Ikan bertubuh sederhana, licin tak bersisik; panjang hingga 45cm. Kepala memipih datar ke arah muncung, dengan tiga pasang sesungut; sepasang yang paling panjang di antaranya berada di rahang atas, hujungnya mencapai pertengahan sirip pektoral atau lebih.
Sisi atas kepala dengan kepingan tulang serupa perisai yang berpola kasar permukaannya, dengan lekuk fontanel yang memanjang di tengah dahi di antara dua mata. Belakang kepala belakang membundar, dan plat pangkal di muka duri sirip dorsal seperti sayap kupu-kupu.
Ads
Gigi bentuk kerucut dan tersusun dalam barisan melintang pada empat plat yang berderet di langit-langit mulut (palatum); plat gigi yang sebelah depan (plat maksilar) melengkung sempit dari sisi ke sisi.
Sirip dorsal dan kedua sirip pektoral masing-masing dengan duri yang bergerigi dan berbisa; sirip lembut dorsal kedua berukuran sederhana. Keseluruhan duri sirip dorsal I-7 (satu duri keras dan 7 duri lembut) sirip pektoral I-11; sirip pelvik 6; dan sirip anal 18-19.
Bahagian atas dan sisi tubuh berwarna kelabu-gelap kecoklatan atau kebiruan, sisi bawah putih susu; biasanya dengan (10 atau lebih) garis-garis melintang putih keperakan, kebiruan, atau kehijauan. Semua siripnya berwarna kusam kehitaman, hanya bahagian filamen dari sirip dorsal yang berwarna terang.
Ads
Menurut saintis Bleeker, dari pengamatannya belukang bersama dengan long whiskers catfish (Mystus gulio) dan engraved sea catfish (Nemapteryx caelata), merupakan jenis-jenis ikan berkumis yang paling umum didapati di pantai-pantai berlumpur serta di muara-muara sungai di Asia tenggara.
Ads
Belukang dijual dan dikonsumsi dalam keadaan segar atau dikeringkan (ikan masin). Namun tangkapan belukang secara komersial tidak dilakukan secara besar-besaran berikutan harganya yang rendah. Dengan sifatnya memakan kotoran menyebabkan ia kurang digemari sebagai hidangan di meja makan.
Dalam dunia pancingan pula, ikan belukang tidak tersenarai dalam spesies buruan utama dan ia lebih banyak dipancing secara tidak sengaja walaupun terdapat segelintir pemancing yang menjadikannya sebagai hiburan pancingan santai.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Di seluruh lautan dunia, tercatat ada sekitar 440 spesies jerung atau yu. Ukurannya ada yang kecil seperti lantershark kurcaci (Etmopterus perryi), jerung laut dalam sepanjang 17 cm, hingga sebesar yu paus (Rhincodon typus).
Ikan berukuran mega yang panjangnya mencapai 12 meter. Namun, disenaraikan 10 sahaja jenis ikan yu atau jerung yang unik dan pelik, yang mungkin anda belum tahu perihalnya.
Sesuai namanya, ikan ini memang memiliki mulut yang besar. Megachasma pelagios atau yang biasa disebut Megamouth Shark adalah jenis yu yang hidup di perairan dalam dan sangat jarang dijumpai di pesisir pantai.
Spesies ini dipercayai dapat bertahan hidup secara alami hingga 100 tahun dan mencapai panjang maksima 6 meter.
Menurut kajian, reproduksi jerung ini bersifat ovovivipar, yang berarti janinnya berkembang di dalam telur yang menetap dalam tubuh induk betina hingga menetas.
Hammerhead shark (Yu tukul)
Yu tukul atau dalam bahasa Inggerisnya disebut hammerhead shark ini memiliki bentuk kepala menyerupai penukul dengan mata dan lubang hidung di ujung kepala.
Bentuk kepalanya yang unik itu membuatnya mampu survival di air dengan akurasi tinggi.
Dengan kepala yang unik, mereka mampu mencium dengan jangkauan lebih luas sehingga meningkatkan potensi menemukan partikel di air 10 kali ganda berbanding spesies lain.
Yu tukul menjadikan ikan-ikan, pari, sotong, dan udang sebagai makanan utama. Yu spesies ini tidak memburu manusia, sebaliknya manusialah yang memburu mereka.
Greenland Shark (Yu Greenland)
Greenland shark (Somniosus microcephalus) merupakan perenang lambat. Kecepatan renangan yu yang hidup di perairan sejuk sekitar Greenland dan Iceland ini hanya 2.7 km per jam.
Menurut para pengkaji, kondisi ini berpunca dari rendahnya suhu air di Laut Arktik.
Yu jenis ini mampu membesar sepanjang 21 kaki dan mampu hidup selama 200 tahun. Hiu jenis ini terkenal dengan binatang bertulang belakang yang pernah hidup paling lama.
Mereka cenderung hidup di kedalaman 1800 meter di bawah permukaan laut, akan tetapi yu Greenland ini pernah tertangkap kamera di laut cetek.
Saw Shark (Yu Gergaji)
Yu gergaji atau saw shark memiliki muncung panjang mirip mata pisau yang dilengkapi serangkaian gigi seumpama gergaji bermata dua.
Ikan ini mirip pari gergaji, tapi berbeda pada letak celah insang. Celah insang hiu gergaji terletak pada sisi kepala sedangkan pari gergaji berada di bawah kepala.
Jumlah celah insang yu ini ada enam.
Tubuhnya pun cukup ramping dengan dua sirip dada. Hidupnya di dasar perairan berlumpur pada kedalaman 40 meter dan perairan payau.
Yu jenis ini merupakan pemakan pelbagai jenis ikan, penjelajah lautan, dan tidak berbahaya kepada manusia.
Cookiecutter Shark (Yu Pemotong)
Yu ini memang mempunyai nama yang pelik dan saiz badan yang tidak menakutkan, iaitu hanya sekitar 50 cm. Namun, Cookiecutter shark ini memiliki gigitan yang sangat tajam.
Tidak hanya itu, mangsa ikan ini adalah ikan-ikan yang seukuran dengannya atau yang lebih besar darinya, termasuk paus, yu lain, dan lumba-lumba.
Yu ini juga berupaya merebut makanan dari yu lainnya, termasuk dari jerung putih yang besarnya berkali lipat dari tubuhnya.
Yu ini juga dikenal pasti sering menggigit kabel bawah laut dan bahan lain yang digunakan kapal selam hingga berlubang.
Thresher Shark
Thresher shark terdiri dari empat spesies yang keempat-empatnya ditandai dengan ekor pada sirip atas yang panjangnya mencapai 50 peratus daripada total panjang keseluruhan.
Jerung ini memiliki muncung pendek dan mata yang besar di depan kepala. Sirip punggung kedua jauh lebih pendek dari yang pertama.
Jerung spesies ini merupakan perenang yang kuat dan dapat melompat di atas permukaan air.
Panjang maksima untuk spesies ini adalah 6.1 meter namun umumnya berkisar antara 2-5 meter.
Yu ini dapat ditemukan di kawasan pesisir di kedalaman 500 meter di bawah permukaan laut. Terutama di Samudera Pasifik mahupun Atlantik bahagian utara.
Frilled shark
Frilled shark atau nama saintifiknya Chlamydoselachus anguineus dan ditemukan buat pertama kali di perairan Jepun pada 21 Januari 2007.
Yu ini adalah satu dari dua Chlamydoselachus yang masih hidup. Penyebarannya merata di laut dalam perairan Atlantik dan Samudra Pasifik.
Para pengkaji mengandaikan, yu ini mampu menelan mangsa tanpa mengunyah.
Yakni dengan membengkoknya tubuhnya agar tubuh mangsa tersebut mudah masuk ke perutnya.
Wobbegong Shark (Yu karpet)
Yu yang pendiam. Wobbegong shark atau nama saintifiknya Orectolobus maculatus yang juga disebut yu karpet ini bergerak lamban. Bahkan, ia tidak berburu mangsa.
Ikan unik ini hanya menyamar di dasar laut sehingga mangsa datang kepadanya. Jolokan yu karpet diperoleh karena motif kulitnya yang menyerupai karpet.
Warna tubuhnya coklat keabuan dan memiliki corak simetri yang ketara. Ia berfungsi untuk berbaur di sekitar karang dan pasir laut.
Panjangnya mampu mencapai 1.5 meter. Wobbegong hidup di sekitar karang dan lubang di dasar lautan Pasifik, Lautan Hindi, Australia, Jepun dan Indonesia.
Zebra Shark (Yu Zebra)
Zebra shark atau dikenali dengan nama saintifik, Stegostoma fasciatum, adalah yu yang ada di perairan Indo-Pasifik yang memiliki sirip yang sangat panjang.
Hampir sepanjang tubuhnya. Yu spesies ini diberi nama yu zebra karena garis pada tubuhnya yang mirip garis kuda belang.
Ketika dewasa, garis tersebut berubah menjadi titik seperti cheetah. Oleh sebab itu, yu ini terkadang disebut sebagai leopard shark.
Yu zebra boleh ditemui di perairan Lautan Pasifik dan Lautan Hindi dengan kedalaman sekitar 5 hingga 30 meter.
Goblin Shark
Goblin shark atau yu Goblin adalah spesies yu yang bergerak lambat dan hidup di kedalaman 1.200 meter di pelbagai perairan di Lautan Pasifik dan Lautan Atlantik.
Ia hidup dengan mengkonsumsi atau memakan ikan, termasuk spesies yu. Goblin mampu membesar panjang sehingga 3,8 m.
Sebagaimana halnya dengan frilled shark, yu goblin juga diandaikan wujud sejak zaman prasejarah dengan struktur tubuh yang tidak berubah selama jutaan tahun.
Sejauh ini, informasi ilmiah mengenai yu goblin masih sangat terbatas. Namun haiwan ini masih wujud, masih ada di perairan Jepun dan beberapa kali berhasil terakam di kamera.
Gegerut mempunyai bahagian sekata di muka atau pipi dan tidak menonjol keluar serta warna badan perak keemasan (warna silver), warna tompok-tompok hitam di atas garisan lintang dan bahagian ekor putih dan hitam di bahagian hujung.
Saiz gegerut yang mudah diperolehi sekitar 100gram hingga 500gram. Untuk memperolehi spesies yang lebih besar ia biasa dijumpai di air yang agak dalam dan terkeluar sedikit dari muara terutama paluh (laluan utama sungai) serta kawasan pulau persisiran pantai serta laut bebas. Saiz yang biasa dilihat untuk gegerut di air dalam di antara 600gram hingga 3kg.
Gegerut yang biasa diperolehi dikawasan muara dan air cetek sesuai mengunakan perumpun dan mata yang lebih kecil. Kalau mata pancing yang digunakan terlalu besar anda perlu selalu memasang umpan baru setiap kali selepas henjutan berlaku di hujung joran.
Gerut-gerut boleh diperolehi di kawasan air cetek sehingga kurang dari satu meter tetapi kebanyakanya adalah yang bersaiz kecil. Gegerut yang bersaiz besar 500gram ke atas hanya boleh diperolehi di perairan yang lebih dalam dari 10meter ke atas.
Gegerut gemar kepada kawasan kuala sungai, pantai dan kawasan batu karang di persisiran pantai atau pulau. Pilihan utama gegerut di kawasan kuala sungai ialah berpasir dan juga di kawasan reba pokok bakau.
Walaupun saiz kecil, ia boleh mengejutkan pemancing dengan larian pantas ketika melarikan diri dari pemancing dan mampu menghabiskan umpan yang dua kali ganda besar dari mulutnya. Gegerut yang bersaiz 500gram ke atas sangat popular di Australia sebagai salah satu hidangan sumber protein mereka selain dari negara kita sendiri.
Tuna sirip biru biasanya berenang pada kelajuan antara 7 dan 15km per jam, tetapi apabila mengejar mangsa atau untuk mengelakkan pemangsa, mereka boleh berenang sehingga 71 hingga 100 km per jam.
Ketika bertarung dengan pemancing, tuna sirip biru melakukan aktivit otot yang sangat tinggi sehingga mampu memasak dagingnya sendiri. Pergerakan sirip ekornya amat pantas sehingga 30 kali sesaat!
Pelahap gergasi
Tuna sirip biru mampu mencapai saiznya yang besar dengan dengan membaham hampir apa saja ikan yang lebih kecil, belut, krustasia dan sotong.
Mereka juga akan menapis makanan pada zooplankton dan organisme kecil lain dan juga telah diperhatikan makan kelp (rumpai laut). Tuna terbesar yang pernah direkodkan ialah Atlantic bluefin tuna yang ditangkap di Nova Scotia yang beratnya 679kg.
Hebat menyamar
Atlantik bluefin tuna adalah salah satu ikan yang terbesar, paling pantas dan paling hebat dari semua ikan di dunia.
Dengan badan berbentuk torpedo, ia dibina untuk kelajuan dan ketahanan. Ditambah lagi dengan warna badan iaitu biru metalik di atas dan berkilauan perak putih di bahagian
bawah, membantu penyamaran mereka dari atas dan bawah untuk menghambat pemangsa.
Ancaman kepupusan
Disebalik kehebatannya itu, malang sekali populasi tuna sirip biru telah menjadi terlalu teruk akibat tangkapan melampau.
Atas sebab itu komuniti Marine Conservation Society melahirkan kebimbangan dan menasihatkan agar pemburuan kesemua spesies tuna sirip biru untuk makanan dihentikan demi kelestariannya di lautan.
Melepaskan jutaan telur
Ikan tuna sirip biru bertelur hanya sekali setahun dan tidak mencapai kematangan reproduktif sehingga berusia lapan hingga 12 tahun.
Ini menjadikan tuna sirip biru lebih terdedah kepada penangkapan ikan yang berlebihan daripada beberapa spesies tuna yang lebih kecil yang dapat menimbulkan beberapa kali dalam setahun.
Tuna sirip biru Atlantik betina boleh menghasilkan sehingga 10 juta telur setiap tahun, tetapi hanya sebahagian kecilnya bertahan hingga dewasa.
Kepelbagaian genus
Terdapat lapan spesies tuna dan empat daripadanya adalah sebahagian daripada famili tuna sirip biru (Atlantic bluefin atau northern bluefin, southern bluefin, Pasific bluefin dan longtail). Empat spesies lain adalah albacore, bigeye, blackfin dan yellowfin tuna.
Bentuk aerodinamik
Tuna sirip biru dibina seperti torpedo. Bukan sahaja mereka mempunyai bentuk hidrodinamik, sirip pektoral mereka boleh ditarik balik dan, tidak seperti ikan lain, mata mereka ditala ke badan mereka.
Ini bermakna badan mereka mampu mengurangkan daya seretan apabila mereka berenang melalui air.
Harga tahap gaban
Nilainya tak terkira! Pada Januari 2017 lalu, seekor ikan tuna sirip biru seberat hampir 200 kilogram telah menjadi rebutan berpuluh-puluh pengusaha restoran termasuk individu bergelar jutawan untuk membeli ikan tersebut dengan harga yang tinggi.
Namun, ikan tuna itu akhirnya menjadi milik seorang pengusaha restoran sushi terkemuka di Jepun apabila berjaya membida harga ikan tuna sirip biru itu dengan harga 74.2 juta Yen sekali gus menjadi ikan paling mahal di dunia.
Miliki enam deria
Bluefin mempunyai banyak deria arah. Mereka boleh menggunakan pineal window mereka untuk mengikuti isyarat matahari dan langit. Mereka memanfaatkan deria visual, pencium dan elektromagnetik mereka untuk terus berjalan atau mengikuti mangsa.
Selain itu, mereka adalah thermotactic (pergerakan organisma ke arah atau jauh dari sumber haba).
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...