Sudah agak lama juga menerima peringatan ‘jangan letak ikan kat tempat panas!’ dari seorang tekong.

Dan untuk tempoh itu tidak pernah sekali pun saya bantah atau persoalkannya.

 

Lama kelamaan, sedikit demi sedikit peringatan itu mula pudar dari ingatan. Begitu juga dengan tekong yang berikan peringatan tersebut pun saya dah lupa.

Sehinggalah, peringatan itu tiba-tiba muncul kembali ketika saya sedang memancing udang galah di Bagan Datuh.

 

Ingatan itu muncul secara tiba-tiba tatkala saya lebih banyak menaikkan ikan duri berbanding udang galah.

Mungkin disebabkan rasa terganggu kerana banyak sangat dapat ikan duri bersaiz sejengkal yang sedikit sulit untuk melepaskannya dari mata kail, ingatan tersebut seperti mendorong saya untuk melakukan sedikit uji kaji.

 

Saya seperti terpanggil untuk melihat apa yang terkesan atau apa akibatnya kalau ikan duri itu diletakkan di tempat panas.

Tatkala itu memang panas pun kerana waktu tengah hari. Korang tentu tau macam mana keadaan lantai sampan fiber tatkala panas lit-lit. Nak letak punggung tanpa alas pun fikir dua tiga kali.

 

Sebelum ingatan itu muncul, saya tidak membawa naik mana-mana ikan duri ke atas sampan pun. Sekadar menggantungnya di tepi dinding fiber sambil menanggalkan mata kail.

Bila mata kail tertanggal maka ikan duri itu pun jatuh kembali air. Tapi bila ingatan itu muncul dan dapat lagi ikan duri, saya pun tak fikir panjang lagi dan terus letak ikan duri itu di atas lantai sampan fiber yang terdedah kepada bahang panas.

IKLAN

 

Sebaik saja perut ikan duri itu tersentuh lantai sampan, secara mengejut ia meronta dan meloncat-loncat. Ia mungkin tindak balas secara spontan akibat kepanasan.

Ketika bertindak balas terhadap kepanasan itulah salah satu sengat ikan duri tersebut tercucuk tangan saya.

Selepas itu barulah saya faham kenapa saya pernah diberi peringatan oleh tersebut. Tapi nak menyesal pun dah tak guna. Nak tak nak terpaksalah saya tanggung azab hampir sejam lamanya.

 

Korang ada pengalaman kena sengat? Jom share…

 

Epull Ipull Dah pernah kena sengat ikan duri,.. setengah inci tertusuk dekat jari. Slow-slow potong pangkal sengat, bukak mata kail pastu lepaskan ikan. Mintak member ambik playar, sepit sengat tadi dan tarik keluar. Nasib takde patah dalam. Lepas tu memancut la darah keluar. Cuci sampai bersih sapu minyak terus ok. Bengkak la jujak dalam 1-2 jam. Dalam pada tu ikan tebal pipi pulak makan. Terus hilang rasa sakit… hahaha.

 

IKLAN

Dk Ny – Member saya pun pernah min, ikan kerapu kecil sekali kena sengat hampir tak sampai rumah member tu. Nasib kereta auto. Kena pulak jari belah kiri. Katanya bisa hilang hingga ayam pertama berkokok. Last-last… pegi kecemasan juga inject baru hilang.

 

MIKE NOVEMBER ALPHA – Kena duri ikan belukang. Kecik je tapi agak sakit le jugak. Ada satu brader tu namapk, bising sekali dia siap balik ambik asam gelugor dan suruh gosok-gosok tempat kena sengat tu. Lepas tu dia tanya dah ok ke? Cakap la dah ok dah ni padahal terus terang cakap takdenya kurang sakit pun.

 

MUHAMAD NASRUL LOK – Kena sengat anak keli kayu saiz jari telunjuk masa cuci akuarium. Walaupun saiz kecik hampir memaksa air mata jantan ni terkeluar. Sehari wooo berdenyut-denyut tangan… sakit gila!

 

MUHAMMAD AURENGZEEB –  Aku dulu pernah kencingkan kaki member aku yang kena sengat keli paya masa bulan puasa 20 tahun lepas. Rupanya kalau kena sengat masa puasa lagi la teruk sebab badan kurang air. Aku tengok member nak pengsan dah… akhirnya cari kedai runcit kat dalam estet tu dia pekena air, roti, rokok terus ok… tapi yang geramnya lepas tu tak putus-putus pulak dia hisap rokok sebab dah berbuka awal.

 

IKLAN

IKAN MERAH – Nak terkeluar air kencing kena sengat kat jari tangan. Air mata menitis sendiri tanpa sedar. Itulah pengalaman aku bersama ikan bedukang atau ikan duri 3 paku.

 

MOHD ISKANDAR ATAN – Kena pari… tapi sakit kejap je.  Dalam 2 jam ok dah. Keli, duri, belukang takde la apa sangat… macam luka biasa je. Sembilang, lepu, kitang dan ampai-ampai mintak dijauhkan.

 

IBRAHIM LIN – Pernah kena sengat ikan baung melekat kat siku. Batang sengat dia masuk habis dalam daging terus rentap je sebab lagi lama kita tunggu lagi takut nak cabut.

 

MOHD KHAILRI MIZEE – Ubat mujarab dan tradisional letakkan getah keladi di bahagian lubang tusukan atau luka sengatan. Insyaallah boleh legakan kesakitan. Itu lah penawar turun temurun yang saya gunakan setiap kali disengat ikan.

 

HARRACE FADYLA – Pernah kena sengat sembilang masa nak buka mata kail time zaman-zaman hero buka pakai tangan je, last melekat kat jari daa. Dah cabut semua… try ikut petua orang gigit ekor ikan tu. Time tu tak gigit ekor siap gigit separuh lagi tak dan jugak tetap sakit. Lepas tu nak dikencingkan tapi air tak mau keluar pulak dah. Terpaksa suruh member kencingkan. Tak fasal-pasal kena kencing hidup-hidup dengan member. Sudahnya ke klinik jugak. (p/s standby playar kalau pergi memancing).

 

AZMI AZRIEL FARHAN – Semilang punya penangan 3 hari 3 malam tak tau siang ke malam. 6 Kali injection pun tak jalan. Rasa macam nak kerat je jari. Kebas sampai la padahal dah berbulan-bulah dah. Finally doktor sahkan jari tak leh kembali normal.

 

AIDIL AKMAL – Haha… saya pernah kena sengat ikan sembilang sampai bengkak kaki. Nasib baik sepupu berpengalaman. Sepupu saya ikat tali kat paha tak nak bagi racun naik smpai atas. Dia letak air bateri kereta dekat tempat kena sengat. Sakit cuma Allah je yang tahu… tapi dalam masa sehari bengkak tu surut. Alhamdulillah sembuh.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI