Petanda-Petanda Korang Akan Mabuk Laut!!

Share

 

Ramai yang beranggapan apabila muntah maka ia dianggap sebagai mabuk laut. Kalau tidak muntah maka tidak dianggap sebagai mabuk laut.

Sebenarnya muntah itu hanyalah satu simptom daripada beberapa simpton mabuk laut.

Senang cakap, muntah tu hanya salah satu petanda korang akan mengalami mabuk laut. Berikut disenaraikan petanda-petanda korang akan mengalami mabuk laut.

Jadi, kalau korang dah nampak atau dah rasa petanda awal, buatlah sesuatu supaya tidak terus terbawa ke alam mabuk laut.

 

Penderitaan dari keadaan mabuk laut menjurus kepada rasa yang tidak selesa dan melemahkan.

Walaupun ia tidaklah mengancam nyawa namun ia boleh menjejaskan tumpuan kepada kerja termasuklah memancing.

 

Dalam kebanyakan kes, petanda awal mabuk laut akan mula bertambah baik sekiranya  badan anda dapat menyesuaikan diri. Atau anda selesaikan masalah tersebut dengan menamatkan sebarang aktiviti dan TIDUR!

baca juga tip elak mabuk oleh pemancing

 

Petanda 1 ➡ kulit pucat

Mungkin ramai yang tidak menyedari simpton awal ini kerana kebanyakan pemancing menutup hampir keselurahan kulit ketika memancing bagi mengelak cahaya terik.

Jika korang tengok kulit muka rakan dah mula pucat, beritahulah mereka. Jangan pula tunggu mereka muntah.

 

Petanda 2  ➡  peluh sejuk

Ia dapat dirasai apabila badan mula rasa tidak selesa dengan keadaan sekeliling. Walaupun ia petanda awal, kalau dah keluar peluh yang tidak sepatutnya keluar, kemungkin korang akan berhadapan dengan mabuk laut yang agak kronik.

 

Petanda 3  ➡ air liur jadi banyak

Ia berlaku tanpa disedari sehinggalah anda lebih kerap meludah daripada biasa. Walaupun takde air liur nak ludah pun tetap juga meludah walaupun hanya keluar angin saja.

 

Petanda 4  ➡ mengantuk tahap luar biasa

Perkara ini biasa berlaku. Walaupun cukup tidur, anda mula menguap berkali-kali. Dalam pada masa yang sama, mata mula meninjau tempat untuk merebahkan badan.

 

Petanda 5  ➡ sesak nafas

Rasanya seperti tidak cukup udara untuk bernafas. Nafas menjadi pendek dan cepat. Namun tetap tidak puas untuk bernafas.

 

Petanda 6  ➡ letih melampau

Apabila berada dalam keadaan ini, anda akan berasa seperti malas untuk buat apa saja. Semangat untuk memancing mula hilang dan tidak peduli lagi pasal kumpau atau sebagainya.

 

Petanda 7  ➡ pening-pening

Boleh dikatakan ia berlaku kepada semua orang yang menghadapi masalah mabuk laut. Jadi anda tidak perlu risau sangat pasal pening ni. Sebaliknya kalau terlalu memikirkannya, ia akan menyebabkan semakin cepat mabuk.

 

 

baca juga Intak tak serik mabuk laut

 

Petanda 8  ➡ SAKIT KEPALA

Ia lebih menyeksakan berbanding sesak nafas atau pening. Atau dalam erti kata lain, ia sudah berada sebelah kaki dalam penyeksaan mabuk laut.

 

 

 

Petanda 9  ➡ muntah

Kemuncak simpton awal mabuk laut! Namun ia terbahagi kepada dua cabang. Sama ada anda akan pulih atau terus terseksa.

Muntah berulang kali hingga tahap terasa macam nak terkeluar urat perut inilah yang menakutkan ramai pemancing untuk ke laut dalam.

 

 

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

IKLAN