Kalau kot ye pun teruja nak memancing elakkan dari menjadi seorang yang kelam-kabut. Bukannya apa, bila terjadinya kes-kes kelam-kabut ni pasti ada saja masalah yang akan terjadi. Tertinggal set pancinglah, ikan rabutlah dan yang paling teruk berpotensi untuk ditimpa kecederaan sewaktu memancing. Jadilah seorang pemancing yang sentiasa bertenang dan rancanglah sebaik mungkin perjalanan sebelum anda keluar memancing.
Ads
Kes kaki pancing cemburu ni mesti banyak kali terjadi di kalangan kita. Pantang je tengok orang tarik ikan mesti ada 1 atau 2 orang yang jenis tak senang duduk bila tengok orang strike. Time tu jugaklah dia nak pindah duduk kat kawasan orang yang dapat ikan tu. Haihh, kalau boleh, jadilah pemancing yang sentiasa percaya pada rezeki sendiri. Janganlah dek kerana sikap tamak dan cemburu tu anda dibenci pemancing lain.
Ads
Ads
Biasa terjadi bila memancing dapat sambaran tetapi ikan susah nak mengena. Adakah anda kaji semula mengapa perkara itu terjadi? Besar kemungkinan ia datang daripada pemilihan peralatan yang salah. Jadi sebagai pemancing, anda harus tahu apa spesies ikan sasaran anda. Jadi dari sini anda boleh menentukan peralatan apa yang sesuai untuk anda gunakan. Sebagai contoh, janganlah nak pancing layaran guna mata kail udang pulak nanti.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Cabaran paling getir memancing ikan pari ialah bila berhadapan dengan tindakan ikan pari melekap seluruh tubuhnya di dasar laut. Berikutan daripada itulah munculnya pelbagai petua untuk membebaskan pari daripada melekap.
Ada petua yang logik tetapi kebanyakannya langsung tak boleh boleh diterima akal.
Petua 1 – Jentik tali
Jentik tali pancing macam main gitar. Alasannya, pari akan terasa ngilu akibat daripada getaran tali pancing yang turut menggetarkan mata kail yang tertusuk pada mulut pari. Rasanya mungkin ada benarnya jugak sebab kalau kita sakit gigi memang sensitif sangat pada sebarang getaran.
Petua 2 – Curah air tawar
Curah air tawar sama ada air paip atau air minuman pada tali pancing. Alasannya, air tawar yang akan mengenai mulut ikan pari akan menyebabkan kejutan atau melemahkannya. Sekaligus akan membuatkan ia bergerak keluar dari melekap. Logik ke air tawar boleh sampai ke mulut ikan pari setelah dicurahkan pada tali pancing?
Petua 3 – Gentel tembakau
Gentel atau lurutkan tembakau rokok pada tali pancing laju-laju. Alasan dan kesannya sama juga macam jentik tali pancing supaya ikan pari akan rasa ngilu. Di mana logiknya pun lebih kurang sama juga. Tak tercapai dek akal macam mana getaran tersebut boleh sampai ke mulut pari sekaligus rasa ngilu boleh mengatasi rasa sakit akibat tertusuk mata kail.
Petua 4 – Hantuk dengan batu ladung
Sama ada menggunakan klip atau snap yang disangkutkan batu ladung, kemudian dilepaskan menerusi tali pancing dengan tujuan untuk mengetuk kepala atau mulut ikan pari, ia tetap merupakan satu tindakan yang tak masuk akal. Lebih-lebih lagi teknik pancingan tersebut menggunakan perambut tanduk atau ranggung.
Petua 5 – Halau dengan tembakau
Dikatakan ikan pari tidak suka bau tembakau (usah bincang bila masa pulak pari pernah hidu bau tembakau), maka tembakau dimasukkan di dalam uncang kain dan diturunkan melalui tali pancing menggunakan batu ladung sebagai pemberat.
Persoalan paling utama, tak tersangkut ke uncang tembakau tu pada batu ladung yang digunakan di tanduk atau ranggung?
Petua 6 – Guna petrol Ron95
Konsep yang sama menggunakan uncang tembakau. Kesannya juga nampak macam boleh diterima akal. Tapi pelaksanannya tetap tidak pratikal. Lebih buruk ia boleh mencemarkan alam sekitar. Silap-silap ikan lain yang ada di lubuk tersebut semua cabut lari sebab tak suka bau petrol.
Untuk mengenal seseorang itu layak bergelar pemancing sejati bukanlah dengan melihat hasil pancingan atau kekerapannya memancing. Banyak lagi ciri yang perlu diperhatikan dan perlu ada dalam diri seseorang pemancing untuk bergelar seorang pemancing sejati.
Tidak Membazir Stok Ikan
Pemancing sejati tidak perlu untuk menangkap ikan secara berlebihan walaupun untuk dijadikan makanan. Jika ingin membawa pulang, amalkan konsep beg limit. Malah, ikan yang bersaiz kecil dan tidak sesuai dimakan, lebih wajar untuk dilepaskan kembali. Cukup sekadar bergambar sebelum dilepaskan untuk dijadikan kenangan jika perlu.
Sesetengah spesies mengalami ancaman kepupusan. Mungkin bagi sesetengah tempat atau kawasan masih banyak, namun ia perlu dilihat secara menyeluruh kerana mungkin ia telah sukar didapati bagi kawasan lain pula.
Tidak Mencemarkan Alam
Peringatan mudah ini sering dipandang remeh, namun ia merupakan asas dan perkara paling mudah untuk dilakukan. Jika anda pergi memancing di hutan atau di mana-mana, pastikan anda membawa pulang sampah atau menanamnya. Jangan sesekali membiarkan sampah merata-rata terutama jenis plastik dan polimer.
Begitu juga dengan botol minuman berkaca, jangan sesekali membuangnya terus ke dalam air dan membiarkannya tenggelam kerana ia lebih memburukkan keadaan dasar sungai. Inilah sebenarnya sifat seorang pemancing sejati.
Patuhi Peraturan Memancing
Peraturan dan etika memancing wujud untuk memelihara ikan dan sumbernya agar kita terus dapat menikmati dan berkongsi keseronokan memancing. Tiada sebab untuk anda memancing secara semberono tanpa mengikut etika dan peraturan memancing. Keseronokan memancing perlu seiring dengan etika dan peraturan terhadap sumber dan ikan itu sendiri.
Jauhi Kegiatan Tidak Bermoral
Setiap pemancing perlu melaporkan sebarang kegiatan tidak bermoral terhadap sumber. Pemusnahan sumber seperti kegiatan menuba, bom ikan, penggunaan elektrik dan lain-lain perlu dicegah bersama-sama.
Walaupun di Malaysia, pemancing tidak diiktiraf, tidak ada salahnya jika kita pemancing, mengambil peranan ini terlebih dahulu untuk melaporkan kepada pihak berkuasa tempatan. Siapa tahu suatu hari nanti, kerajaan melihat pentingnya peranan pemancing, mungkin akan ada ‘Jabatan Pemancing’ untuk kita berhubung terus untuk sebarang masalah.
Lindungi Kawasan Sekitar Perairan
Jangan sesekali memusnahkan atau menokok tambah kecantikan asli sesuatu kawasan. Kita sering melihat lakaran atau torehan nama pada batu atau pokok di hutan kononnya sebagai kenangan abstrak pernah ke sana. Ia tidak patut berlaku malah sebenarnya perbuatan ini lebih mencacatkan persekitaran dan nilainya. Biarkan pokok-pokok atau bunga-bunga tumbuh meliar dan jangan sesekali memetik atau merosakkannya.
Gali Maklumat Dan Teknik
Seorang pemancing yang bagus akan sentiasa terus belajar untuk menambahkan ilmu dalam memancing. Ini termasuk meningkatkan teknik memancing, meluaskan ilmu tentang sifat ikan dan sentiasa tahu jika apa yang pemancing lakukan boleh mendatangkan akibat buruk kepada sumber.
Dengan ini, anda mampu menjadi sebahagian daripada penyelesaian dan bukan sebahagian daripada punca masalah. Anda tidak perlu untuk terus tahu tentang segalanya, namun anda mampu untuk belajar sesuatu daripada setiap trip yang anda lalui.
Sentiasa Berkongsi Ilmu
Setiap pemancing perlu berkongsi tentang kesedaran dan ilmu dengan pemancing lain. Malah ia mampu menarik perhatian bagi individu lain untuk terjun ke dunia memancing. Berkongsi ilmu sebegini lebih mendatangkan manfaat berbanding hanya kita yang tahu dan praktikkannya. Jika anda mampu melakukan ini tanpa sebarang kepentingan peribadi, maka barulah anda layak bergelar pemancing sejati.
Pernah tak korang kena sengat sembilang atau ikan berbisa seangkatan dengannya? Jom share sedikit pengalaman berdenyut korang tu. Kalau sesiapa yang ada petua penawar bisa sembilang ni pun cantik juga untuk dikongsikan bersama.
“Pengalaman Wak kena… baca selawat… tekapkan tempat kena sengat tu kat badan ikan tu balik. Mean kat lendir badan ikan tu… petua dari orang lama gak tu… Alhamdulillah boleh sambung mancing balik.”
– Chewan Redzuan
“Biasa saya kalau kena sengat sembilang ni atau ikan duri saya akan kencingkan kat jari yang kena sengat tu dan biar beberapa minit sampai reda. Lepas reda baru basuh balik tangan dengan air bersih.”
– Fakhrul Tahir
“Dapat sembilang air mula pasang. Patut buang sengat dulu tapi tukar fikiran buka mata kail dulu. Salah teknik pegang mendapat. Gi hospital time tu gak. 4 injection… 4 hari mc. Masa 4 hari mc boleh rasa tiap kali air tengah pasang dia punya denyut datang… Perghhh! Ini semua pengalaman wei. Beringat sebelum kena”
– Syaher Fahmi
“Pakai redset… selalu memancing sembilang bawa redset nyamuk… kalau-kalau terkena sengat sembilang sembur saja dengan redset… rasa sejuk… sakit pun kurang.”
– Fredolin Edo
“Petua aku lebih kurang pantun je… bila kena duri cepat2 sebut `nasib baik kena malam, kalau kena siang tentu sakit’. Bila kena siang, cakap mcm tu jugak cuma kalih je… `nasib kena siang kalau malam tentu sakit’. Ok… petua ni dah banyak kali guna… alhamdulillah. Tak kira la duri ikan apa pun… sebut ja macam tu… apa yang penting kita mesti percaya… jangan was-was.”
– Faris Fazil
“Penah kena zaman kanak-kanak. Naik basikal mancing ramai2 ngan kawan. Kurang bernasib baik hari tu tercucuk duri sembilang kat betis! Rasa nak pitam masa tu… nasib baik ada sorang pak cik kat situ… datang sambil senyum je. Kawan2 dah cuak masa tu tengok keadaan. Pak cik tu amik batang mancis dan kikis belerang kat tempat kena sengat… pedih tak terkata… dengan selamba pak cik tu cucuh api kat belerang tu… fuhhhh…! Sekelip mata sakit tu hilang… dan boleh sambung mancing… pengalaman yang tak boleh lupa.”
– Asrofi Salihi
“Petua daripada orang-orang lama. Kalau kena sengatan haiwan-haiwan laut… ambil ‘otak ikan’ dan makan mentah-mentah… boleh diamalkan jika petua lain tidak berkesan sementara nak pergi klinik.”
– Syed Zuraidi
“Pernah kena duri sembilang ni… gunting sedikit hujung ekornya selawat kunyah ekor tu dan telan. Rasa pahit sedikit… Insyaallah hilang / kurang dalam beberapa minit… selamat mencuba.”
– Md Redzuan
“Paling mujarab ambik satu misai kucing cucuk dekat tempat yang kena tu… nanti akan terasa hisapannya. Saya dah cuba Alhamdulillah lena tidur dengan izin Allah.”
– Sekut Cotek
“Masa memancing dulu-dulu dengan orang-orang lama… dia ambik tahi cacing tanah yang masih baru dan sapu pada tempat terkena sengatan… Alhamdulillah boleh sambung memancing.”
– Yamin Hamzah
“Petua yang saya dapat dari ayah… ikan sembilang, keli, duri dan keluarganya… asah kuku guna pisau, ambik habuk kuku dan tampal di tempat kena sengat. Insyallah rasa berdenyut sakit hilang.”
– Amir Aziz
“Cari daun lidah ular lepas tu lenyek-lenyek kat tapak tangan dan tempek tempat yang kena sengat… jap ja lega. Cara ni selalu dok buat kalau kena.”
– Shukri Mokhtar
“Pernah kena… tekong suruh gigit dan telan ekor ikan sembilang tu. Alhamdulillah kurang sakit… boleh teruskan mancing sampai ke petang. Masa tu naik sampan… kena dalam pukul 10 pagi macam tu… tapi lepas naik darat… balik rumah mandi terus tangan start bengkak… terus gi klinik dan kne enjet.”
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...