Jika memancing tenggiri menggunakan umpan ikan hidup, kita seharusnya tahu bagaimana untuk persembahkan umpan tersebut di dalam air. Ini adalah faktor paling penting untuk mengendap tenggiri. Tenggiri adalah pemburu pertengahan dan bawah permukaan air.
Ikan tenggiri gemar berada kira-kira 20 kaki hingga 40 kaki dari permukaan air. Jika menggunakan perambut sepanjang 4 depa, umpan tadi perlu diangkat 5 depa setelah batu ladung mencecah dasar.
Kemudian umpan dihanyutkan mengikut arus dan diangkat sedikit demi sedikit dalam tempoh tertentu jika tiada tanda-tanda sentapan. Kedalaman kemudian disukat jika berlaku sentapan tenggiri. Jadi golongan nelayan dapat membaca secara kasar kedudukan tenggiri.
Ads
Ads
Cara ini lebih efektif selain kita laraskan kedalaman bagi mereka yang menggunakan kekili elektrik. Bacaan kedalaman air boleh membantu mereka melabuhkan umpan pada tahap kedalaman yang tepat.
Di kawasan unjam pula ramai menggemari teknik hanyut atau di bawah sedikit di permukaan air sahaja. Tenggiri bukan pemburu dasar dan amat jarang menyerang mangsa di dasar air kecuali mangsa sedang dikarau naik ke atas. Yang penting umpan mesti digantung dari dasar minima 6 meter atau lebih. Tengok kedalaman air.
Ads
Bagi teknik menghanyut pula disarankan pakai belon. Pastikan umpan berada kira-kira 7 depa dari belon.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Batu ladung hidup adalah amat sesuai untuk dijadikan pemberat. Bagi mereka yang mensasarkan sungai yang terdapat rumpai atau sampah disyorkan guna batu ladung
dipasang atau berada di bahagian bawah mata kail (lebih kurang sekaki atau lebih) supaya umpan bergerak bebas dan mudah dilihat oleh ikan.
Ada juga pemancing sungai yang suka menggunakan pelampung di mana ia merupakan teknik yang paling popular.
la sangat sesuai digunakan di tempat-tempat berarus tenang yang dikhuatiri mempunyai banyak tunggul kayu di dasarnya.
Panjang perambut daripada pelampung bergantung kepada kedalaman sungai. Umpan pancing perlu tergantung beberapa inci dari dasar dan dibiarkan hanyut di bahagian pertengahan air.
Batu ladung kecil perlu diletakkan pada jarak tertentu pada perambut supaya umpan boleh turun pada kedalaman yang dikehendaki.
Ikan lampam sungai lazimnya akan meragut umpan dengan agak kasar yang kemudiannya tercangkuk sendiri pada mata kail.
Bagaimanapun apa yang mereka sering lakukan adalah kita perlu menyentap supaya cangkukan lebih teguh dan ikan tidak akan terlepas lagi.
Oleh kerana ikan ini saiznya ada yang kecil kadang-kadang kuasa tarikannya tidaklah begitu kuat namun dengan teknik yang disebutkan tadi ianya akan menjadi lebih menarik.
Sesetengah Orang Asli di beberapa tempat juga ada ramuan tersendiri untuk menyediakan umpan ikan lampam sungai. Mereka menyediakan jenis umpan khusus untuk memancing
ikan lampam sungai atau serupa dengannya dengan guna umpan dedak kuning (dedak ayam), gandum dan serbuk kunyit.
Bahan-bahan digaul biar sebati dan gentel di mata kail (mata rambai atau guna perambut selari 5-6 mata pancing).
Jenis umpan kedua yang mereka selalu gunakan adalah dengan pakai isi kelapa sawit di peram, gandum dan serbuk kunyit kemudian bahan ini digaul sebati dan gentel di mata kail (mata rambai atau guna perambut selari 5-6 mata kail).
Sebaiknya menggunakan jenis mata saiz kecil yang sesuai untuk mulut ikan di sesuatu lokasi memancing.
Dalam pada itu dinasihatkan agar untuk memasang banyak mata kail pada pancing dan jangan hanya gunakan mata satu.
Dalam beberapa laporan dinyatakan ikan lampam sungai adalah diantara jenis ikan yang menjadi penyelamat kepada para pemancing.
Ini kerana ikan ini jarang kecewakan pemancing setelah seharian tercongok memancing di tepi sungai dan tasik.
Populasinya yang tinggi dan tabiat pemakanannya yang tidak memilih juga memudahkan kita untuk memancingnya jika ikan yang diidamkan pemancing langsung tidak dapat.
Pertama sekali perlulah mencari ikan umpan seperti tamban dan selar dengan menggunakan apollo. Sebaiknya dapatkan ikan tamban. Untuk dapatkan ikan tamban ini gunalah apollo saiz 4 hingga 6.
Manakala apollo yang bagus untuk digunakan ialah apollo udang warna-warni (udang getah pada mata kail).Jika boleh biarkan ikan umpan ini hidup dengan menyimpannya di dalam bekas simpanan berudara. Atau disimpan bekas berais kerana kesegaran umpan amat penting untuk memancing cencaru.
Apabila mendapati kehadiran ikan cencaru mula memasuki kawasan kelong, gunalah ikan tamban ini sebagai umpan. Ikan tambah dibuang sisik dan kemudian dipotong kecil. Isi ikan ini kemudian dicangkukkan pada mata kail apollo saiz 12 hingga 16.
Apollo enam mata kail ini tidak perlu digunakan kesemuanya. Memadai hanya menggunakan 3 mata saja dengan cara memotongnya kepada dua bahagian. Secara tidak langsung ia lebih menjimatkan.
Apollo 3 mata kail yang telah dicangkuk isi ikan tamban itu kemudiannya dilontar ke spot berdekatan kelong. Ia tidak perlu dilontar jauh. Biarkan batu ladung mencecah dasar dan kemudian sekadar tegangkan tali pancing dan tunggu. Konsepnya sama seperti pancingan dasar memancing ikan merah dan lain-lain lagi.
Kawasan sekitar kelong boleh dianggap sebagai cetek. Oleh yang demikian kebanyakan ikan pemangsa atau pelagik seperti cencaru akan turut turun ke dasar jika menemui makanan.
Disebabkan inilah memancing ikan cencaru menggunakan sabiki atau apollo yang diletakkan umpan segar lebih berkesan berbanding sekadar menggunakan apollo saja.
Sebelum saya ceritakan teknik casting udang hidup muara Sungai Kongkong, Johor memburu spesies ketutu, saya ingin perkenalkan dulu spesies harga mewah ini. Ikan ketutu atau ikan ubi, ikan hantu, belontok atau ikan hantu (bahasa Inggeris marble sleeper atau marble goby dan dalam bahasa Kantonis soon hock), nama saintifiknya Oxyeleotris marmorata adalah tergolong dalam ikan air tawar yang terdapat di negara-negara Asia Tenggara.
Habitat utamanya adalah di kawasan yang cetek seperti di gigi-gigi air iaitu berhampiran dengan tebing sungai, tasik dan lombong-lombong tinggal. Spesies ini adalah dikategorikan sebagai ikan pemangsa, namun demikian ianya adalah ikan yang sangat malas untuk memburu mangsanya. Ia lebih suka menunggu mangsa yang berenang berhampiran lalu membahamnya apabila dikira sudah cukup hampir.
Dengan warna dan coraknya yang berceloreng itu membuatkan ikan ini sangat pandai menyamar dan bersembunyi di balik atau bawah batu-batu atau dedaunan mahupun kayu. Ianya sangat aktif pada waktu malam, adakalanya ia keluar dari tempat persembunyian untuk mencari mangsa.
Diet semulajadi ikan ini ialah ikan-ikan kecil termasuk anak-anak ikan, udang, cacing mahupun ulat. Ikan ini mempunyai sikap tamak yang menyebabkan ia mudah ditangkap apabila lokasinya telah dikenal pasti oleh pemburunya.
Cara memancingnya di sungai Kongkong ini sama sahaja dengan teknik memancing siakap. Casting dengan menggunakan udang hidup di lokasi strategik di muara sungai terutamanya di kawasan pohon tumbang.
Dengan menggunakan rod casting seperti memburu siakap, udang hidup disasarkan ke lubuk terpilih dan dibiarkan ia mencecah dan dikarau dengan perlahan. Sekiranya terdapat ketutu di situ, pasti ia akan menerkam udang hidup tersebut.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...