UMPAN: Sejak bila bergelar pengusaha umpan memancing kolam air tawar?
APUL: Alhamdulillah… sebenarnya saya masih baru lagi dalam bidang pengusahaan umpan memancing ini.
Saya bermula dari tahun 2017 dan mampu bertahan sehingga sekarang.
Ads
UMPAN: Kenapa anda memilih usaha ini?
APUL: Sebenarnya ini adalah hobi saya sejak dari kecil lagi. Saya meminati hobi memancing ini dari arwah ayah saya, dia yang banyak mengajar saya dalam bidang memancing ini.
Saya memilih usaha ini kerana saya ingin berkongsi ilmu bersama sama dengan pemancing di luar sana.
UMPAN: Apa cabaran dan harapan anda dalam meneruskan usaha ini?
Ads
Kalau dari segi cabaran tu biasanya persaingan la yang utama. Sebab sedia maklum sekarang ni sudah banyak pengusaha umpan kolam air tawar ini, tetapi saya yakin setiap produk ada pengguna dan penggemarnya.
Harapan saya agar produk ini akan lebih meluas dan dapat memberi kepuasan kepada pengguna.
UMPAN: Ceritakan apa kelebihan produk anda?
APUL: Kelebihan umpan ini adalah ianya mudah digunakan sama ada digunakan dengan pelet, dedak, roti ataupun tepung.
Ads
Dan yang paling penting umpan ini ianya sangat murah dan berpatutan.
UMPAN: Cerita sedikit pencapaian membanggakan yang pernah diperolehi?
APUL: Dari segi pencapaian pulak ramai pengguna berpuas hati dapat merasa menarik ikan ataupun membawa pulang hasil tangkapan setelah menggunakan umpan ini.
Malah ada juga yang berjaya dalam pertandingan ataupun rangking papan/bulanan kolam pancing.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
UMPAN: Ceritakan sejak bila anda mula memancing udang galah?
HASLI: Saya mula memancing udang galah pada tahun 1999 dan secara seriusnya pada 2003 setelah memiliki bot dan enjin sendiri.
Pada mulanya saya memiliki dua hobi memancing iaitu memancing laut dalam dan juga memancing udang galah di sungai (air tawar satu arus) dan juga sungai air payau (dua arus pasang surut).
Setelah kekerapan memancing udang galah melebihi hobi di laut dari situlah saya mula meninggalkan aktiviti di laut dan fokus cuma pada satu hobi di sungai saja.
UMPAN: Apa rintangan yang perlu dihadapi & apa pula harapan anda dalam meneruskan hobi ini?
HASLI: Kedua-dua hobi sama ada di laut dan di sungai punya keseronokan tersendiri. Antaranya dapat bertemu kawan-kawan sehobi yang terpisah sekian lama dan tentu juga yang paling utama apabila strike.
Dalam keseronokan memancing tidak kurang juga banyak rintangan yang perlu dihadapi terutamanya jarak perjalanan didarat mengambil masa yang lama untuk sampai ke lokasi pancingan.
Faktor perubahan suhu dan warna air juga banyak membuatkan emosi berubah daripada keterujaan kepada hilang fokus.
Saya secara jujurnya mengharapkan dengan berhobi ini mampu membuatkan kita semua rapat dalam berhubungan serta dapat juga memberi minat yang sama kepada pemancing-pemancing yang masih baru meminati hobi memancing udang galah.
UMPAN: Ceritakan pengalaman paling manis & paling pahit pernah dihadapi ketika memancing udang?
HASLI: Banyak pengalaman kerana banyaknya jumlah jam beraksi di lapangan berhobi.
Setiap pengalaman manis pasti pahit yang terlebih dahulu ditempuh… pastinya dapat mendaratkan udang dengan kilogram yang banyak menjadi kenangan manis bagi setiap pemancing dan paling pahit juga pastinya rata-rata punya pendapat yang sama apabila saat memancing udang galah, sang bedal aka buaya menonjolkan diri.
Pasti kelam kabut berpindah ke spot baru lebih jauh dari tempat terdahulu namun perlu tingkatkan tahap waspada.
UMPAN: Apa pencapaian tertinggi yang pernah anda peroleh dalam memancing udang?
HASLI: Pencapaian tertinggi bukan ditentukan pada berapa kerap memenangi pertandingan atau event yang dianjurkan kerana semuanya bergantung pada nasib dan
rezeki seseorang pemancing cuma kepandaian dalam membaca rentak hidupan dasar itu yang paling utama atau dapat menguasai segala ilmu untuk mendapatkan hasil tidak kira la bagaimanapun keadaan air atau situasi.
UMPAN: Nyatakan lokasi utama memancing udang galah, umpan dan setting peralatan yang anda biasa gunakan?
HASLI: Banyak juga lokasi yang pernah saya cuba, antaranya Sg. Kelantan, Sg. Kuala Lipis (Pahang), Sg. Tok Gong (Terengganu), Sg. Dabong (Gua Musang), Sg. Gersik (Muar), Sg. Pekan (Pahang), Sg. Batak Rabit (Perak), Sg. Kuching (Sarawak), Sg. Klias (Beaufort, Sabah), Sg. Temerloh (Pahang), Sg. Renchong (Muar), Sg. Rasau Jaya (Pontianak, Indonesia).
Pelbagai ragam dan gaya hidup udang galah rata-rata setiap sungai punya perbezaan tersendiri. Setiap sungai juga perlukan peralatan yang berbeza cuma semuanya set pancingan ringan yang terpulang pada kemampuan individu untuk memilikinya.
Pada saya yang tahan dan mahal sedikit pun berbaloi andai dapat digunakan dalam tempoh masa yang lama. Kalau yang murah dan kurang kualitinya pasti cuma ada tahap ketahanannya dan mudah rosak.
Pemilihan umpan untuk memancing udang galah juga tidak serumit mana dan senang diperoleh serta kosnya murah kerana udang galah makan semua umpan. Antaranya jantung ayam, isi ikan, hirisan sotong, usus ayam, ikan gapi, umpun-umpun, cacing dan macam-macam lagi.
Tapi paling bersih dan meminimumkan bau dan kotor pada pakaian disarankan guna umpan anak udang yang banyak didapati di tepi sungai, paya, tasik atau di sawah padi. Boleh juga dibeli andai malas menangguk sendiri.
ABGJAN: Abg Jan mula memancing dari zaman kanak-kanak lagi. Kira-kira pada usia 9 tahun, Abg Jan sudah boleh dayung sampan keluar memancing di muara dengan rakan-rakan seusia.
Rasanya dah banyak tempat Abg Jan keluar memancing sama ada di darat atau pun di laut dalam.
UMPAN: Boleh Abg Jan ceritakan sedikit pengalaman manis dan pahit ketika memancing?
ABGJAN: Pengalaman manis dapat mendaratkan ikan layaran. Ada pemberita masukkan di dalam lima akhbar tempatan.
Pengalaman pahit ketika memancing bersama dua rakan berhampiran Pulau Bidan. Bot kami dilanda ombak tsunami dalam perjalanan pulang.
Dalam pada itu kami dapat selamatkan 3 beranak terapung. Bot hancur dipukul ombak tsunami. Bot mereka hancur akibat tolakan ombak ke batu Pulau Sayak.
UMPAN: Boleh tak Abg Jan ceritakan pengalaman memancing di bawah jambatan Pulau Pinang?
ABGJAN: Alhamdulillah mula memancing kat jambatan Ppenang dari zaman bujang bermula dari tahun 1985 hinggalah sekarang.
Rasanya dah lebih seribu orang PM dan Abg Jan kongsikan ilmu memancing kat jambatan Penang kepada semua pemancing.
Boleh dikatakan hampir semua pemancing yang memancing di jambatan ini mengenali Abg Jan dan menggelar Otai Abg Jan.
Baru-baru ini ada pihak RTM buat penggambaran memancing kat jambatan dengan Abg Jan.
Kalau dari segi pencapaian yang lain, Abg Jan pernah juga menang tournament di jambatan ini sebagai juara.
UMPAN: Abg Jan ada buat apa-apa servis memancing?
ABGJAN: Biasanya Abg Jan bawa orang yang baru nak belajar main kat Jambatan Penang. Ada juga bawa ke kelong kawan Abg Jan kat Teluk Bayu Sungai Petani.
Kalau untuk main muara kat segantang garam Abg Jan biasanya bawa kawan-kawan dan bot sewa dari kawan Abg Jan. Untuk tiga pemancing harga sewa termasuk minyak RM70 saja.
Bot boleh turun pagi balik petang atau petang balik pagi esok. Bot Abg Jan bawa sendiri biasanya untuk bottom atau casting kat muara.
Kalau tak tahan panas Abg Jan akan bawa naik mancing atas sangkar atau main kat langai pompang tempat orang tahan udang.
Hasil biasa yang Abg Jan dapat siakap putih, MJ, jenahak, merah, kerapu, senangin, sembilang, gelama papan kalau bernasib baik ada juga ikan temening bersaiz mega.
Threadfin atau polynemid adalah nama biasa bagi ahli keluarga Polynemidae. Mereka ditemui di perairan tropika dan subtropika semua lautan.
Kebanyakan threadfin adalah ikan makanan penting di banyak bahagian tropika.
Mereka mudah dikenal pasti sebagai keluarga kerana keserupaan mereka dalam penampilan badan keseluruhan, keadaan mata dan ruji sirip pektoral.
Sirip pektoral dibahagikan kepada 2 bahagian, sirip atas yang lengkap dengan ruji dan sirip yang lebih bawah dengan ruji 3 hingga 16 panjang yang tidak bercantum.
Kebanyakan spesies boleh ditemui di perairan pantai dan estuari, walaupun ada yang hidup sepenuhnya di sungai-sungai air tawar.
Threadfin biasanya menggemari habitat di dasar pasir dan berlumpur di kedalaman kurang dari 150 meter. Mereka memakan ikan kecil dan krustasea.
Beberapa spesies yang lebih kecil memakan plankton.
Terdapat 8 genus dan kira-kira 42 spesies di seluruh dunia. Malaysia diwakili oleh 5 genera dan kira-kira 12 spesies.
Spesies yang akan diketengahkan ini ialah kurau atau turut dinamakan sebagai senohong yang merujuk kepada kurau yang lebih besar.
Ia merupakan spesies sasaran utama bagi pemancing tebing atau bersampan di estuari.
Ikan yang membawa nama saintifik Polynemus indicus dan Indian threadfin di peringkat global ini mampu membesar panjang sekurang-kurangnya 113cm namun spesimen yang biasa ditemui sekitar 65cm sahaja.
Gelaran threadfin yang diberikan adalah berdasarkan keunikan kurau yang mempunyai sirip seakan benang (seperti janggut) yang berjuaai keluar di bawah pipinya.
Kurau tinggal di kawasan muara dan persisiran yang berlumput. Janggut yang saya maksudkan tadi amat penting untuk kegunaan kurau sebagai deria (feelers) di perairan yang keruh untuk mencari makanan.
Kurau mempunyai ekor yang sangat bercabang dan dua sirip dorsal yang sama saiznya. Bentuk dan kelebaran sirip analnya lebih kurang sama dengan sirip dorsal kedua.
Ikan kurau dipercayai mampu menjangkat berat sehingga 30kg. berbanding senangin, kurau kelihatan gelap dan lebam.
Perbezaan kurau tempatan dengan kurau banyak terdapat di Australia (Polynemus sheridani).
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...