Udang galah Sungai Tembeling mempunyai keunikan tersendiri jika dibandingkan dengan udang galah di Sungai Pahang. Namun populasi udang galah Sungai Tembeling tidaklah sebanyak udang galah di Sungai Pahang.

 

Udang galah Sungai Tembeling boleh dipancing ketika air surut jernih dah juga ketika air keruh dan besar sedikit.

 

Rahsia Menebing Udang Galah Sungai Tembeling

 

Dari segi penggunaan umpan pula, ketika air jernih umpan cacing tanah, anak udang dan umpun-umpun boleh digunakan. Ketika air keruh dan sedikit besar, penggunaan umpan yang sedikit berbau hanyir seperti isi ikan selayang dan jantung ayam lebih efektif.

 

Namun begitu cacing tanah juga masih boleh digunakan. Ketika air jernih dan surut (rendah) udang galah lebih cenderung berkumpul di tengah lubuk yang tenang jika dibandingkan ketika air keruh dan sedikit besar udang lebih cenderung berkumpul dia muka-muka kuala anak sungai.

IKLAN

 

Rahsia Menebing Udang Galah Sungai Tembeling

 

Tarikan dari udang galah Sungai Tembeling agak ganas terutama ketika mengambil umpan. Tarikan pertama biasanya akan menyebabkan pancing melengkung dan kadang kala akan terjatuh jika diletakkan dalam keadaan tak kemas.

 

Jika sembatan terus dilakukan pada ketika itu pemancing akan berputih mata. Oleh itu pada kebiasaannya biarkan seketika supaya udang betul-betul makan umpan. Biasanya jika udang sudah betul-betul mengena joran akan menunduk terus tanpa henti.

IKLAN

 

Rahsia Menebing Udang Galah Sungai Tembeling

 

Penggunaan perambut yang agak panjang perlu untuk menjinakkan udang galah Sungai Tembeling. Biasanya perambut sepanjang 4 jengkal dengan mata 2 atas bawah. Jarak antara mata pula satu inci. Saya lebih suka menggunakan mata kail udang jenis Ligoal Sarawak Prawn Hook saiz 2 & 3. Mata jenis ini agak keras tetapi tajam. Untuk pancingan secara menebing mata kail yang keras dan tak mudah lurus sangat penting.

 

IKLAN

Udang galah Sungai Tembeling boleh dipancing pada waktu siang dan malam. Namun waktu terbaik ialah pada waktu pagi dan juga malam.

 

Rahsia Menebing Udang Galah Sungai Tembeling

 

Info pancingan

 

Lokasi: Pasir Penambang, Kuala Tembeling / Jeti Batu Balak

Umpan: cacing air anak udang isi ikan selayang

Teknik perambut: 2 mata panjang 3 jengkal

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI