Pastikan keadaan kesihatan anda berada di tahap terbaik untuk trekking. Jika tidak berada di tahap 90% sebaiknya batalkan saja kerana ia bukan sahaja akan menyusahkan diri sendiri malah juga rakan-rakan trip yang lain.
Makanan, air, energy bar dan sebagainya harus disiapkan secukupnya untuk sepanjang tempoh trip. Tak mengapa jika lebih sedikit tetapi jangan berkurangan.
Amalkan memancing di dalam kumpulan dan jangan sesekali trekking seorang diri di dalam hutan atau di sungai pegunungan.
Ads
Pastikan ahli keluarga atau rakan terdekat mengetahui anda keluar memancing, lokasi pancingan dan tempoh trip tersebut. Ia penting bagi melakukan tindakan lanjut sekiranya anda tidak pulang pada tarikh sepatutnya. Jika mampu, beli dan bawa telefon satelit itu lebih baik.
Ads
Pakailah pakaian lengkap termasuk kasut yang sesuai dan selesa untuk trekking. Sebaiknya juga pakailah pakaian yang kontra dengan alam semulajadi.
Waspada akan ancaman binatang berbisa dan buas. Elakkan melalui tempat yang ada jejak binatang buas seperti harimau, gajah dan sebagainya.
Ads
Waspada ketika mengharung air. Jangan terlalu berani mengharung air jika anda kurang yakin terutama di kawasan berarus deras. Juga perlu sentiasa berwaspada dengan kejadian kepala air.
Jika gewang yang anda gunakan tersangkut pada reba-reba kayu atau batu,jangan membahayakan diri berenang untuk menyelamatkan gewang tersebut. Ingat gewang tersangkut boleh dibeli, hilang nyawa tiada gantinya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
“Aku pernah kena time casting. Tengah syok casting sekali tercampak rod dalam sungai. Nak selamatkan dah tak sempat. Arus masa tu laju sangat. Hanya mampu melihat rod tenggelam dibawa arus.”
KHAIRUL NIZAM
“Pernah kena. Masa tu casting haruan. Dah dapat ikan pegang kepala ikan menggelupur pulak. Tengok-tengok mata kail kena jari. Lepas tu tak tau nak buat macam mana. Terus cabut macam tu je… terkeluar isi wooo.”
HIGO GARCIA MP
“Kemalangan kereta masa nak pergi pertandingan memancing Cyberjaya. Patah peha, buku lali kiri kanan, lidah hampir putus, tulang sendi tangan beralih. Duduk hospital Putrajaya tiga minggu. Tersadai kat kampung 3 bulan atas wheelchair.”
ARARAGI KOYOMI
“Pernah masa kecil dulu. Pergi memancing dengan ayah dan keluarga. Masa ayah nak baling umpan, adik pergi belakang ayah.
Aku terus lari tarik adik aku, tapi aku yang kena. Ladung hentak kepala, kail sangkut kat bibir. Dah la kat kail masih ada perumpun. Huhuhu.”
RIZAL JAKA
“Adik ipar teman tengah karau pancing naik,masa nak baling semula tersangkut pulak. balik dia tersangkut. Bukan tersangkut pada pokok tapi pada telinga sendiri daaa. Doktor pun pening fikir macam mana nak keluarkan kail tu daripada telinganya.”
ADAM IKWAN
“Masa memancing kat sungai. Perambut tersangkut, tarik kuat-kuat batu ladung saiz 5 hinggap kat dahi. Masa tu rasa macam nak pitam.
Dahi rasa macam ada air mengali. Rasa dengan tangan…dah berkicap! Bak kata orang tua-tua dah jadi adat memancing… salam perkenalan.”
CP OTAI
“Memancing kat kolam. Tarik punya tarik sangkut pulak. Biasa la bila sangkut guna kaedah ambil kain balut kat tangan tarik. Sekali tercabut batu ladung yang panjang terpacak kat dahi member…hospital jawabnya. Hati-hati bila memancing.”
Apa pendapat anda? Ayuh share perkongsian ini kepada semua rakan pemancing. Terima kasih!
Jangan lupa like, follow & see first Facebook Majalah Umpan
Tertangkap pada tahun 1953 di perairan Cabo Blanco, black marlin (mersuji hitam) ini masih memegang rekod sebagai marlin terbesar yang pernah ditangkap. Beratnya 1,025lb. Pemancing lejen tersebut Alfred Glassel Jr. dan dia mendaratkan marlin ini melalui teknik trolling menggunakan mackerel sebagai umpan.
Salah seorang pemancing terhebat sepanjang masa, Paulo Amorim yang berjaya mendaratkan Atlantic blue marlin (marlin biru Atlantik) terbesar. Rekod tangkapannya seberat 1,402lb. Paulo menggunakan gewang Lure Moldcraft dengan kaedah trolling di perairan Vitoria, Sepanyol.
Pacific blue marlin (mersuji biru Pasifik) terbesar yang berjaya didaratkan datangnya dari perairan Kaaiwi Point pada tahun 1982 oleh Jay de Beaubien. Marlin ditewaskan dengan teknik trolling dengan umpan Kita Bait adalah seberat 1,375lb.
Pada 29 Februari 1992, Paolo Amorin berjaya menewaskan seekor blue marlin (mersuji biru) di perairan Vitoria, Brazil. Dengan menggunakan gewang white Softhead, pertarungan itu memakan masa 1 jam 20 minit.
Juga di Cabo Blanco, Peru, Alfred C. Glassell jr. Berjaya mendaratkan black marlin (mersuji hitam) seberat 1,560.5lb dan sepanjang 174 inci. Kejadian ini berlaku pada 4 Ogos 1953.
Pada 25 Oktober 1997, Fouad Sahiaoui yang kerap mendaratkan ikan monster sekali lagi berjaya mendaratkan white marlin (mersuji putih) di perairan Mohammedia, Morocco.
Atlantic blue marlin seberat 208lb berjaya ditangkap pada 20 May 1994 di perairan La Guaira Bank, Venezuela oleh Charlie Tombras.
White marlin (mersuji putih) seberat 181lb 4oz dari perairan Vitoria, Brazil berjaya dikalahkan oleh Evandro Coserin pada 8 December 1979.
Pada 23 August 2008, hanya bertarung selama dua minit…. diulang, 2 minit! Gary Carter berjaya menewaskan mersuji yang lebih besar iaitu seberat 252pound 9 ounce. Pacific blue marlin ditewaskannya dengan kepantasan luar biasa di perairan Pinas Bay, Panama.
Seorang pemancing handalan Enrico Capozzi pula menewaskan mersuji seberat 161pound 7 ounce. Beliau menundukkan Pacific blue marlin di perairan Playa Carillo, Costa Rica pada tanggal 15 December 2007.
Pada 3 December 2001, Mike Levitt memancing di perairan Cairns, Australia dan berjaya menewaskan black marlin seberat 631 pound. Beliau mengambil masa selama 1 jam 45 minit untuk menewaskan mersuji gergasi itu.
Fouad Sahiaoui berjaya mengalahkan Atlantic blue marlin seberat 256 pound di perairan Mindelo, Cape Verde pada 5 May 2012.
Pada 25 February 2002, Thomas M. Evans Jr. berjaya menumbangkan 230pound striped marlin di New South Wales, Australia.
Pada 6 Julai 1982, Annette Lopez berjaya menewaskan 1,073pound Atlantic blue marlin di perairan St. Thomas, USVI.
Ikan pertama yang ditanda (tagging) secara rasmi dalam sukan memancing berupa seekor blue marlin seberat 1,003pound yang berjaya ditangkap oleh George Parker perairan Kona, Hawaii pada 13 November 1954.
Pada 22 November 1982, selepas 4 jam bertarung, Eugene Nazarek berjaya mengarau 768pound 10ounce Pacific blue marlin di perairan Buena Vista, Mexico.
Pada tahun 1926, Captain Laurie Mitchell berjaya menewaskan 976pound black marlin di perairan Bay of Islands, New Zealand.
Di perairan Grand Bereb, Ivory, Stewart Campbell berjaya menewaskan Atlantic blue marlin seberat 714.5pound selepas bertarung selama 2.5 jam.
Selepas bertarung selama 1 jam, Bill Boniface berjaya menewaskan monster seberat 494pound berupa striped marlin di perairan Tutukaka, New Zealand pada 16 January 1986.
Pada 11 June 1949, Louis Schmidt berjaya menewaskan 1,006pound black marlin di perairan Perlas Islands, Panama.
Thomas M. Evans, Jr. berjaya menewaskan Pacific blue marlin seberat 288pound 12 ounce di perairan Port Stephens, Australia pada tanggal 2 March 2002.
Pada 12 January 2001 di perairan Morehead City, North Carolina, Bradly Kistler pula menewaskan spesies yang sama seberat 196.9 pound.
Pada 4 June 2002, Stewart Campbell menewaskan monster seberat 562pound berupa Atlantic blue marlin di perairan La Gomera, Spain.
Pada tanggal 16 November 1981, Mike Levitt berjaya mengalahkan black marlin seberat 737pound 7 ounce di perairan Cairns, Queensland, Australia.
Pada tanggal 26 June 1974, Jack Herrington berjaya menewaskan monster seberat 1,142pound berupa Atlantic blue marlin di perairan Oregon Inlet, North Carolina.
Pada 9 April 1992, Stewart Campbell berjaya menangkap blue marlin seberat 820 pound di perairan Grand Bereby, Ivory Coast, Africa.
Selama lebih 3 dekad, Jay de Beaubien berjaya mempertahankan rekod tangkapannya berupa Pacific blue marlin seberat 1,376 pound di perairan Kona, Hawaii. Rekod itu dilakukannya pada 31 May 1982.
Pada 7 October 1976, Peter Mahood berjaya mendaratkan 1,051pound black marlin di perairan Cairns, Queensland, Australia.
Pada 8 March 2009, Guy Jacobsen berjaya menundukkan stripped-marlin seberat 231pound, 7 ounce di perairan Middlesex Bank, New Zealand.
Setelah bertarung hanya selama 18 minit, Leo Cloostermans berjaya menundukkan Atlantic blue marlin seberat 573 di perairan Azores, Portugal.
Eric Capozzi caught berjaya mengalahkan seekir lagi mersuji terhebat seberat 735pound 3 ounce. Black marlin itu ditewaskannya pada 7 February 2000 di perairan Port Stephens, New South Wales, Australia.
Hanya mengambil masa selama 5 minit… diulangi 5 minit, Guy Jacobsen berjaya menewaskan striped marlin seberat 385.5 pound di perairan Poor Knights Island, New Zealand.
Ikan tengas atau kejor atau kelah hijau adalah ikan yang digemari sesetengah penduduk tempatan; namun, tengas masih belum mencapai tahap komersial seperti patin, haruan, kelah merah dan sebagainya. Dengan itu, artikel ini menerangkan potensi pasaran tengas di Malaysia.
Potensi pasaran
Potensi pertama adalah tengas boleh dijadikan ikan makanan yang komersial. Selama ini, tengas telah menjadi hidangan untuk sesetengah masyarakat di Malaysia. Bukan begitu sahaja, cara masakan tengas juga berbeza mengikut kaum. Contohnya, kaum bumiputera suka menghidangkan tengas dengan masak lemak, goreng dan bakar; kaum cina pula, suka mengukus tengas dengan kicap soya.
Sesetengah responden juga menyatakan bahawa rasa kelah hijau daripada sumber air yang berkualiti dan kelah merah tidak jauh berbeza. Ini telah membuktikan bahawa tengas boleh diterima sebagai makanan untuk sesetengah penduduk di Malaysia.
Tambahan pula, jika pengusaha restoran boleh menyediakan tengas dalam beberapa jenis masakan yang menarik, ini akan mendorong ramai pengguna menikmati tengas. Lagi pun, terdapat beberapa jenis produk perikanan yang kini laris di pasaran juga dipromosikan melalui pengusaha restoran. Contohnya, udang lipan (mantis shrimp) bukan makanan yang komersial pada 3 dekad yang lepas dan diproses sebagai makanan untuk ternakan.
Selepas pengusaha restoran berjaya memperkenalkan beberapa masakan udang lipan yang menarik, kini ia adalah salah satu produk perikanan yang mahal di pasaran Malaysia dan negara-negara lain. Selain itu, tengas juga berpotensi untuk dijadikan ikan hiasan. Oleh sebab tengas adalah bersinar dan mirip dengan kelah, ramai pengguna suka membela tengas untuk penghiasan.
Kini benih tengas (lebih kurang 3 inci) berharga dalam lingkungan RM10 seekor dan boleh didapati di kedai akuarium. Ramai pengusaha restoran juga suka membela tengas di dalam restoran mereka untuk meningkatkan imej dan menambah baik suasana.
Potensi ketiga adalah dijadikan daya tarikan untuk rekreasi. Ini kerana terdapat ramai kaki pancing sanggup mengunjungi jarak yang jauh untuk mendapatkan ikan tengas yang saiz besar. Jika populasi tengas liar dipelihara dan kawasan berkenaan dijadikan sebagai santuari ikan, ini mungkin boleh menarik ramai pemancing dan keluarga untuk menjalankan aktiviti rekreasi di kawasan tersebut.
Ini juga boleh merangsang ekonomi setempat kerana ini mewujudkan peluang pekerjaan baru untuk penduduk tempatan. Contohnya, mereka boleh menjual makanan dan peralatan, dan menyediakan perkhidmatan pengangkutan, penginapan dan sebagainya kepada para pengunjung.
Cabaran
Menurut para responden, hampir kesemua tengas yang diperolehi adalah daripada sumber semula jadi, seperti sungai, tasik, kolam dan empangan.
Jika bekalan tengas daripada sumber semula jadi berterusan, populasi tengas berkemungkinan akan menjadi seperti kelah, patin, dan banyak spesies ikan air tawar yang mahal pada masa kini, iaitu terancam dan kian berkurangan. Tambahan pula, terdapat beberapa responden memaklumkan bahawa saiz dan bilangan tengas di sesetengah lokasi didapati kian kecil dan berkurangan.
Mereka percaya bahawa punca utama adalah daripada aktiviti pembalakan di kawasan sekitaran dan juga penangkapan tengas yang berterusan. Gejala ini telah memberi kita satu amaran bahawa tengas di Malaysia mungkin sudah terancam oleh kegiatan manusia.
Jika usahawan ingin membangunkan pasaran tengas, mereka harus bergantung kepada sumber yang lestari. Teknologi penternakan tengas juga perlu dijayakan oleh pakar-pakar perikanan; ini kerana buat masa sekarang masih tiada teknologi yang bersesuaian untuk menternak tengas.
Dengan memperkenalkan teknologi penternakan tengas yang lestari, para usahawan boleh menghasilkan tengas dengan kos yang minimum, berskala besar dan konsisten. Seterusnya, produk tengas yang dihasilkan adalah mampu ditanggung oleh para pengguna tempatan. Oleh itu, kajian ikan tengas dalam aspek pemasaran dan biologi adalah penting sebelum ini dikomersialkan.
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, tengas berpotensi dijadikan makanan, ikan hiasan, dan daya tarikan untuk aktiviti rekreasi. Namun begitu, bekalan ikan tengas yang konsisten, berterusan, tidak mengancamkan sumber kehidupan asli, dan kos beroperasi yang minimum adalah persoalan utama.
Kajian pemasaran dan biologi yang lebih mendalam juga memang penting untuk menjayakan usaha ini. Jikalau tengas berjaya dikomersialkan di Malaysia, ini pasti boleh membawa pelbagai manfaat di pasaran.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...