Memancing dapat ikan tenggalan? Memang ia satu kegembiraan buat kaki pancing dan boleh dijadikan salah satu rekod koleksi peribadi. Ini kerana, pada masa ini, bukan senang nak dapat ikan ini, terutama di perairan semulajadi.
Disebabkan ia spesies yang semakin sukar diperolehi, harganya juga cukup tinggi. Sekitar RM60-RM80 sekilogram, hanya di Kuala Tahan, Pahang. Itu belum lagi jika dijual di daerah-daerah lain seperti di pasar bandar Jerantut atau Temerloh dan juga sudah di masak. Pendek kata, jika berjaya memancingnya, memang satu bonus terbaik buat anda.
Bahan-Bahan
Ads
– Seekor ikan tenggalan anggaran sekilogram
– Batang kayu yang kukuh untuk dijadikan pencucuk ikan
– Kayu kering untuk dijadikan bara
Bahan Pencicah
Ads
– Kicap
– 10 tangkai cili padi, dipotong atau tumbuk
– 5 ulas bawang merah dihiris
– 5 ulas bawang putih dihiris
– Garam secukup rasa
(Tuangkan kesemua pencicah ini di dalam satu bekas. Cili padi boleh ditambah jika ingin lebih pedas.)
Kegemaran memancing yang sudah tertanam di jiwanya sejak berusia 10 tahun itu membolehkan Yusof mendapat gelaran Raja Sembilang kerana beliau memang penganyir dan pakar memancing ikan bermisai dan bersengat ini.
Tanpa mahu merahsiakan kepakaran luar biasa itu, Yusof secara spontan berkata, apa bidang sekalipun seseorang itu mestilah berilmu selain daripada kemahiran semula jadi.
“Saya mengaku, mempelajari segala petua dan cara-cara memancing sembilang ini daripada seorang tua di kampung saya, tetapi sekadar kegunaan sendiri saja…” Senyumnya menampakkan keikhlasan.
Bagaimanapun beliau terpaksa berpegang kepada segala janjinya iaitu tidak boleh makan ikan berkenaan (sembilang) tetapi sekadar memancingnya saja dan jika hasil tangkapan itu lumayan hendaklah dibahagi-bahagikan kepada mereka yang memerlukannya.
Jika beliau melanggar pantang larang ini, ia akan menyebabkan hasil tangkapan spesies berkenaan tidaklah sebanyak mana kebiasaan yang diperolehi tetapi sekadar untuk sekeluarga saja. Yusof tidak menyimpan rahsia cara mengenali lubuk sembilang.
“Pemancing perlu memerhatikan buih-buih yang mungkin dapat dilihat pada permukaan air ketika air besar.
Jika buih-buih kelihatan sudah pasti kawasan itu mengandungi banyak sembilang dan tidak akan menghampakan selain ikan ini mudah dipancing ketika air mula pasang dan pada waktu surut.”
“Pemancng juga mudah memancing ikan jika air teres iaitu ketika air surut mirip kepada lopak-lopak air kawasan menghampiri persisiran pantai.”
Yusof juga mempamerkan jari dan sebahagian daripada lengannya sambil tersenyum berkata, “Lihat tangan dan jari ini sudah lali dan kebas kerana bisa ikan sembilang.”
Pemancing tentu lebih maklum, sengat sembilang bisanya bukan kepalang menjalar hingga ke jantung dan jika rawatan segera tidak diberi pemancing pasti pengsan malah lebam seluruh badan.
“Tangan saya ni… tebal kulitnya, bahagian jari ni sudah kematu terkena sengat. Saya kurang pasti ada yang mengatakan bisa ikan ini akan susut selepas tujuh kali air pasang dan surut.
Tetapi bagi saya cara menghilangkan biasanya mudah aja iaitu gigit saja ekor ikan ini sekuat-kuatnya, hingga bisa beransur susut.”
Kemalangan ketika memancing! Kemalangan jenis apa yang pernah anda alami ketika memancing? Mereka ini ada kemalangan tersendiri ketika memancing… korang pula macam mana?
“Buat masa ni kemalangan paling teruk pernah kena masa memancing ketika sembat kuat melantun ke belakang batu ladung saiz 6 singgah ke mata member yang duduk kat belakang. Toleh-toleh dah berteriak sakit. Apalagi start motor hantar klinik la. 3 hari bengkak sebelah mata.”
– FAKHRUL TAHIR
“Aku sampai hari ni mata kanan kabur. Puncanya kail sangkut kat batu, tarik punya tarik batu ladung singgah dalam mata. Nasib tak kena mata hitam, kalau tak doktor cakap confirm buta. Seminggu kat hospital. Kenangan seumur hidup. Cacat kekal… haha.”
– WAN SHAFIROOL
“Kisah baru lagi masa pergi memancing kat laut. Kes nak buka mata kail kat mulut anak sembilang. Malang tak berbau kena sengat pulak dengan anak sembilang. Sakit dia lagi teruk daripada kena sengat ikan keli. Kena pulak sengat anak sembilang tu patah dalam tangan. Malam tu terus pergi klinik nak buang sengat ikan tu doktor cakap tak jumpa sengat tu. Sudahnya sengat ikan sembilang tu dah sebati dalam tangan sampai la sekarang ni.”
– AZAM YAAKUB
“Aku pernah kena time casting. Tengah syok casting sekali tercampak rod dalam sungai. Nak selamatkan dah tak sempat. Arus masa tu laju sangat. Hanya mampu melihat rod tenggelam dibawa arus.”
– MUHAMMAD TAQDIR
“Pernah kena. Masa tu casting haruan. Dah dapat ikan pegang kepala ikan menggelupur pulak. Tengok-tengok mata kail kena jari. Lepas tu tak tau nak buat macam mana. Terus cabut macam tu je… terkeluar isi wooo.”
– KHAIRUL NIZAM
“Kemalangan kereta masa nak pergi pertandingan memancing Cyberjaya. Patah peha, buku lali kiri kanan, lidah hampir putus, tulang sendi tangan beralih. Duduk hospital Putrajaya tiga minggu. Tersadai kat kampung 3 bulan atas wheelchair.”
– HIGO GARCIA MP
“Pernah masa kecil dulu. Pergi memancing dengan ayah dan keluarga. Masa ayah nak baling umpan, adik pergi belakang ayah. Aku terus lari tarik adik aku, tapi aku yang kena. Ladung hentak kepala, kail sangkut kat bibir. Dah la kat kail masih ada perumpun. Huhuhu.”
– ARARAGI KOYOMI
“Adik ipar teman tengah karau pancing naik,masa nak baling semula tersangkut pulak. balik dia tersangkut. Bukan tersangkut pada pokok tapi pada telinga sendiri daaa. Doktor pun pening fikir macam mana nak keluarkan kail tu daripada telinganya.”
– RIZAL JAKA
“Masa memancing kat sungai. Perambut tersangkut, tarik kuat-kuat batu ladung saiz 5 hinggap kat dahi. Masa tu rasa macam nak pitam. Dahi rasa macam ada air mengalir. Rasa dengan tangan…dah berkicap! Bak kata orang tua-tua dah jadi adat memancing… salam perkenalan.”
– ADAM IKWAN
“Memancing kat kolam. Tarik punya tarik sangkut pulak. Biasa la bila sangkut guna kaedah ambil kain balut kat tangan tarik. Sekali tercabut batu ladung yang panjang terpacak kat dahi member… hospital jawabnya. Hati-hati bila memancing.”
Bagi pemancing yang juga penggemar ikan hiasan pasti tidak lokek mengeluarkan belanja yang besar semata-mata untuk mendapatkan warna-warni akuarium seperti yang diidamkan. Bagi yang gemarkan ikan hiasan, mari kita lihat senarai ikan hiasan tropika yang paling mahal.
CANDY BASSLET (US$1,000)
Ikan yang mempunyai warna terang ini harus menjadi antara ikan marin tercantik. Ikan ini boleh dijumpai di Caribbean. Ikan ini agak aktif tambahan pula hanya memerlukan penjagaan yang minima seterusnya sesuai dijadikan ikan hiasan.
CLARION ANGELFISH (US$2,500)
Spesies Clarion angelfish diberi nama sempena nama sebuah pulau di perairan Mexico. Ikan ini mempunyai tona warna yang menarik dan sering ditangkap untuk dijadikan ikan hiasan. Walaupun mempunyai nilai yang tinggi, sesiapa yang menangkap dan membela ikan ini perlu mendapatkan permit daripada kerajaan Mexico terlebih dahulu.
WROUGHT IRON BUTTERFLYFISH (US$2,700)
Boleh dijumpai di perairan Jepun, ikan kecil yang menawan ini mencapai ukuran sekitar 6 inci apabila dewasa. Ikan ini sering menjadi kegemaran pengumpul ikan hiasan. Ikan ini merupakan perenang aktif dan sesuai diletakkan dalam akuarium selain mempunyai tona warna yang cantik.
AUSTRALIAN FLATHEAD PERCH (US$5,000)
Ikan ini juga antara spesies yang sukar ditemui dan jika ada, nilainya sekitar USD5,000. Ikan ini ditemui di perairan Australia dan agak sukar menangkapnya. Ikan ini bersembunyi di sebalik batu dan karang. Ikan ini akan memecut laju keluar hanya untuk serangan ketika mencari makanan dan akan memecut ke sebalik batu kembali. Warna dan jalur pada badan ikan ini menjadikannya sesuai sebagai ikan hiasan.
NEPTUNE GROUPER (US$6,000)
Ikan neptune grouper ini merupakan kegemaran peminat ikan hiasan dan nilainya sekitar USD6,000. Ikan ini sukar ditangkap kerana hidup di laut dalam. Penyelam yang menangkap ikan ini juga perlu naik ke permukaan dengan perlahan-lahan bagi mengelak ikan ini mati. Juvernil ikan ini mempunyai warna yang sangat berbeza dengan spesies yang telah matang. Warna terang pada badannya merupakan antara sebab spesies ini sangat dicari oleh pengumpul.
GOLDEN BASSLET (US$8,000)
Salah satu spesies terkecil dalam famili grouper, ikan ini boleh ditemui di Atlantik dan Pasifik. Ikan ini juga merupakan antara spesies yang jarang dilihat terjual. Ikan ini juga sangat pemalu dan sering bersembunyi di sebalik batu dan karang. Andai anda membela ikan berwarna seakan emas ini dalam akuarium, mungkin sesekali anda dapat melihat ikan ini berenang menghiasi akuarium kerana lebih banyak bersembunyi.
BLADEFIN BASSLET (US$10,00)
Ikan kecil yang cantik ini mempunyai nilai sekitar USD10,000. Namanya diberi kerana bentuk sirip dorsalnya yang seakan bilah pisau. Boleh ditemui di Caribbean dan mempunyai tona warna daripada oren hingga putih. Spesies ini juga merupakan spesies yang dicari oleh penggemar ikan hiasan kerana jarang dijumpai. Ikan ini hanya sebesar 1.5 inci dan hidup di laut dalam di sebalik karang.
PEPPERMINT ANGELFISH (US$30,000)
Peminat ikan hiasan tropika telah menawarkan sekitar USD30,000 untuk ikan eksotik yang pemalu ini. Pada 2012, hanya seekor ikan ini dipamerkan untuk orang awam. Ikan ini dipamerkan di Waikiki Aquarium setelah dijumpai oleh pasukan penyelidik dari institut Smithsonian. Ikan ini hidup di laut dalam antara 60-120 meter dalam sehinggakan penyelam jarang menemuinya.
FRESHWATER POLKA DOT STINGRAY (US$100,000)
Ikan pari air tawar ini telah muncul pada pameran di Taiwan pada tahun 2014. Spesies ini mempunyai mutasi genetik yang unik. Ikan ini merupakan antara spesies ikan akuarium yang termahal di Taiwan dengan nilai sekitar US100000. Yang menariknya, ikan ini tidak mampu hidup dalam persekitaran semula jadi. Jadi pemilik ikan ini perlu memastikan sentiasa memberi makan secara manual kepadanya.
PLATINUM AROWANA (US$400,000)
Carta teratas bagi ikan tropika paling mahal ialah platinum white arowana. Nilai anggaran ikan ini mampu mencecah sehingga USD400,000. Ikan ini sangat bernilai sehinggakan ia diimplan dengan mikrocip id sebagai pengenalan diri bagi mengelakkan sebarang penipuan genetik. Warna putih badannya adalah disebabkan oleh mutasi genetik yang jarang ditemui.
Carta teratas bagi ikan tropika paling mahal ialah platinum white arowana. Nilai anggaran ikan ini mampu mencecah sehingga USD400,000. Ikan ini sangat bernilai sehinggakan ia diimplan dengan mikrocip id sebagai pengenalan diri bagi mengelakkan sebarang penipuan genetik. Warna putih badannya adalah disebabkan oleh mutasi genetik yang jarang ditemui.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...