Sirip dorsal (dorsal fin) terletak di posterior operculum atau disebut juga bahagian atas ikan. Sesetengah ikan memiliki lebih dari satu sirip dorsal. Sirip dorsal berperanan melindungi ikan dari pemangsa dan membantu pergerakan maju, membelok serta pegun atau berhenti. Sesetengah ikan menggunakan sirip dorsal dengan cara berbeza. Anglerfish contohnya, menggunakan sirip dorsalnya yang bercahaya untuk ‘memancing’ ikan lain. Ada juga sesetengah ikan menggunakan sirip dorsalnya yang mampu mengeluarkan racun sebagai senjata pertahanan.
Sirip Adipos (adipose fin) merupakan sirip yang lembut dan berdaging terletak di antara sirip dorsal dan sirip kaudal. Namun tidak semua ikan memiliki sirip ini. Hanya sesetengah ikan seperti spesies salmonidae, charasins dan catfishes yang memilikinya. Fungsi sebenar sirip adipos ini masih menjadi tanda tanya para pengkaji. Pengkaji di Kanada berpendapat ia berfungsi seperti sensor namun masih tiada bukti sahih mengenainya.
Sirip kaudal (caudal fin) merupakan bahagian ekor ikan. Ia penting untuk henjutan ketika berenang. Sirip kaudal juga mempunyai pelbagai bentuk mengikut spesies ikan tertentu. Ia juga boleh dikelaskan untuk mengklasifikasikan spesies ikan.
Sirip anal (anal fin) terletak di permukaan bahagian bawah ventral atau perut ikan dan di belakang anus. Sirip anal berfungsi untuk kestabilan ketika ikan berenang.
Sirip pelvik (pelvic fin) terletak pada bahagian bawah abdomen dan berpasang. Sirip pelvik ini membantu ikan untuk berenang ke atas dan ke bawah, membelok dengan tepat dan berhenti dengan cepat. Dalam famili gobiidae, sirip pelvik biasanya bercantuk menjadi satu sirip menyedut yang berfungsi untuk berpegang pada sesuatu seperti batu dan sebagainya.
Sirip pektoral (pectoral fin) terletak pada setiap sisi ikan operkulum (bahagian keras yang melindungi insang). Ia berfungsi untuk membantu ikan mengekalkan kedudukan pada satu-satu kedalaman. Ikan daripada famili clariidae seperti keli menggunakan sirip pektoral untuk berjalan di atas darat.
Umumnya teknik memancing kitang ada dua iaitu menggunakan joran beradu (tanpa kekili) dan menggunakan joran light tackle. Untuk memancing ikan kitang biasanya saya menggunakan alat pancing kelas ringan dengan spesifikasi :
Joran: 2-6lb
Panjang joran: 5-6kaki
Kekili: Siri 500-2000
Line: 0.18 – 0.22 mm
Ladung: 5gm (ikut kesesuaian arus)
Mata kail: Nombor 5-7
Teknik memancing ikan kitang ini boleh dilakukan dengan umpan adunan tepung dan dedak, atau juga bisa menggunakan umpan udang kertas.
Biasanya teknik ini menggunakan teknik pelampung, susahnya menggunakan pelampung adalah harus disertai joran yang panjang, kita juga tidak boleh membiarkan pelampung hanyut ke struktur tiang.
Jadi ia lebih sesuai untuk pancingan santai tetapi perlu dipantau sentiasa.
Teknik mancing ikan kitang yang paling kerap saya gunakan ialah dengan menggunakan umpan udang kertas dan umpan rasuah untuk mengumpulkan ikan.
Umpan rasuah dibuat dari adunan tepung gandum, margarin dan bahan lainnya seperti umpan untuk memancing belanak.
Dengan adanya umpan rasuah, ikan akan selalu kekal di situ. Tanda-tanda ikan kitang sudah berkumpul adalah ketika umpan rasuah berputar-putar.
Kedalaman spot yang biasa saya pancing sekitar 7 sampai 10meter. Umumnya kedalaman umpan rasuah sekitar 4-5 meter.
Ketika kita memancing menggunakan cara ini, umpan rasuah dan umpan di mata kail harus sejajar, sebab jika kedalaman berbeza sedikit saja terkadang ikan tidak mau makan.
Maka ketika umpan rasuah masih berputar tetapi ikan tidak mau makan umpan yang ada di mata kail, kita harus memeriksa kedalaman umpan rasuahdan umpan utama yang ada di mata kail kemudian selaraskannya.
Waktu yang tepat memancing ikan kitang adalah ketika air mulai naik dan air mulai bergerak turun, biasanya ikan kitang akan berhenti makan jika air pada posisi paling tinggi dan paling rendah.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...