Dalam sesi memancing jenggo, umpan dan faktor air sungai sangat memainkan peranan yang penting. Umpan yang biasa kami gunakan di sini seperti cacing, bangkutut (anak
udang), punpun nipah dan jantung ayam. Saya rasa umpan ini juga biasa digunakan di Malaysia.
Ads
Sebagai pemancing apatah lagi sebagai seorang tekong, mestilah pandai meliat keadaan air dan menjangka suhu air dan mencari lubuk-lubuk yang berpotensi. Suhu air yang agak sejuk ataupun perjalanan air yang agak laju sukar untuk mencari sepit biru atau jenggo.
Lubuk yang agak dalam dan mempunyai putaran air agak berpotensi disini. Ia sering menjadi lubuk yang sering dikunjungi oleh kami para pemburu jenggo. Harus difahami juga bahawa udang bergerak dalam kumpulan dan jangan berpindah agak telalu jauh.
Ads
Keadaan air yang bergerak surut agak mudah untuk mendapatkn sepit biru atau jenggo dan air bergerak naik pasang sukar untuk mencari kerana ia lebih suka bersembunyi dan pemancing perlulah memburu di bawah kayu atau akar-akar nipah.
Ads
Saiz Mata kail yang biasa kami gunakan adalah no. 4, 5, 6 dan halus agar tidak selalu lucut.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Ikan yang mengambil umpan secara menyambar ini pada kebiasaannya dari jenis ikan pemangsa atau predator yang bergigi tajam. Maksud menyambar di sini ialah ia akan memakan umpan semasa bergerak mahupun ketika mangsa itu sendiri yang bergerak.
Antara ikan yang memakan umpan secara menyambar termasuk tenggiri, barracuda, talang, gerepoh dan haruan tasik.
Kebanyakan mata kail boleh digunakan untuk memancing ikan jenis ini tetapi adalah disarankan mata kail dari jenis live bait atau big game hook yang mana matanya menegak lurus ke pangkal. Ini kerana ia membolehkan mata kail tertancap terus pada mulut ikan ketika menyambar umpan.
Lazimnya mata kail dari jenis ini juga mempunyai daya ketahanan yang tinggi dan tidak mudah melurus ketika sentapan atau hentakan.
Perkara yang perlu diingat kekuatan hentakan ketika proses sambaran hampir sepuluh kali ganda berbanding berat ikan tersebut. Justeru itu kekuatan mata kail amat penting bagi mencangkuk ikan jenis ini.
Ikan Makan Meragut
Maksud meragut di sini ialah jenis ikan pemangsa yang memakan umpan yang bersifat pegun atau tidak bergerak. Sejurus mengambil umpan dengan tindakan pantas dan dengan pantas juga ia melarikan diri. Teknik pancingan dasar kebanyakannya menggunakan umpan mati begini.
Manakala ikan yang bersifat meragut antara jenahak, merah, pari dan lain-lain lagi. Tiada mata kail yang lebih baik bagi memanfaatkan ikan yang meragut umpan seperti ini selain dari jenis mata kail yang melingkar sedikit hujung matanya iaitu mata kail lingkar atau circle hook. Mata kail lingkar direka bentuk agar ikan tercangkuk dengan sendiri pada hujung mulutnya.
Ketika umpan diragut dan dilarikan, mata kail lingkar tidak akan terus tercangkuk sebaliknya akan melurut keluar dan hanya akan tercangkuk pada hujung bibir mulut ikan. Oleh yang demikian, apabila umpan dilarikan pemangsa, sebarang tindak balas sentapan akan menyebabkan mata lingkar ini akan rabut atau lucut begitu saja. Dan apabila tercangkuk dengan kemas, ia hampir mustahil untuk terlucut.
Ikan Makan Menyedut
Ikan yang memakan umpan dengan cara menyedut atau menghisap umpan pastinya tidak perlu dihurai dengan lebih meluas kerana tidak menyembunyikan maksud yang lain. Ikan yang menyedut umpan ini terdiri dari ikan yang bergigi tajam mahupun tidak bergigi. Lazimnya ia memiliki mulut yang luas atau bibir yang boleh dilaraskan.
Kebanyakan ikan jenis kap termasuklah kelah memiliki tabiat makan sebegini. Ikan kerapu dan gerong belang merupakan antara spesies ikan air masin yang tersohor dengan tabiat makan secara menyedut atau menghisap umpan.
Cara menyerang mangsa pula sama ada mengejar atau menunggu mangsa melintas di hadapannya di kawasan persembunyian. Banyak jenis mata kail boleh digunakan namun disyorkan mata kail yang berteras panjang dan sedikit bengkok pada hujungnya.
Tidak semua jenis pancingan membolehkan anda menyimpan hasil tangkapan dengan sempurna. Kebanyakan situasi pancingan dari daratan membataskan peralatan yang ingin dibawa ke lokasi. Contohnya jika memancing di sungai pergunungan. Tentu saja sukar untuk bawa tong ikan dan juga air batu. Walau bagaimana pun, ada cara-cara tertentu yang boleh diilhamkan.
Bagi pemancing dari atas batu tebing pulau, tangkapan boleh disimpan dengan meletakkan ia ke dalam bekas jaring yang direndam dalam kolam batu berair. Tangkapan kemudiannya bolehlah disiang sebelum pulang.
Kolam batu yang terlindung lebih baik dari yang terdedah dek panas matahari. Jika tiada lindungan semulajadi, ia boleh dilakukan dengan cantuman tuala, beg, kayu atau lebihan joran. Atau sekurang-kurangnya lindungkan ikan dengan tuala basah dan sentiasa disegarkan dengan air laut yang sejuk dan bersih.
Pemancing pantai pula boleh menyimpan tangkapannya dari terikan matahari dengan cara menggali lubang pada pasir pantai yang basah. Kemudian, kambus tangkapan itu sehingga waktu pulang.
Apa pun cara yang anda pilih, buatlah usaha sama untuk mematikan dan menyiang ikan sebaik sahaja ia dipancing. Seterusnya cari tempat sesuai untuk menyimpan ikan itu selembap dan sesejuk yang mungkin. Jika dibiarkan ikan berjemur, rosaklah hidangan yang berpotensi keenakannya.
Pemancing yang menggunakan bot sememangnya tiada alasan untuk membawa peti simpanan ikan dengan kuantiti ais berpatutan. Disamping itu, peti ini juga boleh menyimpan air minuman sejuk, makanan segar dan umpan.
Tidak kira apa perairan air tawar, ikan cenderung menjadikan beberapa spot untuk berkumpul, bermain dan mencari makan. Jika anda ingin memperoleh hasil ketika memancing di kawasan perairan ini maka anda harus mengenal pasti spot-spot berikut terutamanya di parit atau paya.
Rumput bersemak
Kawasan rumput dan bersemak di dalam paya merupakan spot kegemaran ikan-ikan pemangsa seperti haruan, toman atau mungkin juga sebarau. Teknik pancingan yang sesuai ialah mengilat mengunakan umpan tiruan seperti jumpfrog atau soft plastic.
Rerumput samai pendek
Di kawasan yang banyak rerumput samai pendek ini biasanya terdapat lubang yang menjadi tumpuan anak-anak ikan. Lontarkan umpan anda di lubang ini kerana jika ada banyak ikan kecil maka lambat-laut akan datang ikan pemangsa atau ikan yang lebih besar.
Tumpukan ranting atau pokok tumbang
Dalam tumpukan ranting yang terbentuk di suatu sudut paya atau rawa biasanya terdapat ikan yang mencari makan dengan memakan serangga atau makanan hanyut yang tersekat pada tumpukan ranting. Ikan kaloi biasanya memang gemar berlegar di kawasan ini.
Perbatasan air
Di paya atau tasik kecil kecil biasanya ada kawasan yang perbatasan air cetek dengan air dalam. Sepanjang perbatasan itu merupakan lokasi berkumpulnya anak-anak ikan. Banyaknya anak ikan inilah yang membuatkan ikan-ikan predator gemar meronda di kawasan ini.
Kawasan berlekuk atau teluk kecil
Di paya atau tasik kecil khususnya di kawasan pinggir terdapat kawasan yang berbentuk lekukan atau teluk yang kecil. Di bahagian lekukan yang agak dalam, biasanya menjadi tempat persembunyian ikan-ikan yang hidup di dasar.
Pintu air
Apa yang dimaksudkan pintu air ialah lokasi masuknya air ke dalam paya atau tasik kecil. Di kawasan ini biasanya ikan-ikan predator akan menunggu dan menyerang hendap anak-anak ikan dengan agresif. Jangan lepaskan peluang untuk memancing di kawasan ini sama ada menggunakan umpan tiruan ataupun umpan alami.
Tanjung daratan
Jika ada lokasi daratan yang menghela ke paya atau tasik kecil seperti tanjung, ia juga merupakan lokasi yang banyak dihuni oleh ikan. Spot-spot ini juga biasanya digemari oleh pemancing kerana dapat melabuhkan umpan atau memancing tanpa banyak rintangan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...