Pertumbuhan alga pada batu karang akan akan membantutkan pertumbuhan batu karang. Oleh itu, dengan bantuan ikan bayan, secara tidak langsung batu karang dapat membesar dengan sihat.
Walau bagaimanapun, tidak dinafikan semasa ikan bayan mengikis alga yang terdapat pada batu karang, ikan bayan turut mengigit sebahagian kecil daripada struktur batu
karang tersebut, namun ia tidak memberi kesan yang ketara kepada perkembangan batu karang, kerana batu karang yang digigit ikan bayan tersebut ialah batu karang yang sudah
rosak akibat diserang alga, malah proses berkenaan adalah salah satu proses terpenting bagi ekosistem di lautan.
Ads
Semasa ikan bayan memakan batu karang (yang mengandungi alga), sistem pencernaan ikan bayan akan menghancurkan batu karang di dalam perutnya bagi memisahkan batu karang dengan alga untuk dicernakan ikan bayan.
Manakala, batu karang yang hancur akan dibuang melalui sistem perkumuhannya menjadi ‘tahi pasir’. Ikan Bayan dewasa boleh menghasilkan 90kilogram tahi pasir setahun, dan tahi
pasir inilah yang akan menjadi sebahagian daripada pepasir pantai dan membentuk pulau-pulau yang ada sekarang.
Ads
Dan bayangkan pula terdapat 90 spesies ikan bayan di perairan dunia… berapa banyak ia telah membekalkan pasir pantai?
Ikan bayan juga mempunyai cara berlindung yang hebat semasa sedang tidur atau berehat.
Apabila ikan bayan menemui sebuah tempat bersembunyi yang sesuai, ikan bayan akan mengeluarkan lendir daripada mulut dan hidungnya untuk menutup keseluruhan tempat persembunyiannya.
Ads
Lendir itu adalah bertujuan untuk menghalang pemangsa daripada terhidu bau badannya dan menghalang bakteria daripada mendekatinya.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Ikan siakap merah merupakan spesies ikan gred tinggi. Ia bukan sahaja idaman para pemancing, enak dijadikan juadah malah kaya dengan khasiat yang bagus untuk kesihatan badan. Berikut merupakan antara khasiat ikan siakap merah.
BANYAK MENGANDUNGI VITAMIN A
Vitamin A sangat penting bagi tubuh, ini kerana vitamin A berperanan sebagai agen pertahanan tubuh manusia.
Mengambil vitamin A secara berlebihan juga tidak bagus untuk tubuh kerana ia boleh menyebabkan beberapa penyakit kepada jantung dan hati.
Namun ikan siakap merah ini berupaya membekalkan vitamin A yang secukupnya.
MENCEGAH GIGI BERLUBANG
Kandungan kalium di dalam daging ikan siakap merah sangat bagus untuk kesihatan terutamanya gigi kerana 3 gram daging siakap mengandungi 9.7% peratus yang diperlukan oleh badan.
Tengok sajalah macam mana rupa gigi siakap merah.
MENJAGA KEKUATAN TULANG
Selain mencegah gigi dari berlubang, kalium di dalam ikan siakap merah turut membantu mencegah tulang daripada cepat reput.
MENJAGA KESIHATAN OTAK
Otak manusia juga memerlukan kalium yang berfungsi agar otak mendapatkan cukup oksigen, dan juga nutrisi ke otak agar menjaga kesihatan dan fungsi otak , dan juga mampu mencegah terjadinya sirkulasi darah di otak.
MENCEGAH BARAH
Vitamin A juga dapat mencegah pertumbuhan sel barah yang muncul pada tubuh dan mencegah DNA yang muncul dalam tubuh dan menyerang beberapa organ seperti usus, paru-paru, payu dara, serviks, prostat dan juga hati!
MEMELIHARA DAYA PENGLIHATAN
Omega 3 yang terdapat dalam siakap merah dipercayai dapat menurunkan risiko kehilangan penglihatan. Omega 3 juga dipercayai dapat mencegah kolestrol, dan juga penyakit jantung!
MENGURANGKAN RISIKO DEPRESI
Selain itu Omega 3 juga berperanan untuk menghilangkan depresi sekiranya anda menghadapi tekanan ini.
MENURUNKAN RISIKO HIPERTENSI
Hipertensi terjadi akibat tekanan darah tinggi. Namun bagi yang menghidap penyakit hipertensi tidak perlu risau kerana anda boleh mencuba ikan siakap merah sebagai diet yang berkhasiat dan merawat penyakit.
Setiap perkara yang akan berlaku lazimnya akan memperlihatkan petanda atau tanda-tandanya terlebih dahulu. Begitu jugalah dengan kejadian hujan ribut. Sebagai seorang pemancing terutamanya yang menggemari pancingan di laut lepas, kemungkinan berhadapan dengan ribut adalah lebih tinggi. Jadi, sebagai pemancing kita haruslah peka dengan petunjuk alam.
Ribut yang yang datang secara tiba-tiba biasanya membahayakan pemancing yang memancing dengan menggunakan bot-bot kecil. Oleh yang demikian adalah penting bagi kaki pancing untuk mengetahui jangka masa ribut akan tiba di mana lokasi yang sedang memancing.
Kenapa perlu tau jangka masa ribut akan sampai? Sebenarnya ia penting untuk membolehkan anda membuat keputusan sama ada untuk berlindung di pulau atau kembali ke jeti.
Berdasarkan pengalaman para nelayan, dengan melihat kedudukan awan di kaki langit, tempoh waktu kedatangan ribu boleh diandaikan. Sekiranya anda melihatkan kedudukan awan hitam separas dengan laut, ia bermakna ribut masih jauh dan memakan masa yang panjang sebelum tiba di lokasi anda memancing.
Dalam keadaan begitu, biasanya anda masih mempunyai masa yang cukup untuk bergerak kembali ke jeti. Tetapi, jika awan hitam kelihatan berada pada paras sejengkal atau lebih daripada paras laut, ribut berkenaan sudah begitu hampir dengan anda.
Oleh yang demikian, bersegeralah menamatkan sesi memancing kerana ribut bakal tiba dalam tempoh kurang dari satu jam. Kemudian segera cari tempat berlindung atau kembali ke jeti.
Sekiranya anda memancing dengan menggunakan bot kecil dengan kelajuan rendah, anda haruslah berwaspada sekiranya berlaku kejadian ribut. Oleh yang demikian, sebaiknya sentiasalah memerhati keadaan di langit selain memerhati joran anda.
Selepas asar, aku membonceng motor Acik Hasnan menuju ke lokasi menjala. Perjalanan kira-kira 40 minit itu tidak terasa dan seakan terlalu lambat bagi kami kerana terlalu semangat untuk sampai ke lubuk baharu itu.
Lubuk itu agak jauh ke dalam hutan dan perjalanan kami perlu menelusuri jalan denai yang mana biasanya digunakan oleh penoreh getah untuk masuk ke kawasan ini.
Sampai sahaja ke kawasan dituju, terbentang di hadapan kami takungan sungai kecil yang mengalir tenang airnya. Sungai ini merupakan anak sungai yang akan bercantum ke Sungai Perak yang lebih besar.
Setelah setengah jam menjala di kawasan sekitar tiada seekor pun ikan yang kami peroleh. Wajah pakcikku kelihatan sudah tidak seceria seperti tadi. Tapi kami terus menjala secara bergilir-gilir dan setelah sejam kami hanya mendapat seekor sahaja lampam bersaiz remaja.
“Pelik jugak Acik ni Wan, baru semalam Pak Hamid kamu turun menjala sini. Banyak betul ikan dia dapat,” keluhnya.
Aku hanya mendiamkan diri sahaja sambil memerhati sekitar tempat kami menjala. Sedang kami berehat, tiba-tiba terdengar bunyi salakan anjing. Semakin lama, semakin dekat. Seolah-olah menghala ke arah kami.
Jelas kelihatan di hadapan kami susuk tubuh seorang perempuan muda yang sangat ayu dan cantik wajahnya sedang berjalan sambil ditemani seekor anjing yang berada di hadapannya. Dengan memakai baju kurung kedah dan berkain batik ia memandang kami. Dia memberikan kami senyuman yang sangat manis.
Alam seperti terhenti seketika dan kami tidak berkelip melihat perempuan itu terus berjalan melalui kami. Perempuan itu terus melalui denai ke dalam hutan di sebelah kami. Aku dan pakcikku berpandangan setelah kelibat perempuan itu tidak kelihatan.
“Ke mana perempuan tadi pergi Acik?” tanyaku setelah dirasakan suasana hening seketika.
“Ntahlah Wan, rasanya macam ada jalan je kalau lihat pada denai yang perempuan tadi lalu. Mungkin juga lubuk yang kita jala ni salah. Mungkin ada lubuk lain atas sana,”kata pakcik ku.
Kami membuat keputusan untuk mengikuti laluan perempuan itu tadi. Motor kembali dihidupkan. Dengan hanya satu kerdipan mata setelah laluan tadi kami lalui, secara tiba-tiba kami rasakan sekeliling kami begitu asing.
Kami berada di sebuah kawasan kampung seperti kampung dahulu kala. Rumah kayu yang tersusun cantik dan pokok-pokok bunga kelihatan sangat cantik tersusun ditanam di halaman rumah. Udara sangat segar sekali. Kami terbuai dengan pemandangan dan suasana yang dilihat.
“Wan, perasan tak? Dari tadi kita tak jumpa orang pun kat sini,” pertanyaan pakcikku menyedarkan ku.
Aku lihat mulutnya terkumat-kamit seakan-akan membaca sesuatu. Wajahnya juga gelisah dan aku seakan tersedar yang kami berada di dunia yang sebenarnya memang asing. Dunia yang sepatutnya tidak ada di dalam hutan ini.
Aku mengikut pakcikku membaca Ayat Kursi dan beberapa surah yang ku hafal. Peluh mula menitik di dahiku.
“Ya Allah, bantulah kami keluar dari kawasan yang bukan tempat untuk kami ini,” ku dengan suara pakcikku berteriak kecil.
Selang beberapa minit kemudian aku rasakan kami dibasahi sesuatu. Hujan yang agak lebat membasahi kami. Aku baru tersedar yang jalan di hadapan kami adalah jalan pulang untuk ke kampung kami.
Kawasan sekitar bertukar gelap dan hanya cahaya malap lampu motor membantu kami mencari jalan keluar ke jalan besar. Syukur, kami sampai ke jalan besar dan sepanjang perjalanan pulang ke rumah pakcikku kami hanya diam membisu.
Sebaik sampai, ku lihat jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi. Rasanya baru sahaja kejadian tadi berlaku. Sudah terlalu lewat untuk kami pulang. Isteri pakcikku sudah kelihatan risau menunggu di hadapan rumah. Peristiwa ini kami rahsiakan untuk mengelakkan perkara yang tidak baik berlaku.
Sesungguhnya kita berkongsi dengan makhluk lain yang menghuni bumi Allah ini dan terlalu banyak misteri yang kadang-kadang tidak terfikir oleh logik akal pemikiran yang waras. Kejadian ini memang memberikan kesan kepada kami.
Selepas itu kami hanya menjala dan mencari ikan di kawasan yang biasa sahaja bagi kami. Aktiviti mencari lubuk baharu kami lupakan buat seketika.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...