Kami sering menerima soalan dari pencinta ikan kelah tentang bagaimana untuk mengenali jantina ikan kelah. Jadi di sini berdasarkan beberapa kajian dari pakar dan pengkaji kelah, berikut kami sertakan sekali gambar bagaimana untuk mengenal pasti jantina kelah:
Ikan kelah jantan biasanya mempunyai sirip anal (dubur) yang agak tajam dan memanjang. Manakala ikan kelah betina pula mempunyai sirip belakang yang agak membulat dan pendek.
Ads
Pipi kelah jantan jika kita sapu dengan tangan, ianya agak kasar berbanding kelah betina. Ia hanya ketara untuk ikan kelah yang telah mencecah 5kg ke atas.
Ads
Cecair likat putih akan keluar melalui papilla bahagian bawah perut ikan jantan (berdekatan sirip anal tadi).
Biasanya tempoh matang kelah jantan untuk mula mengawan ialah 2 tahun. Bagi kelah betina pula bahagian papilla agak kemerahan.
Ads
Kelah betina ini agak susah diperolehi berbanding kelah jantan. Tempoh matangnya untuk mula mengeluarkan telur biasanya setelah berusia 3 tahun.
Berdasarkan kajian yang dibuat, untuk kelah seberat 2 kg hanya mampu menghasilkan anak benih kelah 6,000 – 8,000 ekor sahaja.
(sumber: ikankelah.com)
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Sesetengah haiwan boleh menyerupai persekitaran mereka, sesetengah yang lain pula sememangnya dicipta tidak berwarna, atau kita kategorikan sebagai lut sinar (transparent).
Cyanogaster Fish
Pertama kali ditemui beberapa tahun lalu, ikan berperut biru ini adalah sangat kecil, hanya beberapa milimeter panjang. Ikan spesies ini hanya hidup di Rio Negro, anak sungai terbesar di Sungai Amazon, dan hanya muncul pada waktu malam.
Crocodile Icefish
Hidupan laut ini adalah sejenis ikan, dan bukannya buaya. Ikan lautan Antartik ini mempunyai darah yang tidak berwarna, dan merupakan satu-satunya haiwan vertebrata yang tidak mempunyai sel darah merah dan haemoglobin (protein yang kaya dengan iron yang mengangkut oksigen merentasi sistem peredaran darah).
Glass Catfish
Sejenis ikan dalam keluarga catfish (ikan bermisai), class catfish adalah antara haiwan vertebrata yang paling telus (transparent) di bumi. Kebanyakan organnya terletak berhampiran dengan kepala dan dengan menggunakan kanta pembesar, degupan jantungnya dapat dilihat dengan jelas.
Apabila cahaya menembusi badan ikan tersebut, ia berupaya menghasilkan pantulan warna pelangi. Hidupan ini hidup di kawasan air aliran perlahan di Thailand, Malaysia dan Indonesia. Apabila mati, warnanya akan bertukar menjadi putih susu.
Barreleye Fish
Ikan menarik ini mempunyai mata yang sangat sensitif kepada cahaya, dan sentiasa menghala ke atas bagi mengesan bayang-bayang mangsa. Mata ikan ini terletak di dalam kepalanya yang lut sinar dan berbentuk dom, membolehkannya untuk menangkap cahaya sebanyak mungkin. Organnya kelihatan seperti tumbuhan-tumbuhan di dalam pasu bunga.
Big Skate Stingray
Big skate adalah sejenis ikan pari yang mudah dijumpai dalam air cetek. Hidupan ini yang mempunyai wajah seolah-olah seperti manusia adalah tarikan popular di akuarium di seluruh dunia. Kulitnya yang sangat pucat hingga dapat mendedahkan organ dalamannya.
Glass Squid
Terdapat kira-kira 60 spesies sotong gelas di dalam keluarga Cranchiidae. Kebanyakan daripadanya adalah lut sinar, dan mempunyai organ bercahaya di bawah mata. Mereka bergerak secara menegak bagi mengurangkan penglihatan.
Transparent Sea Cucumber
Makhluk laut yang kelihatan seperti alien ini hidup di kedalaman 2,750 meter di lantai laut. Gamat lut sinar ini merangkak dengan menggunakan tentakelnya pada kelajuan 2 sentimeter setiap minit, sambil menyapu sedimen yang kaya dengan detritus ke dalam mulutnya.
Ghost Shrimp
Kebanyakan udang terutamanya ketika peringkat larva kelihatan seperti telus cahaya. Namun udang hantu ini merupakan krustasea paling lut sinar. Udang ini kerap kali dibela di dalam akuarium. Habitat asalnya adalah di dalam air payau tanah lembab.
Glass Octopus
Sotong kurita gelas ini boleh ditemui di dalam perairan terbuka tropika dan subtropika di seluruh dunia. Disebabkan ia sangat jarang ditangkap, sama ada secara fizikal mahupun di dalam kamera, tidak banyak yang diketahui tentang sotong ini.
Tidak seperti sotong lain, sotong ini mempunyai mata yang memanjang yang kelihatan seperti terkeluar ke atas, mungkin bertujuan untuk memaksimakan cahaya malap daripada permukaan air.
Sea Angel
Sea angel, atau terjemahan bahasa Melayu, malaikat laut adalah sejenis lintah laut yang berkeliaran di kawasan perairan sejuk di Laut Artik. Dari segi fizikal, ianya kelihatan seperti kuda laut. Hidupan laut ini sebenarnya menjadi sumber inspirasi kepada watak Phione dan Manaphy di dalam Pokemon.
Secara umumnya ikan merah pucat diklasifikasi dalam keluarga besar Lutjanidae (snappers atau ikan lutjan sebagaimana ikan merah lain serta jenahak).
Ikan merah pucat merupakan spesies marin tropika dan lebih menggemari kawasan berterumbu karang dengan perairan berkedalaman dari 5 hingga 100 meter.
Taburan ikan merah pucat meliputi Indo-Pasifik Barat: Teluk Persia dan Teluk Oman ke Fiji, utara ke selatan Jepun dan Pulau Jeju, Korea, selatan ke Wales Selatan Baru, Australia dan New Caledonia.
Nama saintifik spesies ini telah menimbulkan kekeliaruan dan disebut sebagai Lutjanus malabaricus (non Schneider) atau Lutjanus altifrontalis oleh banyak penulis baru-baru ini. Penemuannya di Laut Merah adalah kesalahan identifikasi.
Spesies L. erythropterus ini dikenali sebagai common snaper, red snapper dan crimpson snapper ini mencapai kematangan apabila mencecah 50cm panjang.
Ia mampu membesar sehingga 81cm namun spesimen yang biasa ditemui sekitar 45cm. Dilaporkan merah pucat ini mampu hidup sehingga 8 tahun.
Spesies dewasa gemar mendiami dasar lubang dan terumbu karang. Mereka hadir di atas beting, puing-puing, karang, epibenthos besar, substrat lumpur keras atau berpasir dan terumbu lepas pantai.
Biasanya dalam kelompok. Spesies juvenil dari panjang sekitar 2.5 cm menghuni perairan cetek di atas substrat berlumpur.
Mereka menjadikan diet dari pelbagai jenis mangsa yang didominasi oleh ikan, dan dengan sejumlah kecil krustasea, cephalopods dan invertebrata bentik lainnya. Mereka kebanyakan mencari makan pada malam hari.
Hanya dua jenis ikan ibu kerisi dicatatkan dalam kamus ikan lewat masa kini iaitu Pristipomoides multidens dan Pristipomoides typus. Jenis multidens adalah lebih besar dari typus dan ia banyak di Pantai Timur Semenajung berbanding typus mudah diperoleh sekitar laut dalam di Pulau Penang hingga Teluk Benggala.
Di Pantai Timur ikan ini lebih mendapat perhatian berbanding jenahak mahupun merah sebab itu nilainya amat baik di pasaran. Isinya lebih lembut. Jumlah tangkapannya kasar tidak memberangsangkan seperti mana ikan merah. Ibu kerisi bukanlah gamefish. Ia diburu kerana harga dan kelembutan yang dimiliki spesies unik ini.
Ibu kerisi atau goldband snapper mampu membesar sehingga 90cm panjang dengan anggaran berat melebihi skala 20 kg. Namun spesimen yang biasa ditemui sekitar 70cm sahaja. Ibu kerisi matang apabila mencapai 35-50cm dan membiak di antara bulan Mei hingga Ogos. Anggaran usia maksimum boleh mencapai 30 tahun.
Bagi saya ibu kerisi berwarna ‘lembut’ sehalus isinya berbanding kerisi bali lebih terserlah warna badan. Ia cukup cantik dipandang apatah lagi jika dapat melihat kilauan warna ketika biasan dan pancaran cahaya matahari.
Asasnya berwarna seperti jenis kerisi kecil lain dan kilauan perak lebih memancar hampir 70%. Jalur kekuningan halus memanjang dari kepala hingga pangkal ekor untuk P. Typus. Bergigi taring lebih kecil dari yang dimiliki oleh siakap merah. Ekor slim bercabang boleh menghasilkan pecutan baik dalam air.
Ibu kerisi kini lebih tertumpu di kawasan air dalam minimum 150 kaki tidak seperti dahulu boleh dijumpai merayau di kawasan persisiran pantai 50 kaki. Lokasi tumpuan kini adalah lubang dan boleh dikatakan banyak mendiami perairan Penang dan sekitar laut di kawasan cari gali minyak. Ia berada di laut (selat) sempit dan juga laut luas.
Kebanyakan lokasi dihuninya adalah dasar keras sama ada berkarang, batu keras dan pinggir lokasi berkenaan. Paling hampir dengan pantai yang pernah saya dapat ialah bahagian timur Pulau Bidung (kedalaman air 160 kaki) dan selebihnya di lokasi yang berjam-jam lamanya.
Ikan kerisi ini aktif untuk kedua-dua waktu siang dan malam. Rekod tangkapan saya lebih banyak di siang hari berbanding malam. Kuat melawan ketika bawah pertengahan air dan muncul pelampung di mulut menandakan ia sudah barotrauma, tidak mampu berbuat apa lagi.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...