Mungkin ada di kalangan kaki pancing masih mempercayai mitos, pantang larang mahupun mengamalkan petua ketika memancing. Namun tidak kurang juga yang menolak fahaman tersebut malah menganggapnya tiada kaitan langsung. Walau bagaimana pun ada bagusnya juga kita buat kajian dengan akal logik bagi setiap mitos atau pantang larang tersebut.
Apabila tiba musim udang galah, ramai kaki penangkap udang sepit biru ini akan turun ke lubuk. Setiap kali ke lubuk udang galah, kebanyakan kaki penangkap udang ini sedia maklum mereka tidak keseorangan sebaliknya ditemani buaya. Maka, sikap waspada perlu ada.
Hal ini kerana udang galah biasanya menempel pada badan buaya untuk memakan lumut atau alga pada tubuh badan buaya. Pendek kata, ramai yang bersetuju dengan pendapat di mana ada udang galah, di situ ada buaya.
Ads
Makanan berdarah
Oleh kerana itu pemancing udang galah tidak digalakkan membuang makanan berdarah seperti daging atau ayam di kawasan pancing udang. Dipercayai, ia seperti mengundang buaya datang ke tempat anda.
Ads
Tepung kunyit
Jika anda berada di sungai yang dipercayai ada buaya, elak gunakan umpan tepung yang digaul dengan serbuk kunyit. Dipercayai buaya tidak suka bau kunyit dan buaya boleh mengamuk serta mendatangkan bahaya kepada pemancing.
Ads
Jangan sebut buaya
Jangan sesekali menyebut nama buaya sepanjang anda berada di atas sampan atau di kawasan sungai. Ia sama seperti berada di dalam hutan dan menyebut nama harimau. Gantikan saja dengan sebutan lain seperti sang bedal atau sebagainya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Ketika itu kami berlima sedang leka memancing di sebatang sungai yang sememangnya terkenal dengan ikan baung dan lampam, namun penuh dengan misteri. Seekor demi seekor ikan baung kuning sebesar lengan dan ibu jari kaki dinaikkan dengan berumpankan udang mati.
Setelah puas memancing di lubuk tersebut, rakan kami yang dikenali sebagai Chor berpindah tempat ke bahagian hulu. Rakan-rakan yang lain hanya membiarkan saja Chor berpindah tempat itu kerana tidaklah jauh dari mereka.
Semakin lama semakin seronok melayan ikan baung sehinggakan kami terlupa tentang Chor yang jauh dari kami. Sehinggalah suasana hampir gelap di mana kami mengambil keputusan untuk balik. Namun sesuatu perkara pelik telah berlaku di mana Chor tidak ditemui walaupun namanya dipanggil berkali-kali.
Akhirnya kami mensyaki Chor telah tersesat kerana suasana bertukar menjadi gelap sedangkan Chor Chor langsung tak membawa apa-apa kecuali joran dan baldi umpan udangnya.
Setelah puas mencari akhirnya kami mengambil keputusan untuk melaungkan azan agar Chor dapat ditemui. Setelah Azan dilaungkan, kelibat Chor masih belum kelihatan sehinggalah rakan saya mengambil keputusan untuk menjemput seorang ustaz agar dapat membantu mencari Chor.
Sebelum membawa Ustaz masuk ke dalam hutan, rakan saya singgah sebentar di rumah Chor kalau-kalau Chor ada di situ dan balik secara senyap-senyap. Namun ternyata melalui keterangan mak Chor, dia dah keluar dari pagi tadi lagi sehingga ketika itu.
Rakan saya merahsiakan kehilangan Chor dari pengetahuan ibunya agar ibu Chor tak risau. Setelah itu rakan saya bersama Ustaz Ramli meneruskan perjalanan ke sungai di mana kali terakhir kami melihat Chor.
Setelah Ustaz Ramli memerhati kawasan tersebut, ustaz memberitahu Chor bukannya hilang cuma disorokkan oleh penunggu sungai dan berada di sekitar kawasan tersebut. Ustaz Ramli melaungkan azan sekali lagi dan ketika itu barulah kami melihat Chor sedang bercakap-cakap seorang diri di balik pokok yang tumbang sambil menjulurkan kaki ke air.
Rakan saya memanggil Chor dengan kuat sehingga Chor terkejut dan memarahi rakan saya kerana terperanjat. Kami memberitahu Chor bahawa dia dah hilang. Namun dibalas dengan dekahan ketawa sambil memberitahu dirinya memang berada di situ bersama Sheila!
Kami terpinga-pingga mendengar nama yang disebut oleh Chor. Ustaz Ramli menuruni tebing dan berdiri di sebelah Chor sambil membaca satu surah sebelum menepuk bahu Chor. Ketika itu barulah Chor terkejut apabila melihat suasana gelap gelita dan hanya diterangi oleh lampu suluh yang Ustaz bawa. Chor disuruh minum air mineral yang dibawa oleh Ustaz.
Keesokan harinya barulah Chor menceritakan apa yang berlaku kepadanya semalam. Di mana sewaktu leka menunggu umpan diragut ikan, seorang gadis cantik berasal dari Kuala Lumpur datang seorang diri untuk memancing di sungai tersebut.
Dan kebetulan dia duduk berhampiran dengan Chor. Dalam berberapa minit saja Chor dan Sheila begitu mesra sambil melayan pancing bersama. Chor akui saat ustaz menepuk bahunya barulah dia nampak wajah sebenar Sheila yang menyerupai lembaran daun besar.
Dan ketika itu barulah Chor tahu waktu telah menunjukkan sepuluh malam. Jika tidak pasti Chor akan berada di tempat yang terang serta redup sambil berbual-bual dengan Sheila, jelmaan gadis KL yang memancing bersamanya.
Ikan salmon kaya dengan omega 3 dan mendorong kesihatan jantung. Harga salmon hasil ternak biasanya lebih murah dibanding salmon liar hasil tangkap. Tetapi, salmon liar jelas memiliki vitamin yang lebih tinggi, begitu juga kandungan mineralnya.
Menurut satu sumber, semakin tua dan besar ikan salmon, semakin tinggi kandungan merkuri di dalamnya. Itu sebabnya disarankan untuk pengambilan ikan salmon segar.
Ikan Tuna
Ikan tuna kaya dengan vitamin B12 dan D dan kaya dengan kandungan kalsium dan besi. Daging ikan tuna juga mengandungi protein rendah lemak. Kanak-kanak dan ibu hamil kerap disaran untuk memakan pelbagai variasi menu ikan tuna.
Pun begitu harus dipantau adalah ketika pengambilan ikan tuna kerana dagingnya mengandungi kadar sodium yang tinggi. Bagi yang sangat mementingkan kadar garam, pengambilan tuna dengan kerap bukanlah pilihan yang sihat.
Ikan Kod
Ikan Kod dianggap sebagai salah satu makanan tersihat di dunia. Ikan penuh sisik ini merupakan sumber yang bagus untuk vitamin B12 dan omega 3. Kod dipilih sebagai alternatif pengganti terbaik untuk daging merah sebagai protein dan dapat melawan pelbagai penyakit.
Daging ini sangat memberi manfaat bagi pengidap atherosclerosis dan mereka yang memiliki masalah jantung dan diabetis. Yang paling penting adalah ikan kod sangat bagus bagi kesihatan jantung.
Ikan Trout
Pengambilan ikan trout segar selalu menjadi pilihan terbaik. Ikan bintik-bintik yang hidup di air tawar ini mengandung lemak omega 3, yang bagus untuk kesihatan jantung. Para pakar kesihatan menyarankan ikan trout pelangi beranding trout liar.
Alasannya adalah karena ikan trout pelangi biasanya diternak sehingga terlindungi dari kontaminasi. Pilihan bagi kita yang ketiadaan ikan trout ini mungkin bolehlah cuba beralih ke ikan sikang.
Ikan Hering
Ikan ini mirip seperti ikan sardin. Ikan kecil ini merupakan sumber yang bagus untuk vitamin D dan zinc. Ikan hering memiliki rasa sedikit berbeza karena dagingnya yang lembut.
Pengambilan ikan hering setiap hari dalam pola makanan akan membuatkan sel darah merah semakin sihat. Protein yang ditemukan pada ikan hering berfungsi sebagai sumber dari asid amino yang diperlukan untuk memproduksi haemoglobin dalam tubuh.
Ikan Sardin
Sardin (selayang) adalah satu-satu ikan berminyak yang tinggi kandungan vitaminnya. Sardin menyediakan nutrisi yang lebih banyak untuk kulit dan tulang. Salah satu kelebihan kesihatan dari ikan sardin ini adalah perlindungan dari penyakit jantung, perlindungan dari kanser tertentu, dan membantu menguatkan tulang. Selain itu, ikan sardin juga menguatkan sistem kekebalan tubuh dan mengawal tekanan darah.
Ikan Keli
Ikan keli memiliki banyak manfaat kesihatan. Terlepas dari rasanya yang manis, dagingnya dapat memenuhi keperluan nutrisi tubuh. Daging ikan keli kaya dengan vitamin dan lemak sihat. Ikan keli memiliki banyak kandungan yang rendah kalori dan lemak. Jadi, menyenaraikan keli sebagai salah satu makanan dalam pola diet sihat sangat disarankan.
Daging ikan keli memiliki asid lemak sihat seperti omega 3 dan omega 6. Menurut sumber, ikan lele merupakan ikan yang paling banyak diambil sebagai sumber makanan kerana potensi kandungan merkurinya yang paling rendah. Selain itu, ikan keli juga mengandungi vitamin B22 yang membantu tubuh mengendali sistem saraf.
Kamera amat sensitif dengan air terutamanya air laut mahupun air tawar. Jika terkena, segera lap dengan kain bersih dan kering. Kamera yang terdedah dengan kelembapan tinggi akan menyebabkan fungus dan kulat membiak terutamanya lens yang boleh menjejaskan kualiti gambar.
Gel silika digunakan untuk menyerap kelembapan kamera. Gel silika ni mudah didapati di pasaran. Harganya pun bukan mahal.
Lilitkan strap kamera anda di tangan berbanding gantung di leher. Ini kerana jika anda gantung di leher, ia akan menarik perhatian ramai untuk meragut. Jangan sesekali abaikan keselamatan kamera ini kerana sekali jatuh, memang menangis jawabnya.
Filter digunakan untuk melindungi lens anda dari sebarang calar. Sekiranya anda mempunyai 5 lens, seeloknya beli UV filter untuk melindungi lens tersebut.
Kalau turun ke laut, sila pastikan anda membawa beg plastik atau kain batik atau tuala khas untuk kamera sahaja. Bukan tuala tersebut bercampur dengan peluh-peluh anda. Ini adalah kerana tuala atau kain tadi dapat mengelakkan pasir masuk ke celah-celah lens. Balut kamera tersebut bila naik bot.
Cuci tangan bersih-bersih selepas anda memakai losyen, sunblock, minyak rambut atau sebarang produk penjagaan diri. Ini adalah kerana kamera amat sensitif dengan bahan-bahan ini.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...