Selain habitat, kita juga kena kaji perangai ikan dan kena faham apa yang ikan inginkan. Dan kita kena faham ikan yang menghentam gewang kerana apa? Bukan kerana sesuatu gewang itu nampak hidup ada sisik dan sebagainya tapi pada colour, bunyi, renangan dan cara menggayakannya itu yang penting.
Naluri ikan semestinya mengenal jenis makanannya. Cuma sifat pemangsa yang rakus dan ego menyebabkan ia marah pada benda-benda yang berlegar di dalam kawasan dan di depan matanya.
Ads
Apabila pemangsa ini aktif, dia akan bermain di permukaan air untuk memburu mangsanya. Oleh yang demikian jika bertemu maka jangan dilepaskan peluang untuk mencampak gewang di kawasan ia aktif memburu mangsanya ini.
Ads
Selain itu cara terbaik yang lain carilah tempat-tempat seperti di bawah bayang-bayang pokok dan di tepi reba terutamanya ketika air sedang berarus.
Bagi penggunaan gewang selaman dalam (deep dive) pula kita patut mengetahui kedalaman sesuatu tempat untuk memilih gewang yang sesuai dengan kedalaman. Ia penting agar kita boleh mempersembahkan gewang betul-betul di muka pintu mahligainya.
Ads
Penggunaan gewang yang tepat untuk dipersembahkan adalah penting. Bila tersalah pilih maka hilanglah peluang strike pada masa itu. Namun jangan terus lari… cubalah lagi dengan gewang yang lain pula.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Walaupun memancing boleh dilakukan untuk tempoh 24 jam namun tidak setiap waktu itu bagus untuk memancing. Oleh yang demikian korang perlu tahu bila waktu yang sesuai untuk pergi memancing.
Awal pagi
Tak perlu nak didebat lagi kenapa waktu ini menjadi waktu terbaik untuk turun memancing. Ketika matahari mulai terbit, ia akan mengubah suhu air menjadi waktu yang paling sesuai untuk ikan mencari makan dan ini akan menambah potensi strike anda.
Senja
Perubahan suhu di waktu lewat petang membuatkan tempoh ini juga menjadi waktu yang terbaik untuk turun memancing. Pada waktu ini juga dikatakan banyak spesies pemangsa berkeliaran mencari mangsa sebelum malam berlabuh.
Waktu malam
Sesetengah ikan menjadikan waktu malam untuk aktif memburu mangsa. Pada waktu ini juga suhu air sangat sesuai untuk ikan mencari makanan. Biasanya spesies `bermisai’ sangat aktif mencari makanan dengan deria hebatnya itu.
Air bergerak pasang
Waktu ini adalah sangat penting bagi kaki mancing wajib untuk mengambil tahu kerana pergerakan air mulai pasang adalah waktu yang ideal untuk memancing di pantai atau laut. Ini kerana ikan sangat aktif mengikut arus air untuk mencari makan.
Air bergerak surut
Waktu ini juga sama seperti air bergerak pasang. Air menyongsong surut juga menjadikan ikan kembali aktif mencari makanan.
Faktor cuaca
Cuaca mempengaruhi suhu air. Jadi waktu terbaik untuk memancing ialah ketika cuaca tidak panas kerana suhu air panas menjadikan ikan tidak berminat untuk keluar mencari makan. Ada juga berpendapat selepas hujan dan ketika hujan renyai menjadi waktu terbaik untuk memancing.
Faktor angin
Ada nelayan yang berpendapat,waktu terbaik untuk memancing ialah ketika angin selatan dan selepas angin barat. Pada waktu ini dikatakan ikan akan mudik ke pantai dan lebih aktif mencari makanan.
Musim ikan
Ada beberapa spesies ikan memilih musim tertentu berhijrah, bertelur atau mencari makan. Jadi dengan mengetahui musim ikan ini,anda akan lebih berpotensi mendapat hasil yang lumayan.
Ikan barracuda boleh dipancing dengan pelbagai teknik. Salah satu daripadanya ialah teknik trolling atau menunda.
Teknik trolling boleh dikatakan sebagai teknik yang paling rilek kerana kurang mengerah tenaga tidak seperti casting atau jigging.
Namun dari segi teknikal, teknik trolling ini memerlukan kelengkapan tackles yang tersendiri.
Gewang
Teknik pancingan trolling menjadi lebih berjaya sekiranya mengaplikasikan struktur gewang yang mampu dan berkebolehan berenang dengan pantas mengikut kelajuan bot.
Jadi kami menggunakan gewang tundaan jenama Strike Pro Titan 14cm untuk menewaskan si pemangsa ini.
Strike Pro Titan berkemampuan beraksi semula jadi secara berputar ketika di dalam air. Struktur badan penuh diperbuat dari jenis kayu balsa beri kelebihan pada gewang ini supaya tidak mudah pecah dan retak ketika dihentam kuat barracuda.
Jika mulakan pancingan pancingan di awal di tengah hari seelok-eloknya warna yang berkilau seperti emas dan perak dijadikan pilihan.
Kami juga menjangkakan keadaan pastinya lebih sukar sekiranya tidak mengaplikasikan gewang yang berdiameter lebih besar.
Kelajuan Bot
Mengambil kira pengalaman trolling yang lalu, kelajuan bot kami tetapkan diantara 3 knot hingga 5 knot. Kami merasakan jika bot terlalu perlahan dan laju tidak sesuai untuk melakukan trolling kerana kurang berdaya saing dengan ikan sasaran iaitu barracuda.
Justeru jika pemancing di luar sana ingin melakukan trolling, bot haruslah di pacu dalam kelajuan yang betul.
Untuk pancingan trolling, perkara yang harus dititikberatkan ialah kedudukan gewang yang kelihatan mudah dilihat dan spesies ikan sasaran yang ingin didaratkan.
Pemilihan Mata Kail
Barracuda dan juga tenggiri adalah jenis ikan yang gemar memburu mangsa secara menyambar dan laju.
Seperkara yang harus dititikberatkan lagi adalah pemilihan mata kail juga mestilah betul, iaitu kuat, lasak dan mudah hook-up.
Justeru kami menggunakan mata kail dari jenis “Big Game Hook” yang mana matanya menegak lurus ke pangkal. Ini kerana apabila ikan tersebut menyambar pada gewang mata kail akan secara terus sahaja mencangkuk pada ikan tersebut.
Mata kail jenis ini mempunyai daya ketahanan yang cukup lasak dan kuat. Malah tidak akan mudah melurus semasa hentakan mahupun hentaman yang kuat dan agresif dari ikan sasaran.
Kekuatan mata kail haruslah 10 kali ganda anggaran berat ikan sasaran untuk menampung kuasa sentapannya.
Melihat dari sudut pancingan, si bantal emas atau John’s snapper ini mungkin merupakan spesies ikan snapper yang paling digemari di kalangan kaki pancing. Atribut atau nilai utama tentunya pada nilai rasanya, malah tidak keterlaluan jika dikatakan jenahak merupakan antara spesies ikan paling sedap jika dikira di kalangan spesies ikan estuari.
Begitu pun, sesuai dengan statusnya sebagai tertiary consumer, pemangsa kepada pemangsa ini masih merupakan spesies ikan yang agresif dan agak licik. Agresif di sini merujuk kepada naluri jenahak sebagai ikan pemburu hendap.
Jenahak mampu memberikan kesulitan kepada pemancing pada awal pertarungan terutama sejurus menerkam umpan. Pertarungan yang agresif biasanya dalam tempoh yang singkat sebelum darjah kesulitan dan cabaran pertarungan bertukar daripada naluri pemangsa yang agresif kepada pertarungan kelicikan.
Apabila menyedari pertaruhan tenaganya pada awal pertarungan gagal, jenahak akan menukar strategi kepada bertahan di sebalik struktur atau karang yang ada. Ketika ini, objektif utamanya tidak lagi untuk menghauskan stamina pemancing, sebaliknya tertumpu kepada stamina dan keupayaan tali pancing yang digunakan. Jika pemancing berjaya mengekang kedua-dua darjah pertarungan ini, maka nikmat kepuasan pastinya hadir setelah ‘emas lautan’ ini dapat dicungkil.
Di Malaysia, juvenil atau sering kita gelar tetanda boleh ditemui di kawasan muara sebelum spesies ini bermigrasi ke lautan apabila dewasa. Jenahak dewasa juga boleh ditemui di kawasan berhampiran muara disebabkan untuk mengawan.
Saiz sebiji bantal dengan berat antara 1 kg hingga 6 kg merupakan saiz yang banyak dipancing oleh pemancing tempatan. Biasanya jenahak sebegini mudah dipancing di kawasan kedalaman lebih 30 kaki atau lebih dengan dipenuhi struktur karang, kapal karam, tukun dan sebarang bentuk struktur yang lain.
Jenahak biasanya ditemui berkumpulan dalam habitat yang disebutkan tadi. Jika pemancing menemui lubuk jenahak, pesta jenahak akan dimulakan namun perlu diingatkan, jika seekor jenahak terlepas atau terlucut ketika dipancing, jenahak lain di lubuk yang sama akan menjadi culas dan berhenti memakan umpan seterusnya.
TEKNIK PANCINGAN DAN UMPAN
Di Malaysia, terdapat dua aplikasi teknik pancingan jenahak yang terkenal dan terbukti berkesan untuk memburu spesies bernilai tinggi ini. Aplikasi teknik pancingan yang pertama ialah teknik pancingan dasar dengan menggunakan umpan hidup atau umpan mati.
Teknik pancingan dasar ini boleh dikatakan teknik tradisi memancing jenahak dan telah diaplikasikan sejak sekian lama. Tanyalah mana-mana pemancing yang old-timer di Malaysia, pasti akan memberikan jawapan yang sama. Aplikasi pancingan dasar terbukti berkesan kerana sifat ikan jenahak sebagai ikan yang gemar berlindung di struktur habitatnya dan akan membuat serangan hendap jika ada mangsa yang melintasi kawasan tempat hendapannya.
Kekuatan set pancing pula antara set sederhana hingga berat bergantung kepada lapangan pancing dan arus. Biasanya bantuan ‘bangla’ akan direkrut untuk pancingan di kawasan yang kedalaman lebih 30 kaki. Kekuatan perambut sekitar 50lb hingga 80lb sudah memadai dengan kepanjangan perambut sekitar 2 meter.
Umpan hidup dan umpan mati merupakan pilihan untuk teknik dasar. Umpan sotong hidup seperti cumit dan sotong kurita dikatakan umpan terbaik untuk memikat John’s snapper yang bersaiz besar. Udang hidup pula mampu menaikkan jenahak pelbagai saiz malah jika ada modal lebih, anda boleh mencuba udang lipan.
Selain itu, tamban dan umpun-umpun juga mampu menaikkan spesies ini bergantung kepada teknik pancingan anda. Walaupun masa bagi spesies jenahak memburu mangsanya ialah sepanjang hari, namun teknik dasar pancingan jenahak lebih sinonim pada waktu malam.
Malah sering kali jenahak bersaiz besar acapkali dinaikkan pada lewat malam atau awal pagi. Begitu pun, sesekali dan sesetengah kawasan terdapat juga jenahak yang berjaya dipancing disiang hari. Di sinilah aplikasi teknik pancingan kedua menjadi alternatif kepada pemancing yang ingin memburu jenahak.
Aplikasi teknik kedua pula menggunakan umpan artifisial atau umpan tiruan iaitu mengunjun besi atau jigging. Teknik slow pitch atau slow jigging ternyata begitu praktikal memikat jenahak pada siang hari. Malah, teknik slow pitch menjadi kegilaan terbaru kepada pemancing jenahak tempatan sejak kebelakangan ini.
Dengan berat jig khusus untuk slow pitch bergantung kepada arus lapangan pancing, unjunan perlahan di kawasan berstruktur tidak dinafikan mampu menaikkan jenahak bersaiz gadang @ bantal. Teknik slow pitch boleh diaplikasikan dalam persekitaran kedalaman air antara 20 kaki hingga 30 kaki dengan set pancing sederhana (PE2- PE3, Jig 180-250 gram). Cuma perkara utama yang perlu dititikberatkan ialah spot untuk melabuhkan jig perlu betul-betul di kawasan lubuk yang mempunyai ‘emas hidup’ ini.
Jika bernasib baik mendapat sambaran, kepuasannya memang secukup rasa. Apa tidaknya, bayangkan sekelip mata ketika syok mengunjun, ‘sapppp’ rod melentuk dan jig anda diragut. Fuhh, menjerit drag bak hang!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...