Memancing, terutamanya di pelantar minyak boleh dianggap antara spot yang begitu mencabar. Perjalanan yang jauh dan memenatkan benar-benar menguji kekuatan fizikal dan metal. Tapi bagi yang berjiwa kental, di sinilah spot terbaik jika mahu merasai kudrat perlawanan menentang spesies monster!

 

Namun, sebelum anda menyelit nama dalam mana-mana trip memancing di pelantar minyak, ada beberapa panduan dan perkara melibatkan untung rugi yang perlu difikirkan masak-masak sebelum hari kejadian.

 

Persiapan Rapi Bagi Memancing Di Kawasan Pelantar Minyak

 

Perlu membuat tabungan sekurang-kurangnya setahun awal daripada tarikh bertolak. Kos trip dalam anggaran RM800-RM1,000 seorang. Jika berlaku penarikan diri ahli trip tanpa deposit penuh pada saat akhir, maka kos akan bertambah lagi.

 

Wajib ada set bangla (joran dan kekili elektrik) yang dua tiga lebih mahal harganya dari kos trip. Anggaran set bangla yang paling murah pun tidak kurang dari RM2,000. Set pancing manual tidak sesuai untuk digunakan dalam trip memancing yang memakan masa 4-5 hari.

IKLAN

 

Persiapan Rapi Bagi Memancing Di Kawasan Pelantar Minyak

 

Set lain perlu ada ialah set untuk jigging. Set jigging yang berkualiti tinggi amat penting kerana kawasan pelantar minyak merupakan lubuk ikan-ikan monster. Sekurang-kurang pun anda akan hangus RM1500-RM2000.

 

Untuk dua set pancing bottom dan jigging memerlukan dua jenis tali sulam yang berlainan kuasa. Untuk memasukkan tali ke dalam kedua-dua spool ini anda perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM300 lagi.

IKLAN

 

Persiapan Rapi Bagi Memancing Di Kawasan Pelantar Minyak

 

Selain itu perambut 60-100lb perlu disediakan dalam kuota yang mencukupi. Jig, popper, split ring, mata kail, batu ladung, fighting belt. Lain-lain perbelanjaan seperti kos perjalanan, ais, makan minum, semuanya memerlukan belanja yang bukan sedikit.

 

IKLAN

Perlu buat persiapan rapi. Jika pergi dengan peralatan tidak sesuai dan ala kadar, ada baiknya tidak payah pergi kerana mungkin anda akan buang duit, letih badan dan rugi masa.

 

Stamina dan kesihatan badan juga perlu dijaga. Elakkan demam sakit sebelum bertolak. Bagi kaki jigging mereka ada kalanya bersenam di gym untuk membentuk ketahanan otot tangan, kaki dan badan.

 

Persiapan Rapi Bagi Memancing Di Kawasan Pelantar Minyak

 

Biasanya, ramai yang tidak mementing soal ini sehinggalah merasai dan menyaksikan kekuatan tarikan ganas ikan-ikan mega di pelantar minyak. Ramai yang mengakui lain kali perlu lebih persediaan peralatan yang lebih baik termasuklah teknik ikatan pada popper dan shock leader yang lebih kemas. Lain kali sebelum datang, masuk gym dulu!

 

Persiapan Rapi Bagi Memancing Di Kawasan Pelantar Minyak

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI