Jangan duduk diam macam tokong sayoq semasa memancing. Kalau boleh bawak-bawak la bersembang dengan rakan (mengelak stress… kalau stress boleh mabuk gak), melawak la apa-apa yang patut dan jangan menyanyi. Sebabnya ada dua. Satu, perut mudah masuk angin. Kedua, suara tak sedap… kawan-kawan menyampah dengaq… hingaq. Tekong pun tak suka.
Sebolehnya pakailah seluar yang boleh pasang tali pinggang. Sebabnya kita boleh ketatkan sedikit kat perut tu supaya tiada ruang-ruang dalam isi perut tadi berkocak-kocak. Dari berkocak-kocak isi perut tu maka akan menghasilkan gas-gas dalam perut… tu yang rasa nak muntah.
Ads
Jangan sesekali tidur terlentang apabila rasa mabuk pening-pening peringkat awal. Cukuplah sekadar bersandar pada tiang bot atau dinding bot yang teduh dari panas. Sebabnya kalau tidur terlentang maka ruang-ruang perut menjadi luas dan ini akan memberi peluang kepada isi-isi perut untuk berkocak. Bila isi perut berkocak maka gas-gas akan terhasil.
ALAN BEEPEE
Ads
Sedikit tips dari aku sebelum turun jigging jangan makan makanan berminyak dan susu. Makan pil tahan mabuk 1 atau 2 biji setengah jam awal sebelum naik bot. Dan berharaplah supaya tak mabuk.
PAYED ASYRAF
Nak share cara yang boleh nak elak mabuk. Pakai ear plug dalam salah satu telinga. Telinga tempat balance point dalam badan kita. So far tak mabuk lagi tapi dah sampai darat, buang je ear plug tu… berpusing kepala pening.
Ads
NAZLEEY KAMARUDIN
Semua kita sama je… hanya manusia biasa yang lemah. Tak lepas dari mabuk laut… cuma dia serang kuat tak kuat je. Walau dah turun ke laut berkali-kali… mabuk pasti akan datang. Cara saya, masa tu dalam hati berdoa… ‘Ya Allah, kurangkanlah dugaan ini’ sambil ambil seceduk air beralaskan tapak tangan, sapu ke muka. InsyaAllah ok… biar kita rasa kita kecik. Allah akan tolong… tapi kalau tidur tak cukup… berbuai juga.
Menurut maklumat pemancing ibu gelama otai di Sarawak, tarikh 15 hari bulan 8 (kalendar luna) setiap tahun merupakan hari keramat kerana ia adalah tarikh keemasan untuk memburu eron (panggilan ibu gelama di Sarawak).
Kapal karam di perairan Kuching, Sarawak memang amat popular bagi pemburu ibu gelama. Banyak cerita menarik tentang ikan ini yang datangnya dari sana.
Seorang pemancing otai mendakwa, mereka pasti akan keluar ke laut untuk memburu ibu gelama setiap kali menjelangnya Moon Cake Festival yang jatuh pada setiap 15 hari bulan 8.
Lazimnya pada tarikh itu keadaan laut di sana amat tenang, bulan mengambang dengan cuaca yang cukup baik.
Menurut mereka, pada hari itu seakan hari keluarga ibu gelama di mana ikan-ikan gelama monster ini akan berkumpul dengan banyaknya di kapal-kapal karam untuk mengawan.
Semasa mengawan, bunyi lazimnya yang dikeluarkan oleh keluarga gelama ini apabila didaratkan akan kedengaran.
Dikatakan, bunyi tersebut mampu didengari sehingga keluar dari permukaan air.
Memang benar air dapat menyekat gelombang bunyi tetapi jika bunyi itu kuat dan lantang, ia mampu melepasi permukaan air.
Anda boleh bayangkan sendiri betapa kuatnya bunyi bising yang mampu dijana oleh ibu gelama.
Boleh berderau darah dibuatnya bila tengah-tengah malam buta terdengar bunyi yang pelik-pelik di tengah laut.
Paloh?
Apa yang dimaksudkan dengan paloh? Ia adalah lubuk yang dasarnya lapang tidak ubah seperti gurun.
Tiada kapal karam, tiada terumbu karang atau sebarang struktur yang ketara. Dasaran lapang bukanlah tidak berpotensi sebagaimana kita sangkakan, ia juga ada struktur tetapi bersifat maya.
Struktur maya ini terjadi akibat aliran arus laut yang lama kelamaan menjadi seperti alur longkang.
Longkang ini umpama satu saluran makanan, di mana semua makanan akan mengalir dan terkumpul di sini.
Longkang seperti ini tentu akan menarik perhatian ikan-ikan besar datang. Sudah tentu ibu gelama pun turut sama.
Ibu gelama di sini akan mula mencari makan semasa air pasang pada waktu malam. Lebih mengagumkan, ibu gelama di sini bukannya datang seekor, sebaliknya berkumpulan.
Jadi apabila anda dah dapat tewaskan seekor, maka malam itu anda berpeluang untuk bergasak dan kenduri ibu gelama.
Tetapi jika ingin mendapat lebih dari seekor, anda perlu mematuhi syarat itu iaitu senyap.
Malam menjelang, bot tidak dibenarkan menyalakan lampu, pemancing hanya perlu menunggu kemunculan mangsa.
Apabila ibu gelama merentap umpan, pemancing hendaklah berlawan dengan cara perlahan saja.
Apabila mangsa ditewaskan, anda juga tidak boleh terus mengangkatnya naik ke atas bot, sebaliknya mestilah gunakan tangguk dan tinggalkan ia di dalam tangguk yang direndam ke dalam air.
Ini bertujuan mengelakannya dari bergelut di atas dek bot dan membuat bising. Jika ingin mengangkatnya naik, anda perlu tunggu sehingga selesai memancing. Bunyi bising adalah pantang larang semasa memancing ibu gelama.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
→ Seekor paus pembunuh berusia 14 tahun bernama Wikie yang berada di Marineland Aquarium di Antibes, Perancis menjadi paus pembunuh pertama yang diketahui mampu bersuara mirip dengan bahasa manusia, seperti hello dan bye-bye.
→ Kenapa ia dipanggil paus pembunuh sedangkan ia bukannya paus? Paus pembunuh itu pernah disebut ‘pembunuh paus’ oleh pelaut yang melihatnya menyerang paus. Setelah masa berlalu, nama itu terbalik.
→ Paus pembunuh bukanlah ikan. Mereka adalah mamalia laut. Namun, paus pembunuh juga bukanlah paus. Paus pembunuh adalah sejenis lumba-lumba.
Jenis lumba-lumba yang terbesar. Mungkin karena ukurannya yang besar, mamalia ini disebut paus.
→ Paus pembunuh terbesar yang pernah diketahui adalah sepanjang 9.8meter. Jika dibuat perbandingan, ia sepanjang bas! Beratnya sekitar 11ton atau 9,979kilogram.
→ Biasanya paus pembunuh memiliki panjang antara 4.9-9.1meter dan berat sekitar 3-6ton atau sekitar 2,722-5,443kg. Orca jantan lebih besar dari betina.
Bahkan, ketika dilahirkan saiz paus pembunuh sudah sekitar 2.4 meter dan beratnya 181-400kg.
→ Paus pembunuh adalah haiwan karnivor. Mereka makan ikan, termasuk jerung, sotong, ketam, udang kara, anjing laut, singa laut, dugong, burung laut, penguin, penyu dan tentu saja paus.
Termasuk paus sperma juvenil dan paus biru juvernil. Menurut para saintis, mereka juga akan makan beruang kutub jika ada peluang!
→ Paus pembunuh adalah makhluk yang sangat sosial. Mereka gemar berkumpul bersama untuk membentuk klan. Mereka juga dapat dipecahkan menjadi kelompok-kelompok kecil.
Mereka berburu dan tidur bersama. Mereka berkomunikasi satu sama lain dan saling membantu saat mengalami masalah. Bila salah satu anggota mati, ahli kumpulan dipercayai berkabung.
→ Bahasa paus pembunuh adalah salah satu yang paling kompleks dalam kerajaan haiwan. Mereka menghasilkan peluit bernada tinggi, panggilan berdenyut, dan suara frekuensi rendah.
Peluit digunakan untuk komunikasi jarak dekat atau komunikasi peribadi, sementara panggilan berdenyut digunakan untuk komunikasi jarak jauh.
Selain berkomunikasi melalui suara, paus pembunuh berkomunikasi melalui sentuhan dan melalui pelbagai gerakan, seperti menepuk-nepuk siripnya.
→ Paus pembunuh tidak memiliki organ untuk menghidu atau bahagian otak yang didedikasikan untuk menghidu sehingga diyakini bahwa mereka tidak dapat mencium bau.
Namun, mereka memiliki indera penglihatan dan pendengaran yang baik. Mereka mampu mendengar lebih baik dari pada anjing dan bahkan kelawar.
→ Mata paus pembunuh memiliki kedudukan yang tidak berbeda jauh dengan mata lumba-lumba lainnya. Dan seperti lumba-lumba lainnya, paus pembunuh tidak boleh sepenuhnya tidur karena mereka harus naik ke permukaan untuk bernapas.
Oleh kerana itulah mereka tidur hanya dengan sebelah mata. Jika mata kiri paus pembunuh terbuka, itu bererti sisi kanan otaknya sudah terjaga dan yang lainnya tertidur, dan sebaliknya.
→ Paus pembunuh dapat ditemukan di semua lautan di dunia, di perairan hangat dan dingin, bahkan di perairan yang membeku.
Bagaimana mereka dari selamat dari kesejukan melampau? Mereka memiliki lapisan lemak tebal di bawah kulit mereka, yang disebut blubber.
→ Meski populasi mereka besar dan tersebar di serata lautan serta tidak ada pemburuan terhadap mereka dalam skala besar, ini tidak menjamin bahwa paus pembunuh tidak akan musnah.
Mereka mudah terserang pencemaran dan populasi mereka juga akan turun jika mereka kesulitan mencari mangsa akibat pencemaran.
→ Paus pembunuh hidup lama, lebih dari 90 tahun. Paus pembunuh betina hidup lebih lama dari pada jantan. Paus pembunuh sering mati karena usia tua atau sakit. Paus pembunuh tertua yang diketahui berumur 103 Tahun
→ Di alam liar, paus pembunuh tidak pernah tercatat sebagai membunuh manusia. Sebaliknya di dalam kurungan, beberapa pelatih dan pegawai taman air laut telah diserang oleh paus pembunuh dan di antaranya terbunuh.
Paus pembunuh bernama Tilikum diketahui telah membunuh tiga pelatih berbeza pada tahun 1991, 1999, dan 2010.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Peraturan memancing membolehkan sesuatu tempat atau sumber itu dilindungi lantas memberikan peluang kepada kaki pancing untuk terus menikmati aktiviti memancing. Kewujudan peraturan memancing akan memberikan faedah dan manfaat kepada ikan, sumber ikan dan manusia sendiri.
Biasanya peraturan memancing yang wujud berbeza mengikut negara dan terdapat sesetengah negara yang begitu menitikberatkan peraturan ini.
Antara peraturan memancing yang wujud ketika ini termasuk:
Had bagi berapa ekor ikan bagi setiap spesies yang anda boleh pancing dalam sehari
Permulaan dan pengakhiran tarikh bagi musim atau masa memancing
Had bagi jumlah tali atau mata kail yang anda boleh gunakan dalam sehari.
Peraturan bagi alatan atau jenis pancingan yang boleh digunakan
Had saiz tangkapan
Peranan Pemancing
Bagi pemancing, mereka tahu yang mereka mempunyai tanggungjawab besar dalam konteks perikanan. Selain itu antara peranan lain pemancing termasuk:
Mengamalkan konsep tangkap dan lepas jika tidak memakan hasil tangkapan.
Jika menangkap ikan yang telah ditandakan atau tagging, laporkan kepada agensi terlibat
Selepas memancing, sila pastikan kawasan itu ditinggalkan dalam keadaan bersih
Tidak membuang sampah dan cuba bersihkan sampah yang ditinggalkan oleh orang lain.
Libatkan diri dalam program konservasi.
Memberikan informasi kepada pemancing lain
Laporkan sebarang tindakan tidak bertanggungjawab.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...