Lain tempat lain cara. Ini yang selalu terjadi… bila orang ni pergi, dapat ikan banyak tapi bila orang lain pergi tak dapat ikan pulak. Okey… nak terangkan sikit. Saya akan pergi 2-3 kali di sesuatu spot untuk betul-betul paham waktu ikan makan di situ. Ada yang frenzy waktu air pasang dan sebaliknya. Pastikan sentiasa meneliti jadual pasang surut sebelum memulakan trip. Jangan cakap ikan takde kalau kumpau. Laut tu memang tempat dia duduk.Cuma waktu makan dia je kita nak kena paham.
Tiada istilah gewang ‘killer’. Mahal ke murah ikan bukan tau pun. Cuma kita je yang nak kena paham apa yang ikan nak makan masa tu. Warna, bentuk dan jenis teknik. Itu semua caster sendiri yang kena pelbagaikan. Jangan malas tukar gewang. Cara karauan pun memainkan peranan. Bukan baling tarik je. Pelbagaikan cara. Karau laju ke, jerk atau karau henti, lepas tu karau balik. Ikan follow gewang tapi tak nak ambik itu perkara biasa. Masa tu kita kena ubah cara karauan dan pelbagaikan teknik sampai la ikan tu tergoda. Yang penting kena rajin dan jangan cepat putus asa.
Ads
Bila menebing di laut ni saya suka pakai rod, reel, tali dan perambut kasar.Sebabnya saya sayang ikan dan gewang. Rugi kalau tali putus ikan terlepas. Ikan sedap pulak tu. Memang boleh nak pakai set kecik tapi pastikan dulu kawasan di sekeliling.
Cari tempat yang airnya dalam, tiada batu-batu timbul. Barulah boleh layan kalau kena ikan besar. Perambut 100% flurocarbon juga penting. Mahal sikit takpe asalkan lasak dan ikan pun tak berapa nampak.
Ads
Pastikan kasut sesuai. Hand glove penting untuk lindung tapak tangan masa nak panjat batu. Dan jangan tinggal kawan. Pastikan sentiasa berteman dan jangan terlalu teruja. Bila berteman macam manfaat boleh dapat. Mana la tau terjatuh ke apa ke… ada la member yang boleh bantu. Kalau dapat hasil pun member boleh ambilkan gambar.
Esok ada trip, malamnya tak boleh nak tidur. Itu situasi normal. Tak perlu la terlalu beria sangat. Rehat tu penting. Bila tak cukup tidur tu yang jadi mental. Gewang sangkut marah batu, tali kusut marah tali, member dapat ikan pun muka ketat je. Bila dah macam tu hilang la keseronokan.
Ads
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Bagi memancing belitong, menggunakan set pancing aksi ringan paling menyeronokkan. Kekili siri 3000 hingga 5000 dan joran PE 1-3 adalah gabungan yang sepadan. Sementara tali sulam 20lb – 40lb sepanjang 150 meter di dalam spool. Perambut pula berkekuatan 50lb dengan satu mata kail 3/0 jenis Octopus yang tajam.
Jika ingin mengamalkan konsep sportfishing (tangkap dan lepas) maka mata kail lingkar harus digunakan. Walaupun penggunaan mata kail lingkar agar sukar untuk memperoleh hook up dan perlu hook up yang sempurna, ia bersifat mesra ikan kerana boleh dilepaskan kembali dengan baik.
Teknik
Teknik pancingan berhanyut atau drifting merupakan kaedah terbaik untuk memancing belitong. Umpan hidup dibiarkan hanyut bebas dengan menggunakan belon atau tanpa belon.
Penggunaan belon lebih efektif jika cuaca agak berangin dan berarus. Waktu air mati dan tiada tiupan angin, sebaiknya biarkan ikan umpan berenang tanpa belon. Tetapi jika banyak kelihatan belitong bermain di permukaan air, penggunaan belon lebih efektif bagi mengelakkan umpan menyelam lebih dalam.
Strike
Ikan belitong ini amat bijak mencuri umpan. Walaupun kelihatan rakus membaham umpan namun banyak berkesudahan dengan gagal strike. Ia tidak terus menelan umpan yang dihidangkan, tetapi sekadar menggonggong seketika dan membuat pusingan U sebelum membuat larian.
Oleh yang demikian kita haruslah bijak memilih waktu untuk melakukan strike. Waktu terbaik menyembat belitong selepas loncatan pertama ke permukaan air kerana ketika ini belitong terasa tusukan mata kail di mulutnya.
Selain bijak mencuri umpan, belitong juga akan berusaha mat-matian untuk memuntahkan mata kail yang tertancap di mulutnya. Lompatan akrobatik bersama libasan kepala dilakukan berulang kali. Ketika inilah pemancing perlu bijak meregang tali.
Jika tali pancing kendur ia akan memberi peluang kepada belitong untuk memutuskan tali atau menanggalkan mata kail.
Kami kongsikan sedikit sebanyak info mengenai perumpun pasir buat pemancing yang menggemari aktiviti memancing di pantai atau muara.
Habitat:
Sesuai dengan namanya, umpun-umpun pasir menjadikan kawasan berpasir sebagai habitatnya. Kebiasaannya umpun jenis ini senang ditemui di kawasan yang mempunyai pasir yang kasar. Khususnya kawasan berpasir dan bertanah lumpur.
Cara Mencari Perumpun Pasir:
Terdapat pelbagai kaedah untuk mencari dan mendapatkan perumpun pasir ini. Cara yang paling mudah adalah dengan menggunakan skop atau cangkul sahaja. Namun untuk mendapatkan saiz umpun pasir yang lebih kasar, teknik menangkap menggunakan tangan amat popular. Bagi kaedah ini anda perlulah cekap menggunakan tangan.
Pada kebiasaannya, campuran dedak ayam dan belacan atau ikan busuk sering digunakan untuk menarik perhatian perumpun ini keluar dari pasir dan tangan haruslah sepantas yang mungkin untuk menarik umpan ini.
Spesies sasaran:
Gelama, bolos, daun baru, semilang, gerut-gerut, kerapu, tetanda, pari. Pernah juga pemancing berjaya menjinakkan siakap dengan perumpun pasir ini.
Cara Menggunakan Perumpun Pasir:
Umpun-umpun pasir dicangkuk padat pada mata kail. Lebih efektif jika menggunakan perambut 2 mata atau perambut apollo.
Lain tempat lain caranya… ikuti pengalaman saya melihat sendiri bagaimana nelayan Pulau Aman di Pulau Pinang mencari sotong kurita untuk dijadikan umpan. Sotong kurita sememangnya menjadi antara umpan kegilaan kaki pancing terutama yang mahu menaikkan spesies seperti jenahak.
Percaya atau tidak harga sotong kurita sebagai umpan boleh mencecah sehingga RM15 seekor ketika ini. Memang lumayan. Tapi tahukah anda bagaimana nelayan pantai mendapatkan sotong kurita untuk dijual? Menongkah merupakan cara bagi komuniti di Pulau Aman mencari sotong kurita.
Terma Menongkah
Menongkah mencari sotong biasanya dilakukan pada waktu malam dan ketika air surut sehinggan timbul beting berselut. Jika turun ke dalam selut ini, anda boleh tenggelam sehingga paras pinggang.
Kayu lapis atau papan dijadikan sebagai peluncur atau kenderaan untuk menongkah selut.
Peralatan lain selain papan untuk menongkah ialah lampu kepala (headlamp) dan baldi untuk mengisi sotong.
Sewaktu menongkah lampu akan disuluh ke permukaan selut untuk melihat jika terdapat sotong kurita.
Jika tersuluh sotong kurita, cepat-cepat pegang kepalanya dan masukkan ke dalam baldi.
Jika sotong masuk ke dalam selut, cepat-cepat gali dan cekak kepala sotong tersebut.
Kawasan menongkah sotong biasanya di kawasan selut yang tidak mempunyai kerang-kerangan.
Tip lain ialah, sotong ini mencari ketam sebagai makanannya. Jadi tumpukan pada kawasan selut yang mempunyai ketam.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...