terdapat penjual enjin sangkut individu dan kedai membaiki enjin sangkut di pasaran. Enjin sangkut yang bermasalah dapat dikesan dengan mendengar bunyi yang agak bising apabila dihidupkan.
Sistem rod dan piston mewujudkan bunyi yang agak kasar menandakan enjin sangkut ini dalam keadaan kurang memuaskan.
Ads
Kuasa kudanya akan menurun dan tolakan sampan menjadi kurang bertenaga sekiranya digunakan. Ditambah lagi penggunaan minyak akan menjadi lebih kuat berbanding enjin yang masih baik.
Ads
Sistem coil api juga perlu dilihat supaya enjin sangkut terpakai ini boleh menyalurkan api yang kuat untuk disalurkan kepada plug. Alat ini amat penting dan adakala ia mudah rosak dan harga alat gantinya boleh tahan juga!
Ads
Walau apa jua pilihan pemancing sama ada ingin membeli enjin sangkut baru atau terpakai, penyesuaian terhadap bot amat penting. Padankanlah enjin sangkut sepadan dengan sampan yang digunakan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Umpun-umpun, perumpun atau ruat adalah umpan wajib dibawa jika memancing di kelong atau rumah rakit. Ia adalah umpan killer untuk pelbagai jenis ikan walaupun jarang mendaratkan ikan bersaiz besar.
Namun perumpun ini memiliki satu kelemahan iaitu tidak mampu kekal segar untuk tempoh yang agak panjang. Sedangkan jika sudah mati ia tidak lagi boleh dijadikan umpan kerana berbau busuk dan lembik.
Oleh yang demikian ia memerlukan penjagaan rapi agar dapat digunakan ketika ia dalam keadaan hidup dan segar.
Sebaiknya jangan beli terlalu awal sebelum trip ke kelong. Sebaiknya belilah ketika dalam perjalanan ke kelong atau sehari sebelum kerana bimbang juga stok kehabisan kalau beli dalam perjalanan ke kelong.
Jangan simpan perumpun di tempat terdedah atau terkena cahaya panas terik atau terdapat pancaran terus matahari kerana ia akan mengeringkan selut dan kelembapan badan umpun umpan serta membunuhnya.
Jauhi dari kesejukan hawa dingin atau air cond. Jika disimpan di bilik yang mempunyai air-cond, tambahlah sedikit air. Angin kering yang dikeluarkan dari air-cond akan mengering kelembapan yang terdapat dari kulit umpun-umpun.
Seboleh-bolehnya simpan di tempat sejuk atau masukan beberapa ketulan ais beku untuk menyejukkan tempat kurungan supaya cacing tersebut kurang aktif. Tapi tak perlulah simpan di dalam peti sejuk apatah lagi di dalam bahagian sejuk beku.
Jauhi tempat simpanan umpun-umpun daripada dimasuki semut dan berdekatan dengan bahan-bahan kimia yang boleh membunuhnya.
Apabila memotong umpun-umpun untuk dijadikan umpan, sebaiknya anda memotongnya daripada bahagian ekor sedikit demi sedikit dan sekiranya tidak habis digunakan, simpanlah di dalam bekas asalnya dan letak di tempat yang teduh.
Sebagai langkah alternatif paling mudah ialah menggantikan perumpun hidup dengan perumpun yang telah dikeringkan.
Malah ia boleh disimpan untuk tempoh yang panjang selagi ia belum digunakan. Untuk mencarinya pula sekadar pergi ke kedai-kedai pancing yang menjualnya.
Biasanya para pemancing tebing di persisir pantai yang berkarang berjaya mendaratkan udang kara, yang pada umumnya tidak disengajakan. Jika menjadikan udang kara sebagai sasaran utama memancing di kawasan dipenuhi karang ini bukanlah kerja mudah kerana pada kebiasaannya umpan dimakan oleh ikan lain yang banyak berkeliaran.
Cara memancing udang kara sebenarnya tidaklah susah sangat. Apa yang penting ialah menyediakan perambut mata kail yang khusus. Perambut khusus tersebut ialah perambut cabang atau Y dengan empat mata kail berangkai. Pilihan mata kail yang efektif ialah dari jenis wormer hooks. Perambut yang disarankan adalah jenis monofilament dengan ukuran diameter 0.28mm.
Teknik pancingan adalah pancingan dasar dengan menggunakan pemberat atau batu ladung hidup kecil yang dimasukkan ke tali utama. Saiz batu ladung bergantung kepada kelajuan arus. Tidak perlu terlalu besar tetapi pastikan ia tidak dihanyutkan oleh arus dengan mudah.
Pemilihan joran memadai yang tidak terlalu kaku dan reel berukuran kecil saja. Setup ultralight fishing pun boleh digunakan untuk memancing udang kara. Panjang joran disesuaikan dengan spot memancing kerana udang kara biasanya bersembunyi di balik karang.
Umpan seperti udang hidup atau segar, hirisan ikan segar atau sotong segar boleh digunakan untuk memancing udang kara. Apa yang penting, umpan perlulah dihantar tepat ke kawasan berkarang ini.
Memandangkan udang kara adalah haiwan nokturnal yang aktif pada waktu malam maka waktu yang tepat untuk memancing udang kara adalah ketika bulan tidak bersinar pada malam hari.
Ketika malam gelap pekat udang kara akan keluar dan lebih aktif mencari makan. Udang kara sangat sensitif terhadapan cahaya maka dari itu kurangkan penggunaan lampu suluh dan jangan gunakan lampu suluh yang terlalu terang untuk memilih spot.
Bukan senang sebenarnya nak dapat strike walaupun memancing di kolam. Umpan power saja tak menjamin korang akan dapat strike. Teknik perambut, cara persembahan dan cara kepalan umpan turut menjadi faktor utama kejayaan. Jika kesemua ini dilakukan dengan sempurna, barulah anda boleh menanti umpan disambar ikan.
Tutorial 1
Buat perambut Y dengan menggunakan perambut tangsi. Boleh lakukan teknik loop knot untuk menghasilkan perambut cabang (Y) yang sebelah panjang dan sebelah pendek. Anggaran hujung yang pendek 1/3 dari perambut panjang.
Tutorial 2
Cucuk pelet apung bersaiz besar pada mata kail perambut panjang. Manakala mata kail perambut pendek pula dicucuk jajan (keropok jagung). Tujuan jajan adalah untuk membolehkan pelet dikepal kemas pada mata kail.
Tutorial 3
Letakkan pelet kepal (pelet bancuhan berasingan dengan pelet yang dicucuk pada mata kail) yang telah dibancuh dengan perisa umpan ke atas tapak tangan. Kemudian letakkan mata kail berjajan dan kepal dengan kemas. Bahagian ini dinamakan pelet inti.
Tutorial 4
Letak lagi pelet kepal pada sebelah tangan dan letakkan pelet inti ke atasnya. Seterusnya tambah lagi pelet kepal menutupi pelet inti.
Tutorial 5
Lakukan kepalan dengan kekemasan sederhana (sekadar tidak pecah ketika melakukan balingan) tidak sebagaimana mengepal pelet inti. Pelet kepal ini akan berderai di dalam air (untuk menarik perhatian ikan) dengan meninggalkan pelet inti saja yang akan disambar ikan.
Tutorial 6
Persembahan umpan yang berkesan untuk menarik perhatian ikan di dalam air. Perambut panjang yang mata kail dicucuk pelet akan terapung di dalam air. Mata kail inilah yang lebih tinggi peluang disambar ikan berbanding mata kail perambut pendek yang tenggelam di dasar.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...