega 3
Daging udang kara mengandungi asid lemak omega 3 dalam jumlah yang tinggi. Asid lemak omega-3 penting untuk mencegah penyakit jantung dan menjaga kesihatan jantung. Telah terbukti bahawa orang-orang yang berisiko tinggi terhadap gangguan jantung, mendapat manfaat dari udang kara karena kandungan omega-3 di dalamnya.
Rendah Kalori & Kolesterol
Ia membantu menurunkan berat badan. udang kara memiliki kandungan protein yang lebih banyak daripada produk haiwan lain seperti ayam dan lembu. Selain itu, kandungan kalori dan kolesterol pada udang kara pun lebih rendah jika dibandingkan dengan ayam atau lembu. Protein yang tinggi ini dapat membantu pembentukan tenaga, pemantapan gula dalam darah, dan menurunkan berat badan dengan diet rendah kalori.
Mencegah Penyakit Jantung
Daging udang kara mengandungi asid lemak omega-3 yang sangat tinggi. Asid lemak omega-3 itu dapat mencegah penyakit jantung dan menjaga kesihatan jantung. Orang yang berisiko tinggi terkena penyakit jantung, disarankan untuk mengganti produk haiwan lainnya dengan udang kara.
Mencukupi Keperluan Gizi Harian
Kandungan gizi udang kara yang lengkap seperti vitamin B12, kalium, selenium, natrium, fosfor, asid lemak omega-3, dan protein ini membuatnya menjadi sumber makanan yang kaya akan nutrisi. Tak ada salahnya jika anda sesekali menghidangkan udang kara sebagai hidangan keluarga untuk mencukupi keperluan gizi anda sekeluarga.
Suplemen Tambahan
Pengambilan daging udang kara sama halnya dengan pengambilan multi vitamin tablet atau suplemen kesehatan kerana dalam daging udang kara mengandungi vitamin, kalium, vitamin B12 dan elenium. Semua itu sangat penting bagi kesihatan. Kandungan gizi di dalam udang kara dapat meningkatkan vitaliti, libido menjadi lebih kuat dan tahan lama serta meningkatkan stamina.
Kamera amat sensitif dengan air terutamanya air laut mahupun air tawar. Jika terkena, segera lap dengan kain bersih dan kering. Kamera yang terdedah dengan kelembapan tinggi akan menyebabkan fungus dan kulat membiak terutamanya lens yang boleh menjejaskan kualiti gambar.
Gel silika digunakan untuk menyerap kelembapan kamera. Gel silika ni mudah didapati di pasaran. Harganya pun bukan mahal.
Lilitkan strap kamera anda di tangan berbanding gantung di leher. Ini kerana jika anda gantung di leher, ia akan menarik perhatian ramai untuk meragut. Jangan sesekali abaikan keselamatan kamera ini kerana sekali jatuh, memang menangis jawabnya.
Filter digunakan untuk melindungi lens anda dari sebarang calar. Sekiranya anda mempunyai 5 lens, seeloknya beli UV filter untuk melindungi lens tersebut.
Kalau turun ke laut, sila pastikan anda membawa beg plastik atau kain batik atau tuala khas untuk kamera sahaja. Bukan tuala tersebut bercampur dengan peluh-peluh anda. Ini adalah kerana tuala atau kain tadi dapat mengelakkan pasir masuk ke celah-celah lens. Balut kamera tersebut bila naik bot.
Cuci tangan bersih-bersih selepas anda memakai losyen, sunblock, minyak rambut atau sebarang produk penjagaan diri. Ini adalah kerana kamera amat sensitif dengan bahan-bahan ini.
Peralatan memancing moden, bot dan pelbagai inovasi produk memancing memungkinkan kita menangkap ikan dengan lebih efisien hari ini. Pemancing juga mempelajari tentang ikan dan menangkap ikan melalui program televisyen, bacaan majalah serta media sosial.
Terdapat juga kursus-kursus yang ditawarkan untuk mempelajari tentang perikanan dengan lebih khusus. Jadi terdapat kemungkinan di mana pengeluaran stok ikan berlebihan mungkin berlaku pada satu-satu tempat.
Mengapa Ianya Wujud?
Peraturan memancing membolehkan sesuatu tempat atau sumber itu dilindungi lantas memberikan peluang kepada kaki pancing untuk terus menikmati aktiviti memancing. Kewujudan peraturan memancing akan memberikan faedah dan manfaat kepada ikan, sumber ikan dan manusia sendiri.
Biasanya peraturan memancing yang wujud berbeza mengikut negara dan terdapat sesetengah negara yang begitu menitikberatkan peraturan ini.
Kewujudan peraturan memancing secara lazimnya ialah bagi mengekalkan jumlah populasi ikan. Biasanya, pakar biologi perikanan akan melakukan kajian bagi mengetahui populasi dan kesihatan ikan bagi sesuatu kawasan.
Bagi sesetengah negara, terdapat musim tertentu bagi aktiviti memancing. Ini bertujuan agar tidak mengganggu ketika musim ikan mengawan bagi mengekalkan kemandirian spesiesnya. Had saiz tangkapan juga membolehkan ikan yang belum melepaskan telurnya agar tidak dipancing sesuka hati.
Had tangkapan dalam sehari pula bagi mengelakkan pemancing memancing secara berlebihan. Ini membolehkan kita berkongsi agar semua pemancing dapat merasai peluang untuk menaikkan ikan. Walaupun dilihat sukar, namun ia memberikan banyak manfaat jika setiap pemancing mematuhi peraturan yang diperkenalkan di sesuatu tempat.
Kajian Perikanan
Pakar biologi perikanan merupakan saintis yang menguruskan populasi ikan. Untuk memudahkan kerja mereka, mereka memerlukan sebanyak mungkin tentang faktor perikanan sesuatu kawasan. Mereka juga cuba untuk memenuhi kehendak pemancing di samping mengekalkan sumber perikanan.
Bagi mengetahui jumlah tangkapan ikan, mereka memerlukan informasi daripada para memancing. Terdapat juga kaedah lain seperti membuat sampling menggunakan jala atau pukat. Ada juga yang melakukan teknik tagging bagi mengetahui sifat dan populasi ikan.
Setelah itu, berbekalkan informasi yang ada mereka akan cuba menentukan kaedah terbaik bagi pemancing dan juga sumber perikanan itu.
Kewangan Sumber Perikanan
Bagi negara luar, tajaan kewangan bagi kajian perikanan dan sumber perikanan datangnya daripada pemancing itu sendiri. Sesetengah datang daripada hasil pengeluaran lesen memancing dan ada juga datangnya daripada program tajaan kerajaan bagi pengurusan sukan memancing. Sebarang cukai daripada pembelian alatan memancing atau bot juga akan disalurkan untuk tujuan perikanan.
Antara kegunaan dalam tujuan perikanan termasuk pengurusan perikanan, kajian perikanan, program kesedaran alam sekitar, program pemuliharaan, program keselamatan perikanan dan juga program memancing.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...