Trip ke Gubir ini, kami sekadar untuk casting cari manis-manis Toman. Tidak tahu dan tidak pernah tahu langsung pasal ikan lagenda ini di sini. Hari ketiga selepas aku lucut induk toman sebanyak dua kali. Tompok anak yang keempat menjadi cerita dan rezeki yang tidak diduga.

 

Tompok anak keempat aku pujuk sehingga induk bawa anak masuk ke bawah pokok. Nak baling crank tak boleh, nak baling spinnerbait pun tak boleh sebab group anak agak jauh ke dalam. Dengan penglihatan yang tidak berapa jelas, aku dan tekong nampak samar-samar macam kelibat induk toman berlegar atas air berdekatan tompok anak. Tiada pilihan aku tanya tekong, aku skipping boleh ke? Tekong cakap try la.., mana tahu dia nak ambil topwater.

 

Penampilan Semula Spesies Lagenda Tasik Gubir

 

Balingan pertama tidak ada sambutan.  Balingan kedua kelibat macam induk toman kejar SP Silencer dan boom! Meletop! Tapi aku tak nampak sebab agak jauh ke dalam, ikan terus ambil dan terus junam bawa lari. Dalam hati aku,  Alhamdulillah induk toman ambil! Strike juga mama toman ni… tapi pecutan ikan ni lain dari biasa. Selepas aku pump dan paksa keluar… kelibat badan ikan berwarna putih dalam air… tekong cakap bujang size… pump terus bawa keluar!

 

Penampilan Semula Spesies Lagenda Tasik Gubir

 

Lepas je keluar dari bawah pokok, satu lompatan akrobatik tinggi berlibas-libas. Dalam hati aku ni bukan toman, macam kaloi… tapi takkan kaloi makan SP? Selepas fight makin dekat ke boat barulah jelas. Tekong terus cakap, “Ko tahu tak Khir ni ikan apa? Ni nami arowana! Cepat bawa masuk ke tangguk!”

 

Tiga ke 4 kali juga ikan ni melompat dan pecut untuk lepaskan diri, akhirnya ikan berjaya dilandedkan dan kami berpelukan atas bot (hampir-hampir tercium). Tekong bukan main happy. Sebab dia sendiri dari tahun 2009 cari ikan ni tak pernah nampak depan mata apatah lagi dapat landedkan di Tasik Gubir.

 

Ads

Penampilan Semula Spesies Lagenda Tasik Gubir

 

Selepas berjaya landed, sekejap saja berita tersebar malam tu. Whatsapp, call, messager FB aysik masuk. Tanya aku dan tekong. Macam-macam soalan. Ada yang siap ucap tahniah, ada yang cerita dari 2005 cari tak dapat. Ada yg happy siap nak belanja makan, nak belanja trip mancing, nak tengok gambar, nak jumpa borak-borak macam mana boleh strike.

Info dari orang di sana, dah hampir 20 tahun ikan ni tidak ditemui dan sekadar menjadi cerita-cerita dan digelar ikan Lagenda Gubir.

 

Penampilan Semula Spesies Lagenda Tasik Gubir

 

Ada juga orang-orang kampung kat sana terkejut, terharu dan sebak sejak tahu masih ada ikan lagenda ni selepas aku berjaya landedkan. Alhamdulillah… rezeki dari Allah. Bukan aku yang minta tapi Allah yang maha pemurah yg memberi rezeki. Mungkin lesen terbaik aku sejak memancing? Bukan dari segi size… tapi dari segi species rare, tahap kepupusan dan semakin sukar nak dapatkan.

 

Terima kasih juga dengan Tali Halus Gagah Mayeep sangat-sangat membantu untuk landedkan ikan ni dengan sempurna. Tali ni dah terbukti ikan rare pun mampu terpikat tahu. Thanks juga kepada Mayeep untuk sponsor trip gubir Kali ni. Bagi aku trip paling sukses sejak memancing di luar.

Ads

 

Penampilan Semula Spesies Lagenda Tasik Gubir

 

Terima kasih juga kepada tekong Muhammad Khairul Ikhwan  yang sudi bawa aku hari ketiga (last minit deal). Banyak aku belajar mancing toman guna crank masa di Sungai Kedah sebelum ni dengan dia. Kepada tekong Kun Fa Ya Kun, Muhammad Hakim & Nelayan Pedu berbanyak-banyak terima kasih bawa kami strike manis-manis toman.

 

Setup

 

Reel Daiwa Zillion TW HD 1000HL 2022

Rod Daiwa Blazon 10-20LB

Ads

Mainline Mayeep 40lb 8x

Leader Mayeep Walee 50lb

Lure Ozmy Silencer

Apparel FBC

 

Penampilan Semula Spesies Lagenda Tasik Gubir

 

Nota Kaki:

 

Trip Gubir kami selama 3 hari dah pun tamat. Saja nak habaq Gubir is padu guys ! Memang berbaloi guys pergi sini. Pemandangan yang cantik dan toman pun besaq besaq basss.

 

Alhamdullillah murah rezeki kami di Gubir. Strike memang banyak. Tapi belum tentu landed. Abang Ahmad Dzarif landed 2 ekor induk lucut 4 ekor dan aku landed 2 ekor induk lucut 5 ekor. Manakala Khir Firdaus land sebanyak 4 ekor induk lucut 2 ekor dan land seekor khazanah Gubir. Memang padu guys!

 

Penampilan Semula Spesies Lagenda Tasik Gubir

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI