Stress sebab PKP? Stress sebab lockdown? Rasanya lagi stress kalau tak dapat mancing dan kumpau! Chill… ambil sedikit masa untuk menikmati anekdot memancing yang kami sediakan ini.
Umpan yang dilabuhkan baru digetu umpan, korang dah boleh canang satu dunia spesies ikan apa yang memakan umpan tersebut. Malah siap dengan jantina, usia ikan, berat ikan dalam titik perpuluhan, jumlah sisik dan berapa lama lagi ikan itu akan hidup.
Segenap ikan dalam laut apatah lagi lubuk akan menggigil kepala lutut dan kecut paru-parunya bila dah tahu yang korang akan turun memancing di lokasi tersebut.
Ads
Kesemua anak-anak yang lahir diberikan nama sempena nama ikan, iras-iras nama ikan atau nama saintifik ikan. Contohnya seperti Siti Patin, Nor Paridah, Ali Ketutu, Syed Hampala dan macam-macam lagi.
Bila orang sembang pasal lubuk waima lubuk yang tidak pernah wujud sekali pun korang akan cakap yang korang pernah pergi ke lokasi tersebut. Malah siap dengan rekod tangkapan yang pernah didaratkan.
Ads
Korang akan menggigil mengalahkan orang yang kena parkinson bila secara tiba-tiba ternampak lopak air. Terus tak keruan nak memancing time tu jugak walaupun lopak tersebut cuma sebesar mangkuk jamban.
Ads
Korang tetap duduk menunggu dan teruskan memancing walaupun sudah lebih 25 jam umpan langsung tidak disentuh ikan. Langsung tidak mengendahkan apa yang berlaku di sekeliling korang.
Korang bukan saja tak makan sepanjang masa memancing, ikan yang diperoleh dari hasil memancing pun korang tak makan. Sebaliknya umpan yang dijadikan umpan memancing itulah yang korang makan terutamanya umpan tapa.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Apa bestnya jadi pemancing? Apa seronok sangat jadi angler? Tapi kalau tak seronok tentulah semua orang tak mahu jadi pemancing, ye tak?
Di sebalik keseronokan hobi memancing ni sebenarnya ia antara hobi yang berisiko dan boleh mendatangkan musibah sekiranya beberapa perkara di bawah ini dianggap tidak penting dan ambil mudah.
Kemalangan Jalan Raya
Perkara paling indah buat kaki pancing adalah ‘banyak masa dan banyak duit’. Namun bukan semua kaki pancing beruntung ada kedua-duanya.
Ramai kaki pancing terus pulang dari trip atas alasan kena esok masuk kerja. Penat, mengantuk, tidak tukar pemandu, tidak berehat dan tidur seketika, mengejar masa untuk sampai di rumah, antara faktor mengundang berlakunya musibah ini.
Periksalah keadaan kereta sebelum menaiki kenderaan dan jangan lupa memakai tali pinggang keselamatan kerana ia mampu mengurangkan kecederaan lebih teruk sekiranya berlaku kemalangan.
Langkah terbaik, semua ahli trip perlu merancang perjalanan trip dengan baik seperti mengambil cuti lebih, hotel, chalet dan menginap selepas pulang dari trip sebelum pulang keesokan harinya.
Tercucuk Mata Kail
Ia kes yang kerap berlaku di kalangan pemancing tak kira apa cabang teknik memancing. Namun kemalangan yang paling kerap berlaku ialah kepada kaki mengilat atau casting. Lebih-lebih lagi kaki casting yang memancing menaiki bot fiber yang ‘sesak’ dengan penumpang.
Kesannya, bila ternampak ikan frenzy atau boiling, mulalah gelojoh tidak pandang kiri dan kanan, akibatnya rakan tepi dan belakang menjadi mangsa. Walaupun punca kesalahan ini sering kali dituding kepada caster baru, ada kalanya berlaku juga di kalangan caster lama.
Bot Terbalik Atau Karam
Kalau memancing laut dalam menggunakan bot yang besar mungkin kejadian ini kurang berlaku. Sekiranya berlaku, ia bukanlah kesilapan dari pemancing. Namun ia tetap risiko yang bakal dihadapi oleh pemancing. Namun banyak kes bes terbalik atau karam di sungai atau tasik air tawar disebabkan oleh pemancing sendiri.
Kes berlaku disebabkan, tidak mahir mengendalikan bot fiber, bot fiber dibawa laju terlanggar objek (biasanya kayu balak hanyut, tunggul yang tidak kelihatan).
Pengendali bot perlulah seorang yang mahir dan tahu selok-belok sesuatu lokasi pancingan, misalnya di sungai dan tasik.
Sentiasa berhati-hati ketika melewati kawasan tunggul, melalui sungai yang berarus deras. Jika di laut, sentiasa peka dengan keadaan cuaca. Jangan sesekali menaiki bot melebihi had penumpang. Selain tidak selesa, ia juga mengundang kejadian bot karam.)
Sesat Di Hutan
Pernah mengalami kejadian sesat ketika memancing. Jika pernah, anda boleh tahu betapa bingungnya macam mana ia boleh berlaku. Untuk elakkan sesat, sentiasa berteman di sesuatu lokasi yang belum anda pernah sampai.
Jika menjarakkan diri di kawasan yang tiada liputan telefon pula, pastikan anda dapat melihat kelibat rakan anda dan rancang dengan rakan-rakan terlebih dahulu sekiranya anda ingin berpecah lokasi (kumpulan lebih kecil).
Paling mudah bawa wisel bagi tujuan kecemasan. Anda boleh meniup bagi menarik perhatian di saat anda sudah kekeringan tekak menjerit meminta tolong.
Kejadian Lemas
Suka atau tidak, risiko lemas ketika memancing merupakan risiko yang paling rapat dengan pemancing. Tentu saja kerana memancing dan air tidak dapat dipisahkan. Namun tiada sebab mengapa anda tidak memakai jaket keselamatan sebaik sahaja anda menaiki bot, lebih-lebih lagi bot fiber ketika memancing.
Sentiasa periksa dan sematkan jaket keselamatan dengan baik. Sekiranya bot karam dan terbalik, jangan sesekali panik. Cuba bertenang dan capai benda yang boleh terapung seperti tong minyak. Elakkan memakai pakaian yang berat seperti seluar jean ketika memancing.
Kupang kaya akan kandungan zat besi. Zat besi amat diperlukan untuk membentuk hemoglobin, iaitu protein khusus yang bertugas untuk membawa oksigen dalam darah ke seluruh tubuh. Tanpa hemoglobin dalam darah, organ-organ tubuh anda tidak akan berfungsi dengan baik kerana kurang oksigen.
Dengan memakan kupang hijau, ia membantu meningkatkan hemoglobin dalam darah. Dalam pada itu, sekiranya anda mempunyai penyakit anemia defisiensi, ia membantu membekalkan zat besi yang cukup untuk membentuk hemoglobin.
Menjaga Kesihatan Jantung
Anda boleh mendapatkan khasiat asid lemak omega-3 yang tinggi dalam satu portion kupang segar. Asid lemak omega-3 sendiri mampu menurunkan kadar trigliserida yang terlalu tinggi. Kadar trigliserida yang tinggi berisiko menyebabkan pelbagai masalah jantung seperti pengerasan pembuluh arteri dan serangan jantung.
Akan tetapi, jangan makan kupang secara berlebihan. Ini kerana kupang mengandungi kolesterol. Kadar kolesterol yang terlalu tinggi juga berisiko buat kesihatan jantung.
Membentuk Dan Merawat Otot
Protein adalah zat gizi yang berperanan penting dalam membentuk massa otot sekaligus merawatnya dari kerosakan jaringan atau sel. Khusus buat Anda yang sering mengalami sakit otot, protein kupang juga dapat mempercepatkan proses pemulihan otot-otot yang keras dan sengal.
Seperti makanan laut lainnya, kupang juga kaya akan protein. Kupang bahkan jadi sumber protein yang lebih sihat dari daging lembu atau ayam kerana kandungan lemak dan kalorinya lebih rendah.
Menjaga fungsi sistem saraf
Bagi membolehkan menjalankan tugasnya dengan baik, sistem saraf dalam tubuh anda memerlukan vitamin B kompleks. Salah satunya iaitu vitamin B12. Kekurangan vitamin B12 berisiko menyebabkan kerosakan saraf hingga penurunan fungsi otak.
Oleh kerana itu, manfaat kupang yang mengandungi vitamin B12 dalam jumlah tinggi sayang sekali kalau diabaikan. Makan kupang mampu membantu menjaga fungsi sistem saraf anda, terutama pada bahagian otak.
Mungkin korang pernah dengar istilah memancing seperti kumpau atau rentung. Istilah-istilah berkaitan dengan memancing ini ada macam-macam. Begitu juga dengan istilah yang berkaitan dengan ikan toman.
Toman Jalur
Istilah toman jalur bukanlah merujuk kepada spesies, sebaliknya julukan kepada toman juvenil atau toman kecil yang masih belum pecah belang atau jalur hitam pada badannya.
Ia bukanlah satu hasil tangkapan yang membanggakan malah dianggap sebagai hiburan atau pemanas badan untuk memburu saiz yang sebenar.
Toman Rempit
Toman rempit pula lebih merujuk atau menjurus kepada toman yang memiliki daya pecutan deras umpama sebarau.
Ia juga boleh merujuk kepada toman juvenil yang sudah melepasi peringkat toman jalur yang sudah pecah corak dengan berat saiz sekitar satu kilogram.
Berikutan masih remaja itulah ia memiliki daya renangan yang agak mengelirukan.
Toman Bujang
Skop toman bujang ini agak meluas kerana ia bukan sahaja meliputi saiz dan jantina. Toman bujang ada yang bergerak secara solo dan juga berkumpulan.
Namun ia lebih menjurus kepada toman yang tidak berpasangan atau bukan induk.
Mamato / Mama Toman
Mamato atau mama toman lebih menjurus kepada induk toman yang hadir bersama kumpulan anaknya dan merupakan toman yang menjadi buruan utama.
Walaupun mama toman tidak semestinya bersaiz besar namun induk yang bersaiz melebihi 5 kilogram senantiasa menjadi sasaran untuk kepuasan pertarungan.
Toman Negro
Toman negro merupakan istilah atau panggilan yang diwujudkan bagi merujuk kepada warna badan toman yang hampir seratus peratus hitam.
Untuk tempoh tertentu, tidak dapat dipastikan ia berlaku ketika musim mengawan, bertelur atau period menjaga anak, rona warna sebahagian toman bertukar ungu gelap atau hitam peka.
Toman Cendol
Toman cendol juga bukan merujuk kepada spesies tetapi lebih kepada situasi di mana kejayaan mendaratkan toman dengan jumlah yang banyak.
Lazimnya juga saiz-saiz toman yang banyak didaratkan itu juga kecil-kecil umpama toman rempit.
Banglo Toman
Banglo toman bukan merujuk kepada toman sebaliknya spot atau kediaman toman. Spot yang layak digelar banglo toman lazimnya sentiasa dihuni oleh toman walaupun sudah banyak kali toman berjaya didaratkan di spot tersebut.
Nursery Toman
Nursery toman tidak sama seperti santuari toman atau spesies lain yang mana aktiviti memancing tidak dibenarkan.
Nursery toman ini lebih merujuk kepada sesuatu lokasi yang sering terdapat toman jalur atau toman juvenil dalam jumlah yang banyak umpama sebuah pusat asuhan kanak-kanak.
Toman pendatang
Ada dakwaan terbaharu mengatakan ikan toman bukanlah ikan natif atau ikan asal, sebaliknya adalah ikan pendatang! Maka ramailah yang mengecam. Namun, satu perkara kita perlu ambil tahu ialah pengertian ikan pendatang.
Ikan pendatang bukan saja bermaksud ikan import, sebaliknya juga ikan penceroboh atau bukan habitat asal. Contohnya jika Tasik Beris bukanlah habitat asal ikan toman maka jika ada ditemui toman maka ia dianggap sebagai ikan pendatang.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...