Sebaik sahaja banjir surut antara waktu yang ‘menjadi’ untuk casting. Julai hingga Oktober adalah waktu terbaik untuk berkunjung ke sini. Pastikan korang tidak terlepas waktu mencakop ini.
2-3 minggu selepas air surut. Yang mana mengkuang, kelecut, teratai, rasau serta lain-lain tumbuhan yang ditenggelami air akan layu dan mati. Situasi ini akan menyebabkan air menjadi masam. Ketika ini toman agak sukar membuka mulut.
Ads
Pencil antara gewang permukaan yang sesuai dimainkan. Ketika tasik tenang dan permukaan tasik seumpama cermin yang mana pergerakkan pencil dapat dikesan oleh sang toman dengan cepat. Awal pagi ketika angin belum berhembus serta lewat petang, pencil memang ‘laku’.
Apabila angin mula ‘mengocak’ permukaan tasik, para caster biasanya menggunakan gewang kekipas, popper, jump frog dan juga buzzbait.
Ads
SETTING POWER
Joran berkekuatan 7lb-14lb atau 10lb-20lb sudah dikira berbaloi untuk dibawa ketika berkunjung ke sini.
Ads
Kekili ratio tinggi sesuai kerana kebiasaannya gewang permukaan menjadi pilihan untuk casting di tasik ini. Manakala tali utama kebanyakan caster di sini menggunakan tali sulam 20lb-30lb.
Shock Leader sama ada yang biasa mahupun flourocarbon adalah penting mana kala kabel atau tali kevlar perlu diikat pada muncung gewang sebagai insuran.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Mata kail yang popular untuk kegunaan menyangkut atau memegang umpan terutamanya cacing, perumpun ataupun katak. Mata kail jenis baitholder ini popular untuk pemancing pantai. Mata kail jenis ini mempunyai 2 duri pandan pada bahagian terasnya.
Duri pandan ini akan berfungsi sebagai pencangkuk kepada umpan yang menghalang umpan dari melurut jatuh. Balingan yang jauh untuk pancingan pantai biasanya memberi kesan kepada umpan yang kadang kala akan tercabut. Dengan menggunakan mata kail jenis baitholder ini, ia akan lebih terjamin umpan kekal pada mata kail.
Mata kail berduri pandan pada teras yang sesuai untuk umpan mudah tanggal daripada mata kail. Mata kail yang ringan ini direka khusus bagi mengapungkan umpan di dalam air disamping dapat membenam atau tersembunyi dengan baik di dalam umpan. Namun mata kail ini tidak banyak diguna pakai dalam hampir semua teknik memancing yang ada di negara kita.
Reka bentuk mata kail ini cukup luar biasa kerana mempunyai banyak ciri-ciri unik. Gap atau lekuk yang lebih luas untuk cengkaman dan pengekalan ikan yang lebih baik, dan mengimbangi mata untuk mendapatkan umpan yang lebih baik, menstabilkan umpan, dan menghidupkan point untuk kurang kegagalan.
Mata kail ini banyak digunakan terutamanya dalam umpan yang agak ringan. Ia turut banyak digunakan bersama gewang soft plastic.
Terdapat pelbagai jenis mata kail yang dijadikan fly hooks atau mata kail untuk pancingan laying. Namun mata kail yang paling popular dan banyak digunakan ialah mata kail berteras panjang dan eye ring (lubang cincin) yang didongakkan.
Tujuannya adalah bagi membolehkan sebarang bahan atau ikatan pada teras mata kail itu tidak terlucut dengan mudah.
Mata kail ini tidak direka dengan bentuk yang unik malah hampir tiada beza dengan mata kail biasa. Hanya lubang cincinnya agak besar yang membolehkannya ia sesuai digunakan bagi menyambungkan mata kail dengan perambut tanpa menggunakan ikatan. Selain itu ia juga sesuai untuk menggantikan penggunaan mata tiga pada gewang terutamanya sesudu.
Sepadan dengan nama khususnya, carp hooks direka cipta untuk memancing ikan-ikan spesies kap. Ia diguna secara meluas terutamanya dalam terma course fishing. Selain itu ia juga sesuai untuk terma pancingan layang.
Berikutan kedua-dua terma memancing agak kurang menonjol di negara kita maka ramai pemancing di negara kita kurang pendedahan keberkesanan penggunaannya.
Mata kail yang ringan tapi ditempa untuk kekuatan tambahan. Bukaan atau gap yang luas amat sesuai untuk memburu ikan yang bermulut luas seperti ikan tongsan sisik halus (pancingan air tawar) dan kerapu (pancingan air masin). Namun mata kail ini kurang sesuai digunakan bagi menewaskan ikan-ikan kuat memberikan tantangan ketika dipancing.
Mata kail yang direka dan dibentuk khusus untuk pancingan ikan catfish (ikan bermisai). Di negara kita yang mana bilangan keluarga ikan bermisai tidaklah sebanyak Eropah atau Amerika Syarikat, membuatkan penggunaan mata kail jenis ini tidaklah terlalu meluas.
Walau bagaimana pun kita masih boleh menggunakannya untuk memancing ikan keli, patin atau keluarga ikan duri di air masin.
Ikan bulan (tarpon) dan bandang (ladyfish) mempunyai satu persamaan iaitu aksi akrobatik ketika bertarung dalam usaha menanggalkan mata kail yang tertancap dalam mulut.
Aksi inilah yang sebenarnya membuatkan pemancing berasa seronok untuk casting spesies ini.
Bagi kedua-dua spesies ikan ini, ia boleh dipancing dengan kaedah konvensional iaitu menggunakan umpan (ikan kecil atau udang hidup) dan juga teknik moden iaitu teknik mengilat atau casting.
Walau bagaimana pun teknik mengilat lebih disukai oleh pemancing masa kini.
Bagi teknik mengilat, kebanyakan kaki pancing akan menggunakan gewang mikro atau bersaiz kecil.
Mungkin korang boleh cuba gunakan gewang minnow, mini popper atau spinnerbait.
Sebaik-baik gewang ialah gewang yang menyamai saiz diet spesies tersebut. Boleh juga gunakan gewang bersaiz besar tetapi potensinya mungkin tidak sebagus gewang-gewang
kecil dan persembahkan gewang dengan pelbagai cara untuk memujuk ikan ini membaham gewang.
Selain gewang, umpan tiruan yang efektif ialah soft plastic dan micro jig. Anda boleh menggayakan soft plastic dengan cara karau, henti seketika, karau dan henti.
Selain itu anda juga boleh cuba gunakan teknik jerk dalam persembahan soft plastic.
Begitu juga dengan teknik menggunakan mikro jig. Anda boleh pelbagai teknik sehinggalah spesies tersebut membaham gewang.
Pokok pangkalnya mestilah rajin dan tidak berputus asa.
Penggunaan mata kail pula sebaiknya gunakan mata kail yang halus terasnya dan tajam.
Tak perlu mata kail yang tebal dan kuat kerana apa yang penting mata kail tersebut dapat menembus pipi rahang spesies ini yang agak keras, tidak kiralah sama ada mata kail tunggal atau mata tiga.
Terdapat pelbagai jenis penyelamat gewang atau lure retriever di pasaran. Boleh dikatakan setiap penyelamat gewang memiliki kelebihan dan kekurangan tersendiri.
Ada penyelamat gewang yang hanya sesuai untuk digunakan jika berada di atas bot memancing dan ada juga penyelamat gewang yang boleh digunakan untuk pancingan tebing atau landbase casting.
Ada juga penyelamat gewang untuk kegunaan kedua-dua situasi.
Begitu dengan kaedah penyelamat gewang itu memainkan peranannya. Ada penyelamat gewang yang berfungsi dengan cara menghentak gewang yang tersangkut dan ada juga
yang bertindak menarik gewang tersebut sama ada menerusi kili atau swivel, mata kail dan badan gewang itu sendiri. Setiap kaedah ini juga ada kelebihan dan kelemahan tersendiri.
Dalam perkongsian ini kami akan perlihatkan cara penggunaan dan pilihan yang ada untuk membebaskan bahagian yang tersangkut.
Penyelamat gewang yang kami pilih ini sesuai untuk kegunaan bagi casting di daratan dan juga di atas bot.
Langkah 1
Masukkan tali pancing ke dalam lingkaran gelung pada bahagian atas penyelamat gewang terlebih dahulu.
Langkah 2
Buka klip dawai, masukkan tali pancing dan kemudian tutup kembali klip dawai tersebut.
Langkah 3
Penyelamat gewang sedia untuk dilepaskan. Pastikan tali pancing dalam keadaan tegang ketika melurutkan penyelamat gewang ini ke dalam air.
Sekiranya memancing dari tebing, sebaiknya tinggikan hujung joran setinggi yang mampu.
Langkah 4
Apabila hujung dawai menyentuh gewang, usahakan agar ia dapat mencangkuk kili gewang.
Cara menarik pada kili ini adalah alternatif awal sekiranya dawai pencangkuk tidak dapat masuk ke badan gewang.
Jadi, pastikan kili atau swivel dan split ring yang digunakan berkuatan lebih tinggi daripada kekuatan mata kail.
Jika mata kail lebih kuat, berkemungkinan kili atau spling ring yang tewas sekaligus menyebabkan gewang pun lebur.
Langkah 5
Sekiranya gewang tersangkut menerusi mata kail belakang, maka dawai pencangkuk boleh dihenjut memasuki badan gewang sehingga mencangkuk mata kail atau split ring.
Cara menarik bahagian ini lebih berkesan dan paling kurang risiko kehilangan gewang.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...