Kalau kita nampak toman tu datang dari kiri naik ambil udaran, kemungkinan besar dia akan turun ke kanan.
Jadi cast di belakang kanan toman rising tu dan try untuk pastikan gewang tu berenang depan muka dia time dia nak tenggelam tu… tinggi harapan dia nak makan.
Andainya casting 3 orang, seorang baling kiri, seorang tengah, seorang lagi kanan… memang peluang tinggi salah seorang akan dapat strike.
Ads
Kalau di spot sesuatu lubuk tu, sudah dua kali toman makan gewang contohnya pensil, boleh dikatakan mood toman hari tu dia nak gewang yang profile macam tu.
Lagi baik kalau semua orang dalam bot guna pensil jugak. Kalau nak variasikan pun, pakai la top water macam popper atau lain-lain.
Bila gewang dibaham toman, biasanya toman akan selam dan cari kayu-kayu supaya dia boleh gesel mulut dia kat kayu tu nak buang apa yang melekat.
Ads
Jadi drag reel kenalah ketat sikit. Janganlah ketat sangat sampai tali nak putus pulak. Time inilah kelebihan dan best pakai BC reel.
Kalau dah set drag ketat pun tali masih laju keluar, kita masih boleh tekan ibu jari pada spool untuk perlahankan tali keluar.
Ads
Kalau memancing guna anak keli dari atas bot, sebaiknya jangan guna pelampung. Pastikan ada leader besi jadi tak la putus bila kena gigi makan.
Idea tak bagus kalau blind cast pakai keli hidup sebab senang terlucut dari mata kail. Keli hidup ni bagus bila kita nampak toman boiling atau rising terus baling kat dia. Kalau nak guna keli mati pun boleh asalkan keli ni tak busuk lagi.
Untuk keli hidup, pakai 1 mata saja saiz 3/0 brand apa pun tak kisah. Kalau keli mati, pakai 2 mata. Satu cangkuk kat mulut, 1 lagi 3/4 badan dia menghampiri ke ekor. Kena kasi action sikit keli mati tu… barulah senang nak perdayakan toman dan bahamnya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Keduduk bulu atau senduduk bulu (Clidemia hirta) merupakan sejenis tumbuhan renek yang biasa ditemui tumbuh liar di kawasan semak samun dan belukar.
Ia merupakan spesis tumbuhan penceroboh di kebanyakan rantau tropika, ia mendatangkan kerosakan teruk pada tumbuhan lain.
Habitatnya sama seperti senduduk biasa memandangkan kedua-duanya mempunyai ciri-ciri yang hampir sama. Clidemia hirta Don dari keluarga Melastomataceae satu kumpulan
terbesar (taxon) terdiri daripada 200 genus dan kira-kira 4000 spesies dari herba, pokok dan tumbuhan renek tersebar luas di kawasan tropika.
Kira-kira 30 spesis dari keluarga tumbuhan ini digunakan bagi tujuan perubatan di Asia-Pasifik Batang dan daunnya mempunyai bulu-bulu halus yang kesat.
Permukaan daun berwarna hijau berkilat dan daunnya berbentuk bujur. Daunnya lebar dan meruncing di bahagian hujung.
Urat daun kecil dan banyak, membentuk petak di atas daun. Daun dibahagikan kepada beberapa bahagian (selalunya empat) oleh urat daun yang besar seolah-olah pangsa.
Bunganya muncul dalam bentuk jambak di hujung ranting. Bunga yang biasa ditemui berwarna putih atau merah jambu cair atau merah jambu muda.
Buahnya berbentuk bulat dan berbulu halus. Warnanya hijau ketika muda dan akan menjadi hitam berkilat apabila ranum.
TABURAN DAN PENGAGIHAN
Berasal dari Neotropics Amerika (Mexico ke Paraguay serta Caribbean), ia telah diperkenalkan ke Australia, Asia Selatan dan Afrika Timur juga ke Hawaii pada tahun 1940-an; menjelang 1978 ia telah merebak ke 90,000 ekar (360 km2) tanah di Oahu.
Pada tahun 1972 Keduduk Bulu (Koster’s Curse) buat pertama kalinya ditemui di Pulau Besar (Big Island / Hawaii).
Biologi
Buah beri hitamnya memanjang sehingga 8 milimeter dan rasanya sedikit seperti blueberry. Setiap buah mengandungi lebih daripada 100 biji benih kecil (0.5 mm).
Ia berbunga dan berbuah sepanjang tahun jika berkeadaan lembap secukupnya. Satu pokok boleh menghasilkan lebih daripada 500 buah dalam satu tahun.
Tanin yang terdapat didalam buah ini beracun kepada kambing dan kambing biri-biri. Biji benih dari buah ini boleh bertahan di dalam tanah sehingga 4 tahun.
Faktor Penggunaan buah ini untuk di makan di kalangan manusia masih belum dikaji sepenuhnya.
Tanin dari buah ini tidak merbahaya kepada manusia dan jus sirap yang dihasilkan dari buah ini amat lazat.
Sirapnya mempunyai warna biru indigo yang cantik dan boleh digunakan untuk meningkat dan menghilangkan rasa pahit pada teh.
Nama Epitheton hirta dalam bahasa Latin bermaksud ceding (scrubby – merebak menutupi dan membantut pokok, sayuran dan pokok semak).
Sumpahan Koster / Koster’s curse adalah nama yang diberikan oleh penduduk tempatan di Hawaii kerana keadaan tempat di mana tumbuhan itu tumbuh sebagai rumpai merbahaya.
Koster adalah nama orang yang memperkenalkan tumbuhan keduduk bulu kepada penanam benih kopi di Fiji pada 1880 dan 1886 secara tidak sengaja.
Pada asalnya ia hanya digelar sebagai `yang disumpahkan’ kerana kerosakan yang dilakukan terhadap perladangan kelapa.
Kegunaan:
Daun keduduk bulu boleh digunakan sebagai sabun membasuh pinggan mangkuk.
Daun dihancurkan lalu digosokan pada tempat gigitan lintah atau pacat bagi menghentikan pendarahan.
Khasiat:
Dalam perubatan tradisional Melayu dan asli, keduduk bulu digunakan untuk mengubat penyakit sawan.
Cara atau kaedah yang digunakan ialah dengan mengambil secekak daunnya dan disapukan dengan minyak kepayang kemudian ditempekkan pada ubun-ubun kanak-kanak tersebut pada setiap pagi sehingga sembuh.
Selain itu ia juga sering digunakan untuk mengubat luka. Caranya, daun dilayukan di atas api dan digentel mengeluarkan getahnya. Getah ini kemudiannya disapukan pada bahagian yang luka.
Sejak dari kecil memancing ikan puyu ini, tidak pernah sekali pun terlintas di fikiran untuk membezakan jantina ikan ini.
Apa yang selalu difikirkan ialah bagaimana hendak memancingnya dan apa yang hendak dibuat apabila sudah memperolehinya.
Bagi tidak menghampakan beberapa permintaan yang bertanyakan perbezaan spesies ini, berikut dikumpulkan beberapa penjelasan bagi membezakan puyu jantan dan puyu betina.
Ikan puyu jantan biasanya berbadan kecil, sirip bawah agak panjang, bentuk badan memanjang.
Tips paling senang, urut perlahan-lahan di bahagian abdomen ke arah alat sulitnya. Perhatikan ada cecair putih keluar sedikit dari alat sulitnya. Itu menunjukkan ia ikan puyu jantan.
Ikan puyu betina pula badan agak lebar, perut buncit. Urut perlahan-lahan di bahagian abdomen, perhatikan betul-betul akan ada keluar butiran kecil (telur ikan).
Namun pastikan ikan-ikan ini sudah cukup tempoh kematangannya.
Ikan jantan tubuhnya lebih kecil dari ikan betina. Ikan jantan akan bergerak lebih lincah dari ikan betina.
Ikan jantan mempunyai satu lubang pada kelamin sedangkan ikan betina mempunyai dua lubang pada kelaminnya.
Dan apabila ikan jantan diurut pada bagian perutnya ke arah bawah akan mengeluarkan cairan sperma berwarna putih, sedangkan ikan betina apabila diurut pada bagian perut ke arah bawah akan mengeluarkan telur yang berwarna bening kecoklatan.
Sekurangnya terdapat dua jenis ikan terubuk di Sarawak iaitu terubuk laut atau Tenualosa macrura yang boleh dikenali dengan fizikalnya bermulut kecil, bersaiz pendek dengan bahagian kepala lebih kecil dan badan lebih gemuk.
Terubuk sungai Tenualosa toli mempunyai muncung atau mulut lebih besar dan panjang yang juga dikenali sebagai Terubuk Sarawak di kalangan penduduk negara ini.
Terubuk sungai lazimnya bersaiz pendek, gemuk, mempunyai ekor yang pendek dan harganya lebih mahal daripada terubuk laut. Kebanyakan terubuk yang dijual di beberapa pasar basah di Sarawak khususnya di Pasar Satok merupakan terubuk import atau terubuk laut.
Terubuk tempatan banyak perbezaannya dengan terubuk import, terutama muncungnya yang panjang dan besar, manakala badannya kecil dan pendek.
Kalau nak bezakan ikan terubuk masin Sarawak dengan import, tengok sisik dulu. Sisik terubuk Sarawak hidup dan boleh dibuka walaupun sudah diproses menjadi ikan masin, berbanding sisik terubuk import yang mati dan keras.
Mulut ikan terubuk Sarawak juga lebih besar berbanding terubuk import dan apa yang lebih penting rasa terubuk Sarawak jauh lebih lemak dan manis berbanding import.
Saiz kepala, bentuk badan bezakan spesies terubuk perbezaan antara terubuk Sarawak dengan terubuk import ialah terubuk tempatan berkepala besar tetapi pendek manakala ikan import berkepala bulat dan panjang. Keistimewaan terubuk Sarawak lebih berlemak dan telurnya lebih besar.
Perbezaan juga dapat dilihat daripada segi kesegaran. Terubuk tempatan lebih sedap kerana segar sedangkan terubuk import terpaksa dibekukan terlebih dulu. Terubuk import mempunyai bintik hitam di badan tetapi tiada pada terubuk sungai.
Perbezaan terubuk tempatan dan import juga boleh dilihat pada harga. Terubuk sungai lebih mahal berbanding terubuk import. Sekali imbas memang sukar mencari perbezaan terubuk sungai dan terubuk import. Orang biasa memang selalu keliru.
Ramai orang kita sendiri tidak tahu membezakan ikan terubuk tempatan dan import. Sebagai seorang yang biasa makan terubuk air tawar(tempatan), ikan terubuk import langsung jauh beza rasa dan baunya bagi saya. Ikan terubuk tempatan rasa manis, lemak dan tidak kuat bau hanyir.
Manakala ikan terubuk import rasanya lebih tawar dan berbau hanyir. Diharap orang kita akan lebih faham perbezaan tersebut dan menghargai ikan tempatan.
Bagi saya, perbezaan rasa yang paling ketara bagi sesuatu spesies ikan adalah isi bahagian perutnya atau isi bawah perut. Bahagian lain, tidak jauh bezanya antara spesies-spesies ikan dalam keluarga yang sama.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...