(Oleh : Pokmud’s)

Memancing gelama pisang tidaklah semudah memancing ikan gelama biasa. Saya sendiri memakan masa beberapa bulan untuk berjaya memancingnya di perairan Pelabuhan Klang ini.

Ia mengambil masa untuk mengetahui selok belok lubuk kegemaran gelama pisang di kawasan delta berpasir dan berlumpur ini.

 

Boleh dikatakan setiap kali air besar atau sebulan sekali saya akan turun memancing spesies gelama memanjang ini.

Berlainan dengan gelama biasa atau cerua yang boleh di pancing hampir di serata kawasan, gelama pisang hanya tertumpu di lubuk dalam teruama laluan arus keluar masuk.

Air besar menjadi pilihan kerana mudah mendapat anak udang di sungai ketika air surut. Udang kecil sesuai dengan mata kail yang digunakan.

 

Sukar bagi kita untuk menjinakkan ia, jika tidak kena pada laluan keluar masuk ikan ini dari laut ke sungai dan kawasan laluan yang saya memancing ia adalah kawasan air dalam melebihi 40 kaki, terutama kawasan laluan bot ke Pelabuhan Selatan.

 

Tapi saya mengakui masih belum mahir sepenuhnya dengan selok belok tabiat gelama pisang di sini.

Kalau setakat memancing sebagai hobi tidak mendatangkan masalah. Namun tumpuan saya agak terbatas berikutan kesibukan bot dan tongkang keluar masuk di muara sungai berhadapan lubuk tumpuan.

Maka faktor keselamatan menjadi asas utama mmancing di kawasan ini, bimbang dilanggar bot kayu atau tongkang.

 

Memang ramai kaki pancing tidak gemar memancing gelama kerana kebanyakan yang diperolehi adalah dari jenis yang kecil dan kurang enak isinya.

Ia juga kebiasaan dijadikan umpan hidup terutama saiz sebesar dua hingga tiga jari orang dewasa untuk memancing spesies yang lebih besar.

 

Umpan juga akan cepat habis dibelasah oleh spesies yang menyerang secara berkumpulan ini dan dikatakan mudah membiak.

Agak malang kadar pembiakan tidak dapat menandingi jumlah kegiatan pukat, jaring, tagang atau dengan kata lain hasil penangkapan tidak di imbangi dengan penjagaan dan pemulihan stok ikan.

 

 

Peralatan dan Teknik

 

Memancing gelama pisang bukan mudah jika tidak mengetahui laluan utamanya.

Gelama tidak memilih umpan selain udang, perumpun, sotong, isi ikan malah anak ketam, siput, ala-ala, kupang dan dan sebagainya pernah dijumpai didalam perutnya.

 

Ia adalah spesies yang makan umpan pemancing tidak kira waktu. Namun bagi saya waktu aktif ikan gelama ini ialah ketika bunga pasang sehingga pertengahan pasang.

Aksi hujung adalah paling sesuai dengan kaedah dua mata.

 

Jika kederasan air lemah, adalah maka lebih sesuai mengunakan pemberat kecil sekadar untuk menjatuhkan umpan kedasar supaya mudah dirasa kehadiran si gelama yang sedang mencuri umpan anda.

 

Kalau yang kecil gunakan mata kail udang bersaiz no.8,  9, atau 10 (kecil,halus dan tajam) supaya ia cepat melekat pada mulutnya dan paling baik umpan tidak terlalu besar kerana gemar mengutis umpan pemancing yang leka.

 

Pilihan kelas tangsi utama dan kekili untuk memancing gelama pisang di bawah 20 paun.

Perambut 20 hingga 40 paun amat memadai kerana ia mampu bertahan walupun di gigit sang gelama.

Tidak sporting kalau mengunakan tangsi yang kasar sebab perlawanan akan menjadi berat sebelah, jadi kita tidak akan enjoy dan merasai nikmat memancing dengan erti kata kepuasan apabila menarik ikan.

 

 

Tinggalkan Komen