Di kalangan pemancing tempatan, pancingan lampam sungai boleh dikatakan mempunyai nilai sentimental. Ini kerana spesies ini merupakan spesies asal dan kerap kali dipancing bagi pemancing yang memulakan hobi hanyir ini sejak kecil. Memancing ikan lampam sungai tidak terlalu teknikal sebaliknya lebih ringkas dan santai.

 

Memilih umpan untuk menjerat lampam sungai juga tidak sukar. Cukup sekadar umpan ringkas dan mudah didapati. Antara umpan ampuh menjerat lampam termasuk cacing, cengkerik dan juga dedak biji atau palet. Jika di tasik utama, lampam sungai boleh dipancing menggunakan buah kelapa sawit.

 

Perihal Pancingan Lampam Sungai

 

Sama ada mencangkukkan beberapa mata kail kecil pada seulas kelapa sawit segar atau menggunakan sawit peram, kedua-duanya mampu menaikkan spesies ini. Terdapat juga pemancing yang menggunakan umpan roti atau dedak campuran untuk memancing lampam.

 

IKLAN

Umpan sebegini biasanya lebih sesuai di kawasan sungai. Jika menggunakan pelet, biasanya pemancing akan menabur palet agar sekumpulan lampam berkumpul sebelum mata kail yang dicangkukkan pelet dihulur untuk menipu spesies barb ini.

 

Perihal Pancingan Lampam Sungai

 

Set memancing lampam sungai juga cukup sekadar set pancing ringan dengan kekuatan tali sekitar 10lbs dengan perambut sekitar satu jengkal. Teknik pelampung dan dasar merupakan dua teknik popular memancing lampam.

IKLAN

 

Bagi penulis sendiri, pancingan lampam cukup santai dan boleh dikatakan minimalis kerana  penggunaan set pancing asas atau ringkas sahaja. Apa yang menarik dan menimbulkan keseronokan ialah jika pancingan lampam dilakukan secara berkumpulan. Pastinya mampu menimbulkan keriuhan apatah lagi jika aktiviti ini dilakukan dari atas boat house.

 

Perihal Pancingan Lampam Sungai

 

IKLAN

Lampam sungai juga mudah cerdik seandainya kerap kali ia dipancing. Sehinggakan kaki pancing begitu geram untuk memancingnya. Habis umpan, tetapi lampam dicari belum dapat!

 

Selain itu, pancingan lampam sesuai dilakukan sebagai aktiviti kekeluargaan lebih-lebih lagi untuk mengajar anak-anak kecil mengenal hobi memancing. Walaupun bukanlah spesies ikan pemangsa, ikan lampam turut menyambar gewang tiruan yang digunakan untuk memburu spesies lain seperti sebarau atau haruan.

 

Perihal Pancingan Lampam Sungai

 

Secara tidak langsung ia menjadi penyeri atau pengubat hati kepada kaki casting yang gagal memperoleh ikan sasaran.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI