Sebut saja ikan sembilang, kebanyakan orang pasti akan kaitkannya dengan masakan asam pedas. Sementara asam pedas itu pulak ada kepelbagaian gaya masakan bergantung kepada tempat. Kali ini kita masak asam pedas sembilang ala Melaka. Merecik hawauuuu!
Bahan-Bahan:
Ads
Ikan sembilang (dibasuh bersih)
3 biji bawang merah (dikisar)
1 biji bawang putih (dikisar)
2 cm halia (dikisar)
1 mangkuk cili kering (dikisar berasingan)
2 cm belacan (dikisar)
2 cm kunyit hidup (dikisar)
1 sudu besar lada hitam (dikisar)
3 batang serai – dititik
1 sudu teh halba
Daun kesum
Bunga kantan
Bendi/terung
Air asam jawa secukupnya
Garam & gula
Minyak untuk menumis
Cara Penyediaan:
Ads
Panaskan minyak dan tumis halba hingga kekuningan sikit.
Ads
Masukkan bahan-bahan yang dikisar dan serai dan tumis hingga garing dan pecah minyak.
Bila dah garing, masukkan gula (satu sudu kecil. Kemudian masukkan daun kesum n bunga kantan.
Kemudian masukkan ikan, kacau-kacau sikit dan masukkan air asam jawa.
Masukkan bendi atau terung (kalau tak suka tak perlulah). Perasakan dengan garam dan biar dia mendidih.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Perdebatan tentang rasa ikan dari laut mana lebih sedap, Laut China Selatan (LCS) atau Selat Melaka (SM) sebenarnya bukanlah topik baru untuk dibincangkan. Namun setiap kali ia dibincangkan, kayu pengukur yang dapat dijadikan garis panduan. Sering saja kenyataan dibuat itu dipengaruhi oleh faktor lain.
Paling ketara adalah faktor lokasi atau kenegerian. Hanya disebabkan berada di pantai timur, mereka akan pertahankan LCS dan begitulah sebaliknya.
Sebenarnya agak sukar untuk kita membuat satu kenyataan yang solid tanpa melakukan sebarang kajian. Apatah lagi jika berpandu kepada spesies ikan tanpa mengambil kira faktor geografi dan sebagainya.
Apa kata netizen:
“Kena faham aspek laut Selat Melaka yang kesemuanya ikan datang dari Laut Hindi (Andaman Sea) dan masuk melalui pergerakan arus laut ke Selat Melaka. Manakala Laut China Selatan arus surut ikan datang daripada Laut Pacific melalui kepulauan Spratly (ikan jenis yellowfin tuna sampai di Sabah Sarawak sahaja. Tidak sampai ke Semenanjung akibat faktor kedalaman yang kurang). Ikan-ikan lain masuk ke sekitar perairan Mersing.”
“Betoi…ikan Pontian ni mahal nak dibandingkan di Mersing. Kebanyakan ikan Pontian dihantar ke Singapura. Rasa dia memang lain.”
“Betul… contohnya kat Johor. Ikan dari Pontian vs ikan dari Mersing. Ikan Pontian menang.”
“Mungkin betul sebab arus Selat Melaka lebih laju daripada Laut China Selatan. Otot-otot ikan di Selat Melaka lebih sado sebab berenang di arus yang lebih laju maka rasanya lebih sedap.”
“Yang pasti ikan sembilang Pontian paling sedapppppp…!”
“Sila bandingkan udang gred A perairan Selat Melaka dengan udang di perairan lain… hahaha!”
“Aik… bukan ikan Laut China Selatan ke lagi sedap daripada Selat melaka?”
“Bagi aku sama saja rasa ikan dari LCS dengan Selat Melaka… janji ikan tu fresh baru naik dari laut dan pandai masak. Kalau ikan lama dan kalau tak pandai masak… bagi pi la ikan yang paling sedap pun boleh jadi rasa tak sedap jugak… hahahaha.”
“Nak tau yang mana sedap… try makan ikan tenggiri Laut Selat Melaka n Laut China Selatan. Anda boleh tentukan sendiri.”
“Ikan pontian AA… sembilang, merah, kerapu, jenahak, unga memang isi champion. Sebab apa? Sebab ikan duk kat lumpur tapi makan takda la berlumpur. Sebab belah-belah Pontian laut selat pasir campur lumpur.”
“Biasanya ikan di kawasan berkarang lagi sedap dari kawasan berlumpur. Mungkin kerana faktor habitat dan diet ikan. Bukan LCS atau SM jadi ukurannya. Pendapat saya ler… kalau salah tolong betulkan.”
“Ada kajian ke…? Statment je siapa-siapa pun boleh buat. Ada jugak la seorang insan tu pernah cakap benda ni kat aku. Tapi apa yang aku pelik… aku mancing dapat ikan Selat Melaka & Laut China Selatan, bagi kat dia… dia ambik je. Takde lak complain. Bila lepak sembang dia boleh cakap lak ikan SM lebih sedap. Bagi free sedap saje…!”
“Betul tu… daripada pengalaman memancing saya boleh dapat rasa. Ikan Selat Melaka memang sedap!”
Ada sebahagian orang alahan terhadap kerang-kerangan seperti kupang. Jika berlaku simpton alahan seperti gatal, ruam atau muntah, berhenti makan dan segera minum ubat alahan.
Kupang juga tidak digalakkan dimakan mentah kerana risikonya sangat besar terhadap kesihatan. Sebaiknya masak kupang dengan cara direbus dulu selama kira-kira lima minit atau dikukus selama lima hingga sepuluh minit.
Jangan makan kupang yang cengkeranganya tidak boleh dibuka. Ini bererti kupangnya sudah mati sebelum dimasak. Kupang yang sudah mati akan membusuk dan tidak enak makan. Berikut disenaraikan khasiat daripada kupang ini.
Mengatasi Anemia
Kupang kaya akan kandungan zat besi. Zat besi amat diperlukan untuk membentuk hemoglobin, iaitu protein khusus yang bertugas untuk membawa oksigen dalam darah ke seluruh tubuh. Tanpa hemoglobin dalam darah, organ-organ tubuh anda tidak akan berfungsi dengan baik kerana kurang oksigen.
Dengan memakan kupang hijau, ia membantu meningkatkan hemoglobin dalam darah. Dalam pada itu, sekiranya anda mempunyai penyakit anemia defisiensi, ia membantu membekalkan zat besi yang cukup untuk membentuk hemoglobin.
Menjaga Kesihatan Jantung
Anda boleh mendapatkan khasiat asid lemak omega-3 yang tinggi dalam satu portion kupang segar. Asid lemak omega-3 sendiri mampu menurunkan kadar trigliserida yang terlalu tinggi. Kadar trigliserida yang tinggi berisiko menyebabkan pelbagai masalah jantung seperti pengerasan pembuluh arteri dan serangan jantung.
Akan tetapi, jangan makan kupang secara berlebihan. Ini kerana kupang mengandungi kolesterol. Kadar kolesterol yang terlalu tinggi juga berisiko buat kesihatan jantung.
Membentuk Dan Merawat Otot
Protein adalah zat gizi yang berperanan penting dalam membentuk massa otot sekaligus merawatnya dari kerosakan jaringan atau sel. Khusus buat Anda yang sering mengalami sakit otot, protein kupang juga dapat mempercepatkan proses pemulihan otot-otot yang keras dan sengal.
Seperti makanan laut lainnya, kupang juga kaya akan protein. Kupang bahkan jadi sumber protein yang lebih sihat dari daging lembu atau ayam kerana kandungan lemak dan kalorinya lebih rendah.
Menjaga fungsi sistem saraf
Bagi membolehkan menjalankan tugasnya dengan baik, sistem saraf dalam tubuh anda memerlukan vitamin B kompleks. Salah satunya iaitu vitamin B12. Kekurangan vitamin B12 berisiko menyebabkan kerosakan saraf hingga penurunan fungsi otak.
Oleh kerana itu, manfaat kupang yang mengandungi vitamin B12 dalam jumlah tinggi sayang sekali kalau diabaikan. Makan kupang mampu membantu menjaga fungsi sistem saraf anda, terutama pada bahagian otak.
Beberapa bulan lepas saya bersama dua rakan rapat, Shahrul dan Fazli mengulangi trip yang pernah kami lakukan pada awal tahun yang lalu. Seperti biasa trip bidan terjun ini dilakukan pada saat-saat akhir. Dan seperti biasa juga urusan bot tambahan, umpan, perambut mata kail, malah joran untuk memancing sekali pun saya akan minta Yeop (abang ipar) sediakan.
Dengan menggunakan bot sewaan saya dan Fazli mengekor saja Yeop yang membawa Shahrul kerana Yeop lebih arif mengesan lubuk-lubuk berpotensi. Pada awal pagi ketika arus bergerak surut kami lebih banyak memancing merapati tebing kerana menurut Yeop awal-awal pagi udang lazimnya berkumpul berhampiran tebing sungai.
Spot pertama kurang memberangsangkan lalu kami berempat berpindah ke arah hilir. Di spot kedua ternyata agak memberangsangkan. Tidak lama berada di spot kedua saya berjaya menaikkan seekor jenggo menggunakan umpan udang kertas. Sementara Fazli yang menggunakan umpan umpun-umpun lebih banyak mendaratkan udang galah namun bersaiz kecil.
Apabila udang galah semakin kurang menjamah umpan sebaliknya lebih banyak dicuri ikan-ikan pengacau, kami berpindah lagi. Namun Yeop dan Shahrul kekal di lubuknya.
Menjelang tengah hari dan setelah berpindah beberapa kali kami kembali ke tempat Yeop dan Shahrul. Rupanya mereka sudah ke tengah sungai. Hajat kami bermegah dengan hasil tangkapan terpaksa dilupakan saja apabila hasil tangkapan jauh lebih banyak dan besar dari hasil kami.
Kali ini kami tidak berpisah jauh lagi dengan lubuk pilihan Yeop. Mungkin disebabkan kurang sabar menanti dan kerap berpindah menyebabkan hasil tangkapan berkurang.
Ketika arus semakin lemah kami bergerak lebih jauh ke tengah sungai dan apabila arus kembali bergerak laju, kami berempat berpindah ke arah tebing bertentangan pula. Namun usaha kami untuk menyaingi tangkapan Yeop dan Shahrul sudah terlewat.
Sebaliknya kami semakin pedih mata melihat mereka menaikkan udang demi udang sedangkan jarak antara kami tidaklah sejauh mana.
Dan sebelum matahari terbenam di ufuk timur, kami sempat mengumpul dan menimbang kesemua hasil tangkapan. Tak sangka hampir lima kilogram juga udang galah dan jenggo yang kami perolehi. Secara tidak langsung tanpa sedar ia membuatkan saya pula yang terkena getah jenggo setelah berjaya keluar dari badi kumpau jenggo.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...