Memancing dapat baung kenerak atau lebih dikenali sebagai baung askar atau kombat! Aduh! Apa nak buat dengan ikan ni. Dah la rupanya agak menyeramkan. Bagi kaki pancing yang tidak mengenali salah satu spesies yang banyak mendiami sungai-sungai di negeri-negeri Pantai Timur amnya, pasti akan melepaskannya kembali sambil menganggap ia hanyalah tangkapan tidak berbaloi.

 

Tahukah anda, walaupun rupa parasnya tidak menarik, isi kenerak sebenarnya cukup sedap kerana tekstur dagingnya cukup lembut, jika kena pada masakan yang sesuai dengannya.

 

Di sekitar Kuala Tahan, Jerantut dan Temerloh di Pahang misalnya, ikan ini cukup terkenal dengan masakan gulai asam rom, di mana ramuan utama masakannya di perbuat daripada biji getah.

 

Ia juga kerap dijadikan menu masakan di kebanyakan restoran masakan ikan sungai dan juga kenduri-kendara termasuklah majlis perkahwinan. Jadi selepas ini, jika berjaya memancing ikan baung kenerak, sila-silalah mencuba resipi ini.

 

Resepi Asam Rom Kenerak

 

Bahan-Bahan

  • ½ kg ikan baung kenerak.
  • 200 gram asam rom (daripada biji getah yang dikeringkan dan ditumbuk).
  • 20 tangkai cili padi.
  • 15cm kunyit hidup.
  • 5 tangkai daun kesum.
  • Beberapa biji terung bulat untuk dibuat rampai.
  • ½ jag air.
  • Garam secukup rasa dan perisa.

 

Cara Penyediaan

  • Asam rom di rendam dalam air panas kirakira lima minit untuk membuang getah dan minyaknya.
  • Kemudian ia perlu ditapis.
  • Tumbuk cili padi, kunyit hidup berserta sedikit garam sehingga lumat.
  • Masukkan ramuan yang ditumbuk beserta asam rom, air, daun kesum ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.
  • Masukkan ikan baung kenerak yang dipotong, terung berserta garam dan serbuk perisa.
  • Setelah ikan masak, angkat dan sudah boleh dihidangkan.

 

Resepi Asam Rom Kenerak

 

Cadangan: selain baung kenerak, ikan sungai lain yang sesuai adalah toman

# Selain biji getah, buah perah (sejenis buah hutan) adalah juga paling sesuai untuk dijadikan ramuan asam rom. Tetapi disebabkan buah perah sukar didapati (mengikut musim), biji getah paling banyak digunakan.

# Biji getah atau buah perah akan di jemur sehingga kering beberapa hari, sebelum di campur sedikit garam dan ditumbuk. Mereka yang menggemari masakan ini akan menyimpan ramuan asam rom ini untuk stok.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI