Ikan tebal pipi adalah ikan yang menjadi rebutan pemancing di perairan Kong Kong, Johor. Bagi pemancing dari luar Johor, mereka biasanya mencari siakap yang sememangnya popular di perairan Kong Kong. Tetapi bagi pemancing tempatan, pencarian ikan tebal pipi adalah lebih menyeronokkan.
Sedikit pengetahuan asas untuk memancing ikan tebal pipi ini kita haruslah kawasan kesukaannya bermain. Ikan ni amat gemar bermain di kawasan alur dan juga karang kecil. Jadi, untuk memancing ikan ini kita kenalah mencari alur dan kawasan berkarang kecil.
Ads
Pemancing yang tidak biasa dengan perairan Kong Kong tentu bermasalah untuk mencari kawasan ini. Dengan bantuan fishing guide, perkara ini dapat diatasi.
Dari segi umpan dan teknik memancing pula terpulang kepada diri sendiri. Lain pemancing lain umpan dan tekniknya. Bagi saya, umpan yang sesuai untuk tebal pipi ruat bakau, ruat pasir dan perumpun sarung. Udang hidup juga boleh digunakan tetapi saya lebih gemarkan umpan ruat.
Ads
Teknik yang biasa saya gunakan ialah teknik dasar yang disertakan dengan straw. Saiz mata kail pula saya biasanya guna mata kail saiz 1 serta perambut yang halus dalam lingkungan 10-15 lb. Panjang perambut mestilah berukuran sedepa.
Ads
Dan paling penting ialah pengetahuan waktu terbaik untuk memancing. Waktu yang sesuai dan waktu galak ikan tebal pipi makan adalah ketika air bergerak pasang dan bergerak surut lembut (fasa air kecik). Sekiranya kurang faham, anda boleh hubungi saya untuk maklumat lebih lanjut.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Binomial name: Ctnenopharyngodon idella (Valenciennes in Cuvier & Valenciennes, 1844)
Ikan tongsan sisik kasar tau turut disebut ikan kap rumput, dengan nama umumnya grass carp (Ctenopharyngodon idella) adalah spesies ikan air tawar herbivora bersaiz besar dari keluarga Cyprinidae yang berasal dari Asia Timur, dengan rantau asli dari Vietnam utara ke Sungai Amur di sempadan Siberia-China.
Ia diternak di negara China untuk makanan, tetapi diperkenalkan di Eropah dan Amerika Syarikat untuk mengawal rumpai akuatik.
Ia adalah ikan besar besar yang mampu bertahan dengan sungai berarus keruh, dan bertoleransi dengan suhu. Ikan tongsan sisik kasar akan memasuki keadaan reproduktif dan bertelur pada suhu 20 hingga 30 ° C.
Di Amerika Syarikat, ikan ini juga dikenali sebagai white amur, yang berasal dari Sungai Amur, di mana spesies itu mungkin asli, tetapi tidak banyak jumlahnya. Namun spesies Ini tidak boleh dikelirukan dengan white amur bream (Parabramis pekinensis), yang bukanlah saudara terdekat.
Morfologi
Ikan ini mempunyai bentuk badan yang berbentuk lentur, montel dan torpedo. Hujung mulutnya sedikit serong dengan bibir yang tidak berisi dan tidak ada barbel. Warna badan adalah zaitun gelap, menghampir warna coklat keemasan di sisi, dengan perut putih dan skala besar.
Ikan ini membesar dengan pesat. Spesies juvenil yang diukur pada musim bunga pada 20 cm akan mencapai lebih dari 45 cm. Panjang purata kira-kira 60-100 cm. Panjang maksima ialah 2 meter dan tumbesaran mereka meningkat hingga 45 kg.
Menurut satu kajian, mereka hidup purata lima hingga sembilan tahun, dengan spesies tertua mencapai 11 tahun. Mereka mampu makan hingga tiga kali berat badan mereka sendiri setiap hari.
Taburan dan habitat
Spesies grass carp ini telah diperkenalkan ke banyak negara di seluruh dunia. Di Hemisfera Utara, negara dan wilayah pengenalan termasuk Taiwan, Israel, Jepun, Filipina, Amerika Syarikat, Mexico, India, Malaysia, Belanda, Switzerland, Republik Ceko, Slovakia, Croatia, Serbia, Slovenia, Montenegro, Bosnia dan Di kawasan Hemisfera Selatan, mereka telah diperkenalkan ke Argentina, Venezuela, Fiji, New Zealand, Australia, Afrika dan Malaysia sendiri.
Di Amerika Syarikat, spesis ini mula-mula diimport pada tahun 1963 dari Taiwan dan Malaysia bagi kemudahan akuakultur di Alabama dan Arkansas.
Ikan ini mampu menjadi pejuang yang kuat terhadap joran dan kekili. Namun disebabkan ia bersifat vegetarian dan kesulitan tersendiri, mereka mungkin sukar untuk ditangkap. Umpan bagi memangcing kap rumput terdiri dari jagung dalam tin, tomato ceri, dan walaupun tabiat herbivora mereka, kadang-kadang juga akan makan haiwan lain.
Tabiat menabur umpan atau rasuah dengan jagung atau roti putih dan menggunakan umpan potongan roti kecil pada mata kail mampu membantu untuk memerangkap spesies ini. Terutamanya spesies di kolam ternak atau kolam pancing dengan teknik apungan. Rekod IGFA untuk kap rumput yang ditangkap dengan menggunakan pancing ialah 39.75 kg, yang ditangkap di Bulgaria pada tahun 2009.
Kami sering menerima soalan dari pencinta ikan kelah tentang bagaimana untuk mengenali jantina ikan kelah. Jadi di sini berdasarkan beberapa kajian dari pakar dan pengkaji kelah, berikut kami sertakan sekali gambar bagaimana untuk mengenal pasti jantina kelah:
Ikan kelah jantan biasanya mempunyai sirip anal (dubur) yang agak tajam dan memanjang. Manakala ikan kelah betina pula mempunyai sirip belakang yang agak membulat dan pendek.
Pipi kelah jantan jika kita sapu dengan tangan, ianya agak kasar berbanding kelah betina. Ia hanya ketara untuk ikan kelah yang telah mencecah 5kg ke atas.
Cecair likat putih akan keluar melalui papilla bahagian bawah perut ikan jantan (berdekatan sirip anal tadi).
Biasanya tempoh matang kelah jantan untuk mula mengawan ialah 2 tahun. Bagi kelah betina pula bahagian papilla agak kemerahan.
Kelah betina ini agak susah diperolehi berbanding kelah jantan. Tempoh matangnya untuk mula mengeluarkan telur biasanya setelah berusia 3 tahun.
Berdasarkan kajian yang dibuat, untuk kelah seberat 2 kg hanya mampu menghasilkan anak benih kelah 6,000 – 8,000 ekor sahaja.
Sebagaimana penjelasan dalam pengkelasan spesies, ikan kap atau spesies ikan kap dilabel memiliki persamaan yang hampir ketara.
Begitu jugalah dengan spesies ikan kap Siam (Siamese carp) dan ikan kap India (Indian major carp).
Ikan kap India atau catla, yang turut dikenali dengan nama umum major carp atau major Indian carp (nama saintifiknya Catla catla) adalah ikan air tawar Asia Selatan yang penting dari segi ekonomi.
Spesies tunggal dalam keluarga besar Cyprinidae ini biasanya ditemui di sungai-sungai dan tasik di utara India, Nepal, Myanmar, Bangladesh, dan Pakistan.
Kap India adalah ikan dengan kepala yang besar, rahang bawah yang menonjol besar, dan mulut terbalik.
Ia mempunyai skala yang besar, berwarna kekelabuan di bahagian belakang badan dan keputihan pada perutnya.
Catla mencari makanan di permukaan dan pertengahan air. Catla dewasa memakan zooplankton, manakala catla muda atau juvenil memakan zooplankton dan fitoplankton.
Ia mencapai kematangan seksual pada usia purata dua tahun dan purata berat dua kilogram dan mampu membesar sehingga 38 kilogram.
Di Malaysia, ikan kap India ini turut dikenali dengan nama karak oleh warga tempatan. Namun, identiti ikan karak ini sering mengelirukan khususnya kepada pemancing dengan ikan kap Siam.
Sekali pandang, ciri-ciri ikan Indian carp dan Siamese carp sememangnya boleh mengelirukan kerana memiliki skala dan bentuk badan yang hampir sama.
Namun ikan kap India ini boleh dibezakan dengan ikan kap Siam melalui ciri-ciri sirip pektoral (sirip atas badan) yang panjang sehingga ke sirik pelvik (sirip ekor).
Sementara sirip pektoral ikan kap Siam lebih pendek. Seperkara lainnya, mulut ikan kap India jauh lebih kecil berbanding mulut ikan kap Siam.
Melalui perkenalan ini dapat dijelaskan bahawa kebanyakan ikan karak yang terdapat di beberapa buah kolam pancing komersial air tawar di Malaysia ini sebenarnya adalah merujuk kepada ikan kap India dan bukannya ikan kap Siam.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...