Bagi beberapa kelong contohnya di Lukut, kawasan yang menghadap pintu muara dan Pelabuhan Port Dickson adalah yang terbaik untuk teknik menghanyut. Banyak rekod yang terhasil dan pernah mendapat tenggiri 5kg.

 

Kawasan menghadap pantai mempunyai batu karang di sasarnya dan menjadi tumpuan untuk pancingan dasar pada waktu malam. Kawasan menghadap laut lepas pula berdasar lumpur dan pasir. Kawasan ini mampu menghasilkan kerisi, sembilang, ketuka, tengkerong, gelama dan bebolos sebagai penambah hasil tangkapan.

 

Kawasan bersebelahan tandas pula menjadi tumpuan untuk menghanyut umpan ketika air surut dan mencari tamban hidup menggunakan apollo. Bahagian bawah kelong juga berpotensi mendapatkan hasil seperti mentimun, mempasir, sembilang karang, bayan, anak gerong belang, gerut-gerut dan pelbagai lagi ikan yang pelik dan berwarna-warni beruman umpun-umpun dan hirisan ikan.

 

Ketahui Lubuk-Lubuk Berpotensi Di Kelong!!

 

Bagi set memancing pula, disarankan penggunaan kekili bersaiz 3000 ke atas yang dipadankan dengan joran 7-15 kaki panjang. Joran panjang memberi kelebihan untuk membuat lontaran jauh dan mengawal ikan dari menyusup ke tiang kelong. Tali utama pula biarlah bersaiz 30-40lb mengikut kesesuaian kekili. Jangan lupa ikat joran kerana pernah joran 13 kaki yang dibiar tanpa diikat terbang disentap ikan.

 

Bagaimana pula cara untuk memastikan umpan hidup bertahan lama?

Kebanyakan kelong di Malaysia biasanya tidak mempunyai pukat tangkul untuk mencari umpan pada waktu malam dan tidak juga disediakan dengan tong khas untuk umpan hidup. Di sini kami gunakan kolam mandi kanak-kanak untuk mengatasi masalah ini.

 

Ketahui Lubuk-Lubuk Berpotensi Di Kelong!!

Gila mancing? Jom join www.facebook.com/umpania101

 

Kolam yang diisi air laut dan dibekalkan oksigen pam bateri memadai untuk diletakkan umpan hidup semalaman, tetapi ada pantangnya. Jangan sesekali mencelup tangan untuk mengambil umpan. Gunalah tangguk kecil dan ini penting untuk menjamin ketahanan umpan. Jika perlu tukar air selang 6 atau 7 jam.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI