Kisah ni terjadi sekitar tahun 2016, aku dan kekawan dengar ada dengar citer banyak lombong tinggal kat area Tanjung Tualang. Kebiasaaannya, kalau tempat tu bekas kolam ikan, mesti banyak ikan yang tak habis angkut masa last punya harvest.

 

Suatu petang aku dan kekawan bergerak ke lokasi sasaran. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 40 minit. Sampai tempat tu lebih kurang jam 6.10, aku pun terus parking dan pusing siap-siap kereta pasal senang nak turun balik karang. Sampai jer terus semua ambil port memancing. Lebih kurang 15 minit menunggu, joran kawan aku kene sambar, naik seekor rohu lebih kurang 4 kilo. Wow! sangat lumayan!

 

Hari beransur gelap… dua orang kawan aku tengah pasang unggun api. Aku plak duduk kat pancing sambil bersembang dengan kawan aku yg duduk kat sebelah, aku terdengar satu bunyi yang mencurigakan.

 

Penampakan Penunggu Pokok Ara

 

“Uuuiii… uuuiii…uuuuiiii……”

 

Kawan aku kat sebelah tak perasan bunyi tu kot, asyik membebel pasal ikan yang tak makan umpan. Aku cuba mengamati bunyi tu betul-betul, dan bunyi tu masih lagi berlanjutan. Hati aku dah start rasa tak sedap dah nih, tapi cuba berlagak cool dan rilek dulu.

 

Aku dah tak pandang pancing dah time tu, dalam dok dengar bunyi tu tetiba dah ada tambahan bunyi, aku dengar bunyi budak menangis. Aduh… ini dah lebih… dalam hati dah start baca ayat Kursi dan 3 Qul. Bunyi tu masih lagi berlanjutan.

 

Tiba-tiba kawan aku yang lagi seorang datang ke tempat aku dan duduk sebelah aku. Dia kata dia terperasan ada orang lain memancing seberang kolam, tapi bila tengok balik dah takde. Masa kawan aku cerita pasal apa yg dia nampak, bunyi uuuiii.. uuuiii… uuuiiiiiii berselang seli dengan tangis budak makin kuat… kompom Cik Ponti punya…!

 

Penampakan Penunggu Pokok Ara

 

Tak boleh jadi ni, aku terus bangun dan ajak kengkawan aku balik… 2 orang kawan aku yang tengah pasang unggun api tak nak balik pasal dorang kata baru sampai. Gila ke apa?! Hampeh betul… aku cakap kat dorang, jom la balik, nanti lagi susah. Barulah semua start packing barang nak balik.

 

Bila dah siap packing nak bergerak ke kereta, aduh… baru perasan bunyi tu datang dari pokok yang paling dekat dengan kereta aku. Kiranya, kalau nak pegi ke kereta, kena lalu bawah pokok tu dulu. Adeh… siot betul.

 

Tapi apa nak buat, kenalah lalu jugak kan. Takkan nak tunggu situ lagi. Kita orang pun berjalan pergi ke kereta berlampukan torchlight yang time tu jugak la nak meragam. Masa lalu bawah pokok tu, Tuhan je la yang tau… bulu roma ni dah meremang sakan dah oi!

 

Penampakan Penunggu Pokok Ara

 

Masa nak sampai ke kereta, tetiba dah dengar bunyi orang ketawa mengilai…. apa lagi? Kita orang semua lompat masuk dalam kereta la. Aku try start kereta, Alhamdulillah… boleh start. Terus masuk gear satu dan jalan… tak tengok belakang dah… takut siot!

 

Tapi…. ingatkan gangguan dah habis, masa turun dari kawasan tu ada dua kejadian aneh. Pertama, masa turun dari bukit tu memang dah gelap. Semuanya hanya berpandukan lampu kereta. Tapi ada sebiji motor yang entah datang dari mana potong kereta aku. Yang paling best motor tu tak pasang pun lampu.

 

Kedua, masa turun kami bertembung dengan dengan teksi. Teksi tu menuju ke puncak bukit. Kawan aku terus tanya aku pasal teksi tu. Syyyyhhhh! Jangan tegur… biarkan je dia. Adui… masa berselisih dengan teksi tu, aku menjeling tengok apa yang ada dalam teksi tu, hijau beb Hijau…! Orang yang bawak teksi tu warna hijau!

 

Penampakan Penunggu Pokok Ara

 

Alhamdulillah, akhirnya kami sampai jugak ke jalan besar, terus menuju ke rumah kawan aku. Kawan aku duduk berjiran dengan Cina. Rumah Cina ni ada anjing.. masa aku parking kereta, anjing tu tak duduk diam, asyik menyalak je. Menyalak ke arah kereta. Adoyai… mengikut balik la pulak. Kami semua masuk dalam rumah. Semua mandi dan solat. Mengaji lebih kurang barulah anjing kat luar diam… Alhamdulillah.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI