Selain habitat, kita juga kena kaji perangai ikan dan kena faham apa yang ikan inginkan. Dan kita kena faham ikan yang menghentam gewang kerana apa? Bukan kerana sesuatu gewang itu nampak hidup ada sisik dan sebagainya tapi pada colour, bunyi, renangan dan cara menggayakannya itu yang penting.
Naluri ikan semestinya mengenal jenis makanannya. Cuma sifat pemangsa yang rakus dan ego menyebabkan ia marah pada benda-benda yang berlegar di dalam kawasan dan di depan matanya.
Ads
Apabila pemangsa ini aktif, dia akan bermain di permukaan air untuk memburu mangsanya. Oleh yang demikian jika bertemu maka jangan dilepaskan peluang untuk mencampak gewang di kawasan ia aktif memburu mangsanya ini.
Ads
Selain itu cara terbaik yang lain carilah tempat-tempat seperti di bawah bayang-bayang pokok dan di tepi reba terutamanya ketika air sedang berarus.
Bagi penggunaan gewang selaman dalam (deep dive) pula kita patut mengetahui kedalaman sesuatu tempat untuk memilih gewang yang sesuai dengan kedalaman. Ia penting agar kita boleh mempersembahkan gewang betul-betul di muka pintu mahligainya.
Penggunaan gewang yang tepat untuk dipersembahkan adalah penting. Bila tersalah pilih maka hilanglah peluang strike pada masa itu. Namun jangan terus lari… cubalah lagi dengan gewang yang lain pula.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Saya ingin kongsikan beberapa tip mengenai alat dan persiapan sesuai untuk memancing haruan. Iya la kan… sebagai pemancing, pastinya kita tidak mahu ada kekecewaan ketika memancing haruan.
Set joran
Memancing haruan tidak memerlukan set yang terlalu berat dan mahal. Bagi set joran, lebih bagus jika menggunakan set ringan dan sesuai tahap lenturannya. Ini kerana, kesesuaian joran membantu dalam proses membaling dan menarik. Memancing haruan memerlukan proses baling tarik , jika set joran agak berat, setengah jam sahaja pemancing akan surrender mencari haruan.
Saya sendiri menggunakan joran 6″6′ panjang, medium heavy action, line 10-20 lb. Sehingga kini joran ini masih kental melawan tarikan sang haruan.
Set mesin pancing
Sekiranya haruan yang dicari hanya sekitar 2lb ke bawah iaitu hampir 1kg, pemancing boleh menggunakan mesin pancing bersaiz kecil sahaja. Jika bersaiz mega, saiz mesin yang lebih besar perlu digunakan. Tetapi, ketika memilih mesin pancing haruslah memeriksa beberapa perkara:
Pemilihan tali pancing
Sebagai pemancing haruan tegar, kita semestinya mahu umpan yang dibaling mencapai jarak semaksimum mungkin. Kalau boleh sampai habis tali… hehehe.
Oleh itu tali yang digunakan haruslah tepat. Saya menyarankan agar menggunakan tali jenis benang (braided). Ini kerana tali benang lebih halus dan lancar dalam proses pancingan.
Tali tangsi biasanya agak kasar dan diameter besar. Secara tidak langsung akan mengganggu dalam proses membaling umpan.
Ketika membeli tali, perhatikan diameter atau ketebalan tali. Ini kerana tali yang halus lebih lancar dalam proses balingan. Saya sendiri menggunakan tali benang 50lb, diameter 0.27.
Penggunaan kili
Kita sebagai manusia semestinya tidak mengetahuai apa yang dilihat oleh sang haruan di dalam air kerana mata dan pandangan haruan tidak sama seperti manusia. Tetapi secara logiknya (namun tidak tahu kebenarannya) eloklah memggunakan kili bewarna hitam agar kekili tidak dapat dilihat oleh sang haruan.
Kekili menegak (baitcaster dan multilpier) atau biasanya lebih mahal sedikit harganya berbanding kekili mendatar.
Oleh yang demikian anda haruslah menilai banyak perkara agak sepadan dengan nilai yang dibayar.
Mungkin panduan yang kami sediakan ini dapat membantu anda memilih kekili menegak yang dihajati.
Tapak kekili
Sebaiknya carilah kekili yang mana plat tapaknya bersambung secara terus dengan bingkai kekili. Boleh dikatakan hampir semua kekili masa kini ia berkeadaan sedemikian tetapi masih ada disambungkan dengan ribet atau lain-lain kaedah.
Ini kerana titik penyambungan merupakan titik terlemah. Oleh yang demikian, semakin kurang komponen berasingan maka semakin kukuhlah kekili tersebut.
Oleh kerana tekanan yang dikenakan terhadap sebarang kekili menegak adalah bergerak ke hadapan sehingga ke hujung joran, maka kekuatan tapak kekili cukup kritikal.
Inilah sebab mengapa kekili menegak saiz besar atau multiplier sering didatangi dengan sokongan alat pendakap.
Ruang celah spool
Tolenrasi antara spool atau gelendung dan body kekili seharusnya minimum. Ujian terbaik ialah dengan mengisi tali tangsi atau tali sulam ke dalam spool dan cuba selitkan tali di celahan antara spool dan plat dalaman kekili.
Tambah pula sekarang ini diameter tali semakin halus. Jadi janganlah sampai tali terselit di celahan tersebut kerana ialah bukan saja boleh menyebabkan kejadian bihun atau backlash atau lebih buruk lagi putus tali.
Pengayuh sempurna
Pegang pengayuh atau handle dan cuba gerakannya ke dalam atau keluar. Kekili yang berkualiti, tiada sebarang gerakan ke dalam, keluar atau ke belakang dan ke depan apabila sistem tegangan diketatkan.
Kekili yang murah dan kurang kualiti kerap gagal dalam ujian ini. Ia berpunca dari tolenrasi yang lemah dan toleransi yang lemah pada pengunci pengayuh atau material logam yang lemah pada shaf pengayuh.
Sistem susunan tali
Alat penyusun tali atau level wind kadangkala menimbulkan masalah dan paling cepat rosak. Pastikan anda boleh mendapat alat gantinya untuk komponen seperti palam dan shaf penyusun tali itu.
Kompenan ini selalu cepat haus, apatah kalau dimasuki pasir dan pembentukan garam. Jadi, ia perlu dibersihkan setiap kali selepas penggunaannya.
Latihan demi latihan
Sistem kawalan lontaran pada kekili jenis ini biasanya berbeza-beza. Paling asas ialah tekanan dikenakan pada shaf gelendung melalui tombol plat sisi kepada magnetik atau emparan.
Tiada siapa terutama orang baru boleh jamin lontarannya pertamanya cukup sempurna, tetapi dengan latihan demi latihan, semuanya mampu menguasainya.
Gelendung seharusnya mampu dilaras sampai ke satu tahap yang mana ia dapat berpusing bebas dengan hanya sedikit pulasan jari anda.
Pengunaan gewang atau teknik menunda, casting atau balingan gewang adalah lebih efektif pada siang hari selain menghanyut umpan hidup. Menunda selain dari ikan tenggiri, alu-alu disifatkan mangsa yang paling kerap diperoleh.
Walaupun ia dianggap kurang aktif waktu siang, namun ada gangguan dari mangsa ia pasti agresif mengejar dan menyerang mangsa atas alasan untuk membunuh. Sekiranya mata tiga gewang ia pasti mudah tersangkut dan terpedaya.
Jika umpan hidup dihanyutkan pada siang hari, ada juga kes di mana umpan di serang secara tiba-tiba dengan mengigit, melarikan buat seketika dan melepaskan kembali
mangsa tadi apabila ia tidak bernyawa lagi. Ramai pemancing menyangka ia rabut sebelum rembatan dibuat.
Seperti yang diterangkan sifat pemburu sisik perak ini, waktu malam adalah paling mudah seronok dan kadang-kala naik jemu jadinya.
Ia akan menyambar umpan tidak kira hirisan ikan mati, sotong, udang atau umpan hidup ketika dilabuhkan ke dasar.
Setengahnya baru setengah meter dari permukaan ia sudah menrembat umpan jatuh. Jika diperhatikan saiz mangsa, ia banyak yang sebaya usia dan perbezaan saiz ini ditentukan oleh peringkat kedalaman air.
Saya pernah melihat si kecil di atas, kemudian disusuli yang besar sedikit dan akhir sekali yang lebih basar di bawah bak kata orang mata sebesar penumbuk.
Perambut Dan Umpan
Jika berlaku kes perambut dan tali utama putus tiba-tiba, tiada kesan tarikan atau ragutan ikan, usah tunggu lagi.
Perambut tangsi perlu ditukar dengan jenis dawai. Andaikan kawasan tersebut tiada buntal.
Ada dua jenis perambut dawai yang biasa terdapat di pasaran iaitu jenis jalinan dawai atau sulaman dawai bersalut plastik lembut dan jenis tunggal atau mono keluli tahan karat.
Panjang 1 hingga 2 kaki untuk jalinan dawai atau sejengkal untuk jenis mono. Ada satu lagi jenis dawai bersalut plastik lembut yang sudah sedia diikat dengan kili (biasanya berwarna hitam) dijual di pasaran.
Jenis ini juga tidak menjadi masalah. Tapi jika ingin mengendap tenggiri pada masa yang sama, jauhkan dari dawai berwarna gelap.
Mengunakan perambut jenis jalinan dawai bersalut plastik mudah bersimpul dan cepat mengerutu selepas memperoleh ikan.
Paling baik tukar atau potong bahagian menggerutu tersebut kerana ia sukar untuk dibentuk semula.
Atas sebab ini saya labih gemar mengunakan dawai jenis mono (biasanya panjang sejengkal lebih sedikit) dan senang dibentuk semula saelepas dapat ikan.
Hasilnya persembahan umpan lebih cantik membuatkan ikan pemangsa geram. Kekuatan perambut disyorkan dari 20Ib hingga 50Ib.
Umpan tidak menjadi banyak masalah memburu alu-alu. Apa saja ikan, sotong, udang mati boleh digunakan. Atau umpan hidup pilihan saya seperti anak tongkol, kembung, anak seer (panjang 6 inci), anak ikan bersisik seperti kunyit atau gelama.
Mata ikut saiz ikan dan umpan sama ada satu, dua atau tiga serangkai.
Jika diperhatikan hasil memancing di dasar lebih kecil berbanding di permukaan. Sebab itu ramai yang memilih teknik memancing hanyut (drifting) tanpa pemberat atau mengunakan belon. Ini sesuai untuk umpan hidup yang segar dan keadaan air yang berarus.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...